“Terima Kasih Doanya..” Elyana Syukur Berat Naik 14kg Selepas Kemoterapi, Harap Terus Kuat!

Share

Selepas selesai menjalani rawatan kemoterapi sesi kedua sejak minggu lalu, penyanyi dan pelakon, Elyana bersyukur berat badannya kini sudah menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

Ibu kepada Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani ini menganggap kenaikan beratnya sehingga 14 kilogram sesuatu yang sangat positif.

Elyana, 34 berkata daripada 36 kilogram sekarang, kini dah pun 50 kilogram. Alhamdulillah.

“Terima kasih untuk doa yang tidak pernah putus dari keluarga dan anda semua. Saya sayang anda semua!

Elyana berkongsi perasaan gembira dan bersyukur ini di salah satu posting instagramnya dan nampak semangatnya begitu kuat.

Perkongsian itu mendapat perhatian pengikutnya yang tak putus-putus mendoakan kesihatannya serta kesejahteraan buat pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu.

“Alhamdulillah Kak El, semoga terus kuat.”

“Teruskan bersemangat..all in your mind.”

“Jangan putus doa, sentiasa positif. Semoga sentiasa dalam lindungan rahmat Allah..”

Sebelum ini Elyana berkongsi yang dia perlu menjalani rawatan kemoterapi kali kedua untuk merawat kanser limfoma yang dihadapinya. Walaupun kos rawatan agak tinggi, tapi dia akan cuba ikhtiar.

Sejak 10 tahun, Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat dan pertama kali berkongsi mengenai penyakit yang dialaminya itu ketika konsert Gegar Vaganza musim keempat yang disertainya.

Dalam satu lagi perkongsian Elyana, dia turut memberitahu jangan down lama sangat, tak elok untuk kesihatan kita.

“Get up! Move on! Life is too short to regret over something.Chill and let it go okey!”

 

Ternyata semangat kuat Elyana ini menajdi inspirasi buat orang lain dan dia tak pernah sesekali menunjukkan kesakitan yang ditanggung selama ini. Moga Elyana terus dipanjangkan umur dan berpeluang untuk melihat anak-anak membesar. InsyaAllah.

Kredit: IG Elyana 

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)

Published by
Wan Amy