Enggan mengeruhkan keadaan dan mendengar nasihat dari ramai orang, jurusolek terkenal, MUA Bellaz menghentikan pengeluaran keychain wajah anaknya, Nur Aisywara Nealofa.
Malah Bellaz juga memohon maaf dan bersedia dengan segala nasihat dan ucapan demi kebaikan semua.
Terdahulu, wargamaya dikatakan tidak selesa dan kurang bersetuju dengan hasratnya untuk mengeluarkan produk berkenaan. Semuanya kerana aspek keselamatan anak kecil itu serta tidak sesuai dijadikan keychain.
Kata Bellaz dia berlapang dada malah terus menghentikan penghasilkan produk berkenaan kerana mahu semua pihak puas hati dan selesa.
“Hampa dengan merendah hati nak bagitahu, Bellaz berlapang dada berhentikan production cartoon keychain Wara. Nak semua omi Wara happy dan selesa.
“Terima kasih atas nasihat dan ucapan yang baik-baik,” tulisnya menerusi Instagramnya semalam.
Lebih mengharukan, Bellaz membuat keputusan untuk memberikan sahaja kepada pelanggan sebagai hadiah setiap kali membeli produknya.
Ads
“Terima kasih walaupun dah separuh dah buat. Nanti Bellaz bagi as free gift untuk client makeup mama dia na. Minta maaf sekali lagi.
“Kita kena buat benda yang selesakan orang. Kalau orang kurang selesa jangan teruskan sebab yang beri sokongan ini bukan orang luar tapi dari pengikut kita sendiri. Mungkin ada hikmah besar lagi Allah nak bagi,” katanya lagi.
Susulan daripada itu, Bellaz bagaimana pun bakal mengeluarkan produk terbaru iaitu baju yang mempunyai wajah anaknya dalam versi kartun juga.
“Minta maaf yang minta Bella batalkan jualan sebab ada pihak yang kurang selesa dengan keychain Wara.
“Nanti support baju Wara ya. Takpa kan gambar Wara kat baju nanti? Khas buat peminat Wara, Bellaz buat kartun juga,” maklumnya di Instagram.
Ads
Terdahulu, Bellaz dan suaminya, Anuar Ahmad dikurniakan dengan tiga lagi cahaya mata iaitu Iris Alisya, Mohd Aidil Mikhali, Muhammad Ean Yusuf dan Nur Aisywara Nealofa.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Kediaman pelakon sensasi Rozita Che Wan, atau lebih dikenali sebagai Che Ta, telah didatangi pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada pagi ini.
Tindakan tersebut dipercayai diambil susulan kegagalan pelakon itu melunaskan hutang pinjaman dengan agensi berkenaan yang dianggarkan hampir mencecah RM1 juta.
Barangan milik pelakon Rozita Che Wan, dianggarkan bernilai hampir RM100,000, disita oleh pihak mahkamah hari ini.
Memetik laporan Kosmo, ketika serbuan dibuat pagi ini, hanya kelibat ibu pelakon tersebut sahaja yang ada mendiami rumah mewah di Kota Damansara. Manakala salah seorang anak pelakon itu tiba selepas satu jam pihak Mara memasuki rumah tersebut
Menurut peguam yang mewakili Majlis Amanah Rakyat (MARA), writ penyitaan telah diserahkan kepada ibu pelakon itu kerana Rozita tidak berada di kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
“Hari ini kita serahkan writ, buat penilaian harga barang dan penyitaan. Ini kehadiran kali kedua ke rumah Rozita.
“Kami pernah hadir kali pertama bulan lalu tetapi tidak mendapat kerjasama. Jadi kali ini kami dapat perintah mahkamah untuk masuk.
“Nilai anggaran barang rumah tadi tidak sampai RM100,000, kebanyakan barangan peribadi,” katanya mewakili Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Tambah wanita berkenaan, pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya dari mahkamah untuk melakukan proses lelongan, dijangka dalam masa dua minggu lagi.
Katanya, apa-apa proses rundingan selepas ini perlulah melalui mahkamah.
“Buat masa ini kita akan tunggu arahan selanjutnya untuk proses lelongan. Kalau ada rundingan selepas ini, semuanya melalui proses mahkamah.
Tak perlu banyak, ada seutas emas pun dah boleh jadi penyeri kalau kita pakai kan? Cuma emas ni kalau dipakai kerap akan membuatkan warna menjadi kusam sikit. Bila dah nampak kurang seri tu, biasanya kita akan bawa ke kedai untuk bersihkan.
Sebenarnya ada cara mudah untuk bersihkan emas dan buat ia berkilat seperti baru semula. Paling penting cara ini selamat dan berkesan tanpa bahan kimia. Rahsianya cuma beberapa uncang teh saja.
Tip ini dikongsikan oleh Anis KakNik dan tak susah pun untuk dibuat;
“Cara cuci emas selamat dan berkesan, tanpa bahan kimia..”
Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah 2-3 uncang teh, berus gigi dan air suam.
2. Masukkan emas di dalam rendaman teh selama 30 minit atau lebih.
3. Gosok emas dengan berus gigi.
Bila dah bersihkan, terus nampak macam emas baru keluar kedai! Memang berkilat dan cantik. Selain cara ini, ada juga beberapa cara lain yang biasanya dibuat seperti emas dibersihkan dengan ubat gigi, air asam jawa atau pencuci pinggan. Mommies boleh pilih cara yang paling sesuai, jom kita cuci barang kemas kita!
Sebut soal anak, ini antara salah satu soalan yang sensitif. Begitu juga yang berlaku pada pelakon Izzue Islam yang hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga dan sudah lali dengan soalan tentang anak.
Melewati usia 32 tahun, Izzue mendedahkan dirinya sama sekali tidak pernah terasa hati apabila orang bertanya soal anak asalkan tidak berbunyi sindiran.
Semasa ditanyakan soal pengambilan anak angkat, izzue sebelum ini pernah memikirkannya bersama isteri, namun enggan menanggung risiko kerana bimbang tidak mampu lunaskan tanggungjawab akibat jadual waktu yang padat.
Oleh kerana berfikiran seperti itu, pasangan berkenaan terpaksa menangguhkan dahulu hasrat mereka untuk mengambil anak angkat.
Dalam pada masa yang sama, Izzue turut memberitahu keluarganya sama sekali tidak pernah membangkitkan soal anak serta tidak mendesak untuk segera mempunyai cahaya mata.
Kalau orang cakap, anak adalah punca bahagia, kami pula mempunyai pendapat sendiri. Kebahagian itu boleh dicipta, meskipun tanpa kehadiran cahaya mata.
“Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Cuma, sudah tentu ia akan menjadi lebih bermakna apabila dikurniakan anak.
Pelakon drama Rindu Kasih itu juga meluahkan rasa syukur kerana masih bahagia, biarpun hanya hidup berdua bersama isteri.
Sekadar info, Izzue Islam dan isteri, Awin Nurin telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2013.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.