Tahniah diucapkan buat penyanyi, Fara Hazel yang selamat menimang cahaya mata keduanya petang semalam.
Malah ibu kepada dua cahaya mata ini juga amat bersyukur kerana dipermudahkan urusan melahirkan bayi lelakinya itu.
Menerusi Insta Storynya, Fara memuat naik gambar bayi keduanya tanpa berkongsi wajahnya kepada umum.
“Alhamdulillah petang semalam Fara selamat melahirkan anak lelaki kedua.
“Terima kasih atas doa semua buat Fara,” tulis Fara ringkas.
Ads
Sementara itu, suami Fara, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin juga turut memuat naik beberapa hantaran malah amat bersyukur atas kurnian rezeki menimang cahaya mata lelaki sekali lagi.
Ads
“Alhamdulillah syukur Ya Rabb.
“Thanks you everyone for the doa,” kongsinya.
Terdahulu, Fara Hazel yang juga kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini berkongsi mengenai kehamilan keduanya pada Mei lalu yang ketika itu sarat hamil enam bulan.
Ads
Fara dan suami turut mempunyai seorang lagi cahaya mata lelaki, Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra yang dilahirkan pada 18 Oktober 2020.
Proses kelahiran dalam kes tertentu ada kalanya mengambil masa yang panjang. Jika kurang bernasib baik, ia mungkin penuh dengan momen kesakitan.
Akibat kesakitan itu ia berkemungkinan meninggalkan kesan perubahan kepada fizikal dan emosional kepada si ibu.
Dalam keadaan ini, suami perlu ambil tahu dan cuba memahami beberapa perkara penting yang berlaku kepada si isteri.
Anda bukan sahaja perlu sentiasa berada di sisi isteri dan memberi sokongan kepadanya dalam usaha melalui perubahan tersebut. Sekurang-kurangnya, ia dapat meringankan beban yang ditanggung isteri.
1. Masalah pembuangan air besar dan kecil
Proses pembuangan air besar dan kecil untuk kali pertama selepas bersalin agak menyakitkan.
Lebih-lebih lagi jika isteri bersalin secara normal. Ketika ini perineumnya masih lagi sensitif apatah lagi jika prosedur episiotomi ada dilakukan.
2. Perut tidak segera kempis
Walaupun bayi sudah dikeluarkan, namun perut tidak akan terus mengempis. Rahim akan mengambil masa lebih kurang enam minggu untuk kembali ke bentuk asal.
Malah, lemak yang terhasil di bahagian perut senasa hamil juga perlu dibakar melalui proses pembakaran kalori jika mahu ia kembali ke bentuk asal sebelum kehamilan.
3. Keguguran rambut
Rambut akan mengalami keguguran terutamanya semasa mandi atau menyikat dalam keadaan basah mahupun kering.
Hal ini terjadi kerana hormon estrogen mendadak turun. Lazimnya, masalah rambut gugur akan berkurangan dalam tempoh enam hingga 12 bulan.
4. Risiko pulmonary embolism
Jangan terlalu hadkan pengambilan air. Bukan setakat dikhuatiri masalah dehidrasi berlaku. Paling merisaukan ialah masalah pembekuan darah dalam saluran darah di paru-paru (pulmonary embolism).
Ia terjadi akibat daripada kurang minum air. Dalam keadaan tertentu, ia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kematian mengejut!
5. Mood tidak menentu
Selepas bersalin, hormon jadi kacau bilau. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba emosi isteri tidak stabil. Ada waktu sedih dan tiba-tiba menangis. Itu mungkin tanda awal simptom baby blues.
Hal ini biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Segera dapatkan pemeriksaan doktor jika hal ini berlanjutan.
Pada waktu berpantang, isteri paling memerlukan sokongan suami. Selepas beberapa luka perlu dihadapi dalam proses kelahiran, isteri perlukan rehat mencukupi untuk pulih semula.
Jadi isteri perlukan anda untuk dapatkan tidur, makan dan minum yang cukup. Selain itu, berilah sokongan emosi yang berterusan kepadanya ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika seorang wanita itu sudah tiba masa melahirkan, tanda pun dah turun serta sakit kontraksi mulai terasa, doktor akan memeriksa bukaan pintu rahimnya. Dengan cara ini, doktor atau bidan terlatih dapat mengesahkan sama ada wanita tersebut sudah bersedia untuk bersalin ataupun tidak.
