Rakyat Malaysia sangat prihatin dan pemurah! Itu yang boleh digambarkan setelah dana RM500,000 diperlukan oleh adik Adam Hadid, 3, untuk membiayai kos pembelian ubat Qarziba kini dah mencukupi.
Pada 1 Ogos lalu, keluarga Adam Hadid membuka peluang untuk sesiapa yang ingin menyumbang kos pembelian ubat itu kerana nilainya sangat mahal. Tak sangka dalam seminggu, RM500,000 itu berjaya dikumpulkan dan sekarang hanya menunggu untuk rawatan selanjutnya.
Menerusi perkongsian di FB Adam Hadid The Ganglioneuroblastoma Warrior, tiada apa yang mampu diucapkan oleh ahli keluarga Adam Hadid selain mengucapkan syukur atas keperihatinan rakyat Malaysia.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada yang memberi sumbangan kepada Adam Hadid. Alhamdulillah wang yang diperlukan sudah mencukupi seperti yang disasarkan.
Mohon halal segala pemberian dan maafkan salah silap kami dalam waktu kami mengendalikan page Adam Hadid. Terima kasih kepada mereka yang menyumbang dan juga terima kasih atas segala kata-kata semangat serta ingatan kepada Adam Hadid.
Ads
Terima kasih juga kepada keluarga, rakan-rakan, pihak media, serta masyarakat umum yang telah sama-sama menjadikan pembelian ubat Qarziba ini satu proses yang akan kami ingati selamanya.
Semoga Allah S.W.T membalas dengan segala kebaikan kepada tuan puan sekeluarga. Teruskan iringi doa untuk Adam Hadid semoga Adam Hadid bebas dari kanser selamanya dan dipermudahkan segala rawatan yang akan dilalui oleh Adam Hadid. Terima kasih.
Sebelum ini, kisah adik Adam Hadid tular sehingga mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai kerana dia menjalani pembedahan membuang sel kanser yang sudah berada di tahap 4 dan buah pinggang sebelah kirinya juga sudah dibuang.
Difahamkan kanser Ganglioneuroblastoma ini selalunya dikesan pada kanak-kanak umur 5 tahun ke bawah.
Ads
Dalam semua kaedah rawatan ni, Immunoterapi adalah kaedah rawatan yang terbaru di Malaysia dalam tahun 2021. Ubat ini tidak dibiayai oleh kerajaan atau syarikat insuran.
Ubat Qarziba ini baru sahaja di pakai di Malaysia dan sememangnya khusus untuk jenis kanser ini sahaja. Dengan penggunaan ubat ini, secara statistiknya ia mampu meningkatkan tahap survival rate Adam. Ubat ini perlu dibeli pada bulan November 2022.
Permulaan tahu Adam Hadid mengalami kanser Ganglioneuroblastoma tahap 4 apabila pemeriksaan lanjut dilakukan oleh doktor setelah dia mengalami demam dan muntah-muntah.
Ads
Semoga adik Adam Hadid terus kuat dan sihat seperti anak-anak yang lain. Walaupun 6 April lalu genap usianya 3 tahun, tapi tarikh itu juga permulaan Adam menjalani rawatan kanser. InsyaAllah dengan izinNya diharapkaan proses rawatan ini dipermudahkan dan berjalan lancar.
Siapa tidak kenal dengan pemilik nama, Dian Pelangi, perancang busana muslim dan designer yang cukup dikenali di Indonesia. Wanita cantik ini kini sudah pun bergelar ibu selepas selamat melahirkan anak pertamanya pada 16 Ogos lalu.
Dian selamat melahirkan puteri sulungnya di RS Brawijaya, Ahad, 16 Agustus 2020. Buah hati cintanya dengan Sandy Nasution ini memberikan nama dengan panggilan Rumi buat puteri kesayangan mereka. Indah sekali.
Dian berkongsi berita gembira itu melalui akaun instagramnya yang menerima jutaan tahniah daripada seluruh peminatnya, baik di Indonesia dan juga Malaysia. Katanya inilah kurniaan terindahnya bersama suami sambil mengucapkan rasa syukur kerana telah dipermudahkan kelahirannya.
