Rakyat Malaysia sangat prihatin dan pemurah! Itu yang boleh digambarkan setelah dana RM500,000 diperlukan oleh adik Adam Hadid, 3, untuk membiayai kos pembelian ubat Qarziba kini dah mencukupi.
Pada 1 Ogos lalu, keluarga Adam Hadid membuka peluang untuk sesiapa yang ingin menyumbang kos pembelian ubat itu kerana nilainya sangat mahal. Tak sangka dalam seminggu, RM500,000 itu berjaya dikumpulkan dan sekarang hanya menunggu untuk rawatan selanjutnya.
Menerusi perkongsian di FB Adam Hadid The Ganglioneuroblastoma Warrior, tiada apa yang mampu diucapkan oleh ahli keluarga Adam Hadid selain mengucapkan syukur atas keperihatinan rakyat Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN [Mulanya Demam & Muntah, Tak Sangka Adam Kanser Tahap 4. Perlu RM500k Untuk Rawatan]
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada yang memberi sumbangan kepada Adam Hadid. Alhamdulillah wang yang diperlukan sudah mencukupi seperti yang disasarkan.
Mohon halal segala pemberian dan maafkan salah silap kami dalam waktu kami mengendalikan page Adam Hadid. Terima kasih kepada mereka yang menyumbang dan juga terima kasih atas segala kata-kata semangat serta ingatan kepada Adam Hadid.
Terima kasih juga kepada keluarga, rakan-rakan, pihak media, serta masyarakat umum yang telah sama-sama menjadikan pembelian ubat Qarziba ini satu proses yang akan kami ingati selamanya.
Semoga Allah S.W.T membalas dengan segala kebaikan kepada tuan puan sekeluarga. Teruskan iringi doa untuk Adam Hadid semoga Adam Hadid bebas dari kanser selamanya dan dipermudahkan segala rawatan yang akan dilalui oleh Adam Hadid. Terima kasih.
Sebelum ini, kisah adik Adam Hadid tular sehingga mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai kerana dia menjalani pembedahan membuang sel kanser yang sudah berada di tahap 4 dan buah pinggang sebelah kirinya juga sudah dibuang.
Difahamkan kanser Ganglioneuroblastoma ini selalunya dikesan pada kanak-kanak umur 5 tahun ke bawah.
Dalam semua kaedah rawatan ni, Immunoterapi adalah kaedah rawatan yang terbaru di Malaysia dalam tahun 2021. Ubat ini tidak dibiayai oleh kerajaan atau syarikat insuran.
Ubat Qarziba ini baru sahaja di pakai di Malaysia dan sememangnya khusus untuk jenis kanser ini sahaja. Dengan penggunaan ubat ini, secara statistiknya ia mampu meningkatkan tahap survival rate Adam. Ubat ini perlu dibeli pada bulan November 2022.
Permulaan tahu Adam Hadid mengalami kanser Ganglioneuroblