“Alhamdulillah semua lancar. Dan terima kasih buat Doctor Shariz yg mengetuai pembedahan ni, hebat orangnya.. Jebat akan kembali sihat dgn Izin Allah.. amin,” tulis Sharnaaz.
Sementara itu, Nabila turut memuat naik keadaan terkini anaknya dengan menitipkan doa pada Jebat .
Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi laa hawla walaa quwwata illa billah… Dengan menyebut Nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tidak ada daya dan upaya selain dengan pertolongan Allah.
Yaa Allah kurniakan kelancaran dan kesembuhan untuk anakku, dan juga syifa’ dan afiah yang kekal dan yang tidak memudaratkan.
Ads
Sebelum ini Sharnaaz ada berkongsi pada media dengan memberitahu Jebat menghidap jangkitan saluran kencing (UTI) sejak beberapa bulan lalu dan perlu menjalani pembedahan segera.
Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan Jebat pada 30 Ogos 2018.
Sumber: Ig Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menggalas tugasan sebagai seorang ibu tidaklah mudah. Banyak perkara yang perlu difikirkan, juga perlu diutamakan berbanding kepentingan diri sendiri. Ada juga masanya para ibu tidak dapat memberi perhatian kepada diri sendiri sehingga orang luar melihat mereka seperti tidak pandai menjaga diri.
Yalah, ketika di rumah hanya berbaju kelawar atau berkain batik dengan peluh membasahi ketiak. Rambut berminyak tidak sempat disyampu bersih.
Bekerja atau menjadi suri rumah tidak mudah. Tugas masih sama, menguruskan rumah tangga. Mengemas rumah, memasak, menyediakan keperluan suami dan anak-anak serta banyak lagi tanggung jawab lain yang terlalu banyak untuk disenaraikan. Menghargai tugasan seorang isteri dan ibu, Intan Dzulkefli berkongsi tentang pendapatnya di laman Facebook.
Secara peribadinya saya tak berapa berkenan kalau orang kutuk-kutuk ibu yang beranak ramai ni nampak aging, nampak tak terurus, pengotor rumah tak berkemas. Tambahan kalau komen pedas itu datangnya dari insan yang belum berkahwin, mahupun yang belum ada anak.
Kadang rasa sebak pun ada.
Seriously you are clueless, didn’t know what they were dealing with.
Awak tak tahu apa rasanya anak nak melekap 24jam. Awak cabut susu badan, dia jaga. Awak gerak sikit dia pun merengek menangis.
Awak tak faham penat bila anak berdukung walau da pandai jalan, berat dah 10-15kg sampai sakit pinggang kesan cucuk ubat masa bersalin, sampai sakit luka perut kena belah masa bersalin.
Awak tak tahu apa rasanya bila baru nak mandi anak dah menangis macam kena pukul. Baru nak lepaskan hajat anak dah meraung depan pintu jamban.
Awak tak tahu macam mana rasanya tidur selang sejam sebab bangun susukan anak. Pedih perit luka sebab menyusukan anak tak mahu berenggang. Tak tahu betapa tingtong kepala & stress rasa bila anak taknak tidur, ajak main sampai 2-3 pagi, menangis semua serba tak kena tanpa diketahui apa punca.
Awak tak tahu rasanya bila kemas rumah pun tetap akan bersepah dengan macam-macam benda yang anak tak bagi sentuh pun. Awak tak tahu macam mana rasa lapar terketar badan lepas susukan anak-anak. Sakit kepala sebab lambat makan, sakit pinggang.
Demam? Sakit? Life must go on. Anak tetap macam tu minta dilayan. Tak ada cuti sakit..
Bukan merungut. Saya cuma beritahu tipikal life mak-mak ni awak..
Jangan cakaplah.. biarkan ajelah anak tu menangis, buat ajelah macam biasa. Uruskan diri tu. Uruskan rumahtangga. Jangan… awak belum rasa.
Yang melaluinya entah berapa banyak kali menangis awak… sebab rasa hidup macam bukan untuk diri sendiri lagi. Masa untuk diri sendiri pun dah tak ada. Apatah lagi privacy & me-time. Seolah-olah lifeless awak tau..
Sayyidatina Fatimah pun menangis tersedu mengadu pada ayahandanya nakkan pembantu sebab penat sangat uruskan rumahtangga, jaga anak-anak. Hingga Rasulullah SAW ajarkan baginda zikir Fatimah.
Itu anak Rasulullah SAW, wanita yang dijamin masuk syurga. Apatah la lagi kita semua yang iman senipis kulit bawang yang hidup di akhir zaman.
Kadang kita ni memang sedap aje mulut bercakap, sebab belum kena batang hidung sendiri. Agaknya kalau kita ditempat orang yang kita kata itu, kita malah lebih teruk lagi.
Belajarlah dari kesilapan saya. Saya dulu pun suka salah faham ingatkan mudah je jadi isteri solehah, didik anak2 & jadi ibu rumahtangga ni. Yelah baca dalam buku & dengar ceramah macam senang sangat je wanita nak masuk syurga. Realitinya mahar syurga itu terlalu mahal.
Kadang terlalu penat tu tak tertanggung mengalir juga air mata, hanya Allah tempat mengadu. Itupun alhamdulillah, suami dah sangat banyak bantu. Bagaimana pula bagi wanita yang suami lepas tangan & yang PJJ dengan suami? MasyaAllah, tak terbayang bagaimana kuat ujian mereka.
Tak perlulah zalim sangat menuduh ibu-ibu yang meluahkan perasaan mereka ni sebagai mengeluh, tak bersyukur. Mereka juga manusia biasa. Mereka bukannya robot. Bila mereka memendam, jadi murung, meroyan… itu lebih tak sihat untuk anak-anak.
Sama ada stay at home mother, work at home mother atau ibu yang bekerjaya, saya pernah rasa semua title. Jujurnya, semua pun penat. Jadi, tak perlulah rajin sangat nak calculate pengorbanan siapa lagi banyak, siapa lagi penat.
Buat ajelah tugas kita masing-masing & biarkan Allah sahajalah yang menilai segalanya. Tak perlulah kita jadi hakim untuk judge sesiapa. Kita pun bukan hebat mana.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Tulis untuk diri sendiri.
Sebak bila baca tulisan Intan. Benar, setiap ibu itu mempunyai kecantikan tersendiri. Luar dan dalam. Jika suami dan anak-anak menghargainya, sudah tentu seorang ibu akan berasa bahagia. Ucapkan terima kasih kepada mereka, tidak perlu tunggu hari ibu. Setiap iu banyak berkorban untuk keluarganya.
Sejak dilahirkan hingga usia 3 bulan, Muhammad Syahmi belum merasai pelukan mamanya seperti bayi lain. Ini berikutan mamanya Nor Fadilla Che Par, 28, terus koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi dan jantungnya terhenti secara tiba-tiba ketika berjuang melahirkan Syahmi secara pembedahan.
Sejak itu Syahmi dijaga oleh ahli keluarga dan bergantung pada susu formula. Hingga saat ini, Fadilla tak boleh lagi memberi tindak balas.
Menurut kakak Nor Fadilla, Nur Hasirah Che Par, sejak ditempatkan di ICU November lalu, Fadilla masih belum bagi respon walaupun keadaannya dah nampak ada perkembangan positif. Jika dahulu terpaksa bergantung dengan oksigen, kini mesin bantuan oksigen itu dah mula di buka dan boleh bernafas sendiri.
“Sekarang doktor fokuskan pada rawatan fisioterapi untuk menggerakkan anggota badannya kerana terlalu lama terlantar.
“Cuma apa yang sedih, Fadilla masih belum dapat mengenali orang. Apabila bercakap dengannya dia hanya mampu merenung dan air matanya pasti mengalir bila beritahu yang dia ada anak,” katanya.
Bercerita mengenai komplikasi yang berlaku pada adiknya, Hasirah menyatakan sebelum doktor buat keputusan untuk melakukan pembedahan, dah 3 kali induce tapi bukaan hanya 2cm sahaja.
“Mungkin dah ketentuan Allah, kami reda. Kalau nak diikutkan semasa mengandung Fadilla tiada apa-apa masalah.
“Sekarang kami sekeluarga mengharapkan ingatannya kembali pulih dan sihat seperti biasa dan boleh membesarkan anak dengan baik,” jelasnya.
Berikut coretan keadaan adiknya sebelum berjuang melahirkan anak hinggalah terlantar di katil hospital tanpa sebarang tindak balas.
CORETAN KEADAAN FADILLA..
22.10.2018 genap setahun perkahwinan mokla…
08.11.2018 tarikh due moklaaa… namun tiada tanda baby nak keluar menyebabkan moklaa over due.
14.11.2018 mokla dengan rela hati menyerahkan diri ke HRPZ II… Dengan azam akan membawa pulang seorang zuriat bersama. Suami sentiasa di sisi waktu ini.
15.11.2018mokla dipaksa bersalin dengan kaedah INDUCE. Sakit yang teramat namun rela kerana anak yang dikandung.
16.11.2018INDUCE kali kedua ke atas moklaa namun result tetap sama 2cm.
17.11.2018INDUCE kali ketiga ke atas moklaa. Result tetap sama 2cm
18.11.2018mokla ditolak ke bilik OT untuk ceaser dan lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.7kg.
