Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan sekali lagi berita baik untuk rakyat Malaysia bayaran bantuan khas untuk membantu meringankan beban dalam situasi sekarang.

Dalam Perutusan Khas Kita Prihatin yang disampaikan oleh Perdana Menteri itu, kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 berjumlah RM1000 untuk isi rumah B40.

Mengambilkira segala kesukaran yang masih dihadapi oleh rakyat, Kerajaan membuat keputusan untuk menyediakan bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.

IKLAN

Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut:

Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40;
Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang;
Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40; dan
Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

“Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.”

Jelasnya lagi, bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.

“Saya berharap dengan adanya bantuan tambahan ini, saudara dan saudari dapat menarik sedikit nafas lega dalam menampung perbelanjaan harian saudara saudari dan seisi keluarga,” tambahnya.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)