Keibubapaan

“Terima Kasih Jadi Ibu Terbaik Buat Anak Kita”, Aiman Hakim Kongsi Gambar Comel & Titip Ucapan Buat Zahirah, Sweetnya!

Share

Sejak kelahiran bayi sulung mereka, baik Aiman Hakim Ridza mahupun Zahirah Macwilson jarang memuat naik sebarang hantaran baik gambar mahupun video di instagram mereka.

Peminat nyata ternanti-nanti akan wajah cahaya mata sulung mereka. Namun hampa.

Namun terbaru, bersempena hari lahir isterinya, Aiman tampil berkongsi sekeping gambar Zahirah bersama si comel mereka yang sedang nyenyak tidur.

“Happy 26th Birthday Mummy @zahirahmacwilson !!!

“Terima kasih kerana menjadi ibu yang terbaik buat anak kita.

“Terima kasih kerana berkorban banyak perkara demi membesarkan anak kita. Love you mummy!

“Nanti dah habis pantang we go makan-makan just the three of us okay! Its a date! Daddy belanja,” kongsinya lagi menerusi instagram.

Menariknya baru beberapa jam sahaja, entri Aiman itu menerima lebih 71.600 tanda suka malah turut dihujani dengan ucapan sama buat Zahirah.

Zahirah juga dilihat meninggalkan komennya, membalas ucapan suami tercinta.

“Thank you sayang & thank you anak mummy! I love you both sooo much! Bestest birthday yet.

“Can’t wait for our family date. Ohhh and I love this pic,” tulisnya.

Bukan hanya turut meninggalkan ucapan hari lahir buat Zahirah, bahkan di ruangan kapsyen turut dihujani dengan pelbagai reaksi peminat mengenai gambar di comel mereka.

Terdahulu, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada Februari 2020.

Pada Oktober lalu, pasangan ini terbang ke bumi Australia untuk melahirkan bayi sulung mereka dan berpantang bersama keluarga Zahirah yang menetap di Perth, Australia.

Artikel berkaitan: Comelnya Lesung Pipit Tu Yang Mahal, Zahirah Macwilson Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Kini Sudah 32 Minggu, Zahirah Macwilson Naik 10kg Sejak Hamil, Kongsi Gambar Di Perth

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @aimanhakimridza

Published by
SRM