Namun suami mendapat dua berita dari doktor. Satu baik dan satu buruk. Pilihan si suami.. baik dahulu.. baby selamat.. buruk pula.. isteri koma dan akan dipindah kan ke unit rawatan rapi (ICU)
Ketika itu Hanya Allah yang tahu perasaan seorang suami…
18.11.2018juga tarikh keramat buat keluarga dan suami mokla. Doktor mengesahkan Moklaa koma kerana komplikasi waktu pembedahan bersalin.
Dikala itu sepatutnya mokla mendapat ucapan TAHNIAH dari teman, saudara mara dan kaum keluarga. Namun sebaliknya hanya DOA minta kesembuhan yang diterima. ALLAHU…
Disaat ini mokla dan suami sepatutnya meraikan kehadiran tanda cinta mereka.. Namun sebaliknya ujian yang amat berat diterima. Sekarang umur baby dah hampir dua bulan dan keadaan Moklaa masih tiada tindak balas dan di tempatkan di wad ICU. Suami setia menunggu di sisi isteri tercinta.
Besarnya pengorbanan seorang isteri untuk lahirkan zuriat dan pengorbanan seorang ibu untuk keselamatan anaknya. Allahuakbar.
Elakkan daripada membuat kesilapan ini dalam penjagaan tali pusat bayi baru lahir! Bukan mama sahaja, papa & ahli keluarga pun perlu tahu. Silap cara boleh akibatkan jangkitan kuman dan bernanah!
Fungsi plasenta ialah mengangkut oksigen dan nutrien daripada ibu kepada janin untuk membesar dan berkembang. Ia mula terbentuk daripada usia kehamilan 8 minggu. Apabila selesai proses kelahiran, plasenta akan dipotong kerana bayi tidak lagi memerlukan uri.
BIASANYA AKAN LURUH DALAM MASA 3 HINGGA 10 HARI
Pusat yang terbentuk pada bayi adalah pangkal tali pusat yang telah dipotong semasa proses kelahiran. Tali pusat yang tertinggal pada bayi perlu dirawat supaya tidak berlaku jangkitan kuman. Pada kebiasaannya tali pusat ini akan tertanggal dengan sendirinya dalam masa 3 hingga 10 hari bergantung kepada tahap penjagaan. Sekiranya penjagaan yang dilakukan betul, maka lebih cepat ia tertanggal. Namun tempoh luruh ini juga berbeza bagi setiap bayi.
Jangkitan kuman lazimnya boleh melambatkan proses tertanggalnya tali pusat. Sepsis atau jangkitan kuman dalam darah adalah salah satu yang sering berlaku sekiranya penjagaan yang kurang bersih pada pusat bayi. Sepsis tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyebabkan kematian kepada bayi.
TANDA-TANDA TALI PUSAT YANG BERMASALAH
Oleh sebab itu, mama dan papa serta penjaga perlu melakukan langkah penjagaan yang betul untuk mengelakkan masalah pada tali pusat bayi. Segera mendapatkan rawatan sekiranya bayi menunjukkan tanda-tanda ini.
8 TIP PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI
PENJAGAAN TALI PUSAT DALAM MASA 24 JAM SELEPAS KELAHIRAN
Penjagaan tali pusat dalam masa 24 jam selepas kelahiran atau basah perlukan cucian daripada bahagian atas. Pastikan setiap kali sapuan memerlukan satu ketulan kapas yang dimulai daripada bahagian atas ke bawah dan berakhir pada cord clamp yang dipegang. Pastikan tangan anda bersih dan ketulan kapas juga mestilah bersih. Gunakan larutan yang dibekalkan oleh pihak hospital.
PENJAGAAN TALI PUSAT KERING
Selalunya selepas beberapa hari, penghujung tali pusat bayi akan mula kering. Cara mencucinya juga berbeza di mana anda bleh memulakan daripada bawah/ pangkal tali pusat dahulu iaitu bahagian yang masih lembap. Kemudian sapuan perlu dilakukan daripada bawah ke atas daripada semua sudut. Sapuan kemudian perlu dilakukan pada bahagian atas dan diakhiri pada bahagian cord clamp.
Perlu diingatkan bahawa setiap kali selepas cucian, anda ditegah daripada menyentuh bahagian tersebut lagi sehingga proses pencucian seterusnya.Elakkan membelek tali pusat dengan tangan kotor!
Apabila ingin memakaikan lampin kepada bayi, pastikan pusat tersebut berada di bahagian luar dan bukan bahagian dalam lampin. Ia bertujuan untuk mengelakkan kelembapan dan terkena najis/ air kencing yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!