“Hadza min Fadhly Rabbi — This is by the grace of my Allah. Alhamdulillah.. Assalamu’alaikum world, Please say salaam to baby Rumi,” tulisnya berkongsi.
Sebelumnya, Dian turut memuat naik dua keping gambarnya saat menghadapi detik getir kelahiran bayi Rumi.
“16 Agustus 2020, 6.30 am, saat ketuban pecah dan pembukaan dimulai. Alhamdulillah sampai RS tepat waktu,” ujarnya.
Suaminya, Sandy Nasution menjadi peneman setianya sepanjang detik indah ini. Malah turut berkongsi beberapa keping gambar menemani sepanjang detik menghadapi kelahiran di comel mereka.
“Assalamualaikum, dunia. Tolong beri salam untuk baby Rumi. Dia lahir pada 16 Agustus 2020 pada pukul 14.19. Alhamdulillah ibu dan anak insyaAllah sehat. Mohon doanya selalu. #Alhamdulillah #Imafather,” tulisnya.
Rumi secantik ibunya
Benar bayi comel ini cukup menenangkan. Sungguh Rumi secantik ibunya, malah menyenangkan sesiapa yang melihat wajahnya. Comel sekali. Kulitnya putih gebu serta kemerah-merahan. Ditambah dengan bibirnya yang kemerah-merahan. Cute!
Semoga anak ini terus menjadi permata hati dan menyinari hari-hari indah ibu dan ayahnya.
Dian tidak henti-henti menerima ucapan tahniah daripada peminat dan pengikutnya di instagram. Juga tidak ketinggalan ucapan daripada beberapa selebriti baik di Malaysia mahupun di Indonesia.
Tahniah!
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan risau jika bayi bangun menyusu dengan kerap kerana ia adalah keadaan normal bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu. Ramai membandingkannya dengan bayi yang menyusu susu formula kerana dia tidur nyenyak dan lebih lama.
Apa bezanya? Susu ibu lebih mudah dicernakan berbanding susu formula. Ia diserap dan melalui sistem pencernaan bayi dengan lebih cepat, sekali gus menyebabkan bayi kerap berasa lapar. Ia juga disebabkan amaun susu ibu yang dihisap bersesuaian dengan keperluan perut bayi yang kecil.
Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali dalam sehari. Bayi yang menyusu setiap dua jam sekali, itu petanda normal. Kekerapan itu akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak dalam minggu-minggu pertama kehidupan bayi. Menjelang usia satu hingga dua bulan, kekerapannya berkurang kepada tujuh hingga sembilan kali sehari. Anda hanya perlu menyusu mengikut permintaan. Kebanyakannya dalam sela masa satu setengah hingga tiga jam setiap kali.
Jangan sesekali membiarkan bayi baru lahir tidak menyusu melebihi empat jam terutamanya pada waktu malam. Waktu malam adalah masa yang sangat baik untuk menyusu dengan kerap bagi merangsang pengeluran susu yang lebih banyak. Pada ketika ini hormon prolaktin berada pada tahap yang paling tinggi.
Enam hingga lapan minggu pertama adalah masa di mana ibu dan bayi membina hubungan. Adakalanya bayi kerap menyusu disebabkan mahu berada dekat dengan ibu kerana berasa selesa dan selamat.
Kekerapan bayi menyusu sebenarnya baik bagi ibu untuk mengelakkan masalah payudara bengkak di awal kelahiran. Apabila payudara dikosongkan dengan kerap, ia akan menghantar signal ke otak untuk menghasilkan susu yang lebih banyak. Bayi juga berkemungkinan lebih kerap menyusu apabila berada dalam keadaan tidak sihat untuk mendapat lebih banyak antibodi bagi melawan penyakit ketika itu.
Adakalanya bayi akan mengalami fasa growth spurt di mana keperluan untuk menyusu lebih daripada kebiasaannya. Ia disebabkan oleh perkembangan fizikal seperti mula mengesot, mengiring, meniarap atau berjalan. Ia juga boleh disebabkan oleh perkembangan organ dan mental bayi. Apabila melalui fasa ini, bayi akan lebih kerap menyusu untuk mendapatkan khasiat daripada susu ibu.