Dalam keadaan biasa, pangkal rahim tertutup atau terbuka sedikit sahaja (ika si ibu pernah melahirkan). Ikuti penerangan lanjut dari Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, berkaitan proses bukaan pintu rahim ini.
Tadi dah ‘seluk’ ni nak ‘seluk’ lagi ? 2 cm , 4 cm , 8 cm , 10 cm tu apa ?
Salah satu tanda ibu telah bersedia untuk bersalin adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim. Dalam keadaan biasa pangkal rahim yang terletak di dalam vagina berada dalam keadaan tertutup dan tidak membuka. kadang-kadang ianya terbuka sikit untuk mereka yang pernah melahirkan banyak anak.
Apabila sakit kontraksi bermula, pintu rahim ini menjadi semakin nipis dan perlahan-lahan akan membuka. Darah bercampur lendir dinamakan ‘show’ akan keluar dan ini dikenali sebagai tanda nak bersalin.
Pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 cm sehingga la diameter nya mencecah 10 cm sebelum ibu boleh meneran bayi keluar.
Beginilah rupa bukaan 10cm yang menandakan seorang ibu itu sudah bersedia untuk melahirkan anaknya.
Bukaan pintu rahim ini ditentukan oleh Vaginal examination dilakukan oleh doktor atau jururawat perbidanan terlatih dengan memasukan jari ke dalam vagina sekaligus mengukur bukaan pintu rahim dengan jari sahaja.
Jangan panik…….
Ramai ibu berasa takut dan gundah gulana memikirkan mengenai Vaginal examination, lebih-lebih lagi ibu yang takde pengalaman melahirkan.
Relaks, bertenang, tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. jangan keraskan badan, jangan kemut sekuat-kuatnya kerana pemeriksan akan menjadi sukar dan ibu akan berasa sakit.
Selain memberitahu mengenai bukaan pintu rahim, vaginal examination juga akan memberitahu mengenai pintu rahim masih keras atau sudah bertambah lembut, kedudukan kepala bayi, selaput air mentuban masih ada atau tidak, terdapat uri atau tali pusat ketika pemeriksaan.
Maka, vaginal examination ni bukan suka-suka dilakukan, ianya penting untuk menilai sejauh mana proses kelahiran itu sudah sampai. di dalam dewan bersalin, ianya dilakukan setiap 4 jam, atau lebih awal jika doktor merasakan pemeriksan perlu diawalkan, bergantung kepada perkembangan proses kelahiran.
Ikhlas, Bukan ‘seluk’ suka-suka.
Jadi para ibu janganlah fikir bila doktor atau bidan mahu periksa ‘jalan’ tu suka-suka ya. Ada sebab mengapa prosedur ini perlu dilakukan. Ia untuk memastikan si ibu dan bayi benar-benar bersedia untuk menempuh proses kelahiran. Jika anda rasa kurang selesa bukaan pintu rahim ini dibuat oleh doktor lelaki, mintalah supaya doktor perempuan yang melakukannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi yang merawat anak-anak ekzema sendiri dengan mengunakan konsep berpantang dari sesetengah jenis makanan dan memakan beberapa jenis makanan secara berulang iaitu dengan diet yang terhad dan berulang beberapa jenis sahaja, ambil maklum bahawa diet yang terhad boleh menyebabkan anak kurang zat.
Anak ekzema selalunya ada histamine intolerance dan boleh mendapat reaksi gatal dengan makanan tinggi histamine. Antaranya pisang, betik, avocado, oren, strawberi, kentang, bayam,ikan tongkol dan ikan kembung. Ada yang tidak boleh makan telur dan ada yang alah susu.
Jika anak anda berpantang dan ekzemanya semakin teruk atau tidak berkurangan, ini bukan healing crisis, ini tanda alah atau kurang zat.
Adalah lebih baik elak makanan tinggi histamine untuk anak ekzema dan jangan berpantang hingga memakan bahan yang sama setiap hari.Suplemen pun ada yang anak boleh alah, makanan sihat pun ada yang alah. Sebaiknya bila anak semakin teruk, hentikan dulu dan lihat kesannya.
Penting juga untuk pelbagaikan dan rotate makanan supaya anak tidak dapat makanan sama setiap hari .. Rotate the food.
Sumber: Dr Suriyakhatun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!