“Terima kasih dan rehatlah sayang.”Viral di twitter mengenai luahan seorang suami yang dikenali sebagai Alif Adam yang mencoretkan pengorbanan isterinya mempertaruhkan nyawa dia untuk memberikan zuriat kembar mereka walaupun doktor tak galakkan untuk mengandung.

Arwah isterinya meninggal dunia 7 Oktober lalu. Melalui perkongsian Alif, dia cukup berterima kasih dengan pengorbanan besar isterinya yang sanggup memberikannya zuriat walaupun tahu risiko yang dihadapi.

Alif menyatakan arwah isterinya sanggup mengorbankan hidup dia untuk menjadi isteri sempurna buatnya.

Melalui entri di twitternya juga, hanya Allah yang tahu perasaannya pada waktu ini.

Terima kasih untuk 1 tahun 10 bulan perkenalan kita. Terima kasih untuk 10 bulan jadi isteri yang terbaik untuk abang. Terima kasih sayang, awak dah bertahan sejauh ini. Terima kasih bagi abang merasa jadi seorang suami dan ayah. Abang halalkan segalanya, selamat pulang sayang.

Abang halalkan syurga abang untukmu sayang, tenanglah dalam tidur lenamu dan janji pulanglah bila sayang rasa rindu. Abang akan kuat dengan anak-anak.

Tiga hari sebelum kematian isterinya, Alif ada menyatakan isterinya rebah selepas solat Maghrib dan terus dimasukkan ke Unit Rawatan rapi (ICU) sehingga pergi meninggalkannya dan anak kembar.

Semoga Alif terus kuat dan tabah untuk membesarkan anak-anak. Berilah kasih sayang yang terbaik pada mereka.

Sumber: Twitter Alif Adam

Tinggalkan Komen