Sementara itu pastikan yang lekapan di payudara semasa bayi menyusu adalah betul dalam usaha memastikan kekerapan bayi menyusu bukan disebabkan oleh masalah pegeluaran susu ibu. Jika lekapan mulut bayi tidak betul, ia akan mengakibatkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efisyen lalu menyebabkan bayi tidak mendapat susu secukupnya.
Jika berat meningkat secara normal, bilangan lampin basah sekurang-kurangnya enam kali sehari dan bayi ceria dan sihat, puan tidak perlu risau tentang kadar pengeluaran susu. Ia adalah satu tanda yang bayi puan menyusu secukupnya.
Di awal kelahiran, anda mungkin berasa letih untuk memenuhi keperluan penyusuan bayi disebabkan keadaan fizikal selepas bersalin dan masih berusaha menyesuaikan diri dengan rutin harian sebagai ibu menyusu. Cuba untuk ambil masa berehat atau tidur seketika ketika bayi tidur.
Jangan sibuk dengan kerja rumah. Anda perlukan rehat secukupnya supaya kekal sihat untuk menyusukan bayi. Jika ada kerja-kerja rumah yang perlu diselesaikan, minta bantuan suami atau keluarga. Tidur bersama bayi lebih memudahkan anda menyusukannya. Sentiasa menyusu dalam keadaan tenang tanpa rasa tertekan. Semat dalam minda yang ia adalah perkara normal.
Luka episiotomi banyak terjadi kepada ibu yang bersalin terutama sekali bagi ibu yang baru pertama sekali bersalin.
Ia adalah guntingan yang dilakukan oleh doktor pada kulit dan otot antara vagina dan anus. Tujuannya untuk melebarkan jalan kelahiran bayi.
Jururawat Bel Nawhen telah berkongsi info dan tip berguna tentang episiotomi khususnya ketika proses menjahitnya.
#1 BIUS PADA OTOT, BUKAN KULIT
Sewaktu menjahit episiotomi, kebiasaannya kita akan beri bius setempat (local anaesthesia) pada otot vagina bukannya pada kulit.
#2 RASA SAKIT SEPERTI JAHIT HIDUP-HIDUP
Kenapa sakit seolah-olah dijahit hidup-hidup? Kerana kawasan kulit dia vagina/perineum ada banyak saraf.
#3 KENAPA TIDAK BOLEH BANYAK BIUS?
Kenapa tak boleh beri banyak bius? Bila bius terlalu banyak, kawasan jahitan terutamanya kulit akan membengkak, akan susah nak jahit dan bila bengkak surut, jahitan akan jadi longgar lalu sebabkan proses penyembuhan luka episiotomi akan menjadi lambat.
4 TIP IBU BOLEH LAKUKAN KETIKA JAHITAN EPISIOTOMI DILAKUKAN
Macam mana pula nak divert rasa sakit dijahit?
1.BERI KERJASAMA
Beri kerjasama kepada perawat. Jangan gerak. Banyak gerak kerana boleh melambatkan proses jahit, jadi anda perlu tahan sakit lebih lama.
2.AJAK NURSE BERBUAL
Ajaklah nurse tu berborak. Saya sendiri berbual dengan nurse yang jahit epi saya
3.BANYAKKAN BERSELAWAT & BEREHAT
Kalau nurse tak layan sebab busy repair luka, selawat banyak-banyak atau layan mengantuk dan keletihan. Tidur.
4.SABAR
Semasa JAHIT episiotomi, anda tak boleh bergerak sebab kita bimbang jika jarum tertusuk kat tempat lain selain tercucuk jari nurse tersebut. Bila anda tak beri kerjasama, maka proses menjahit akan menjadi lebih panjang.
Jahit episiotomi bukanlah satu proses jahit sembat, jahit tulang belut dan lain-lain kerana jahit luka perlukan konsentrasi dan ketelitian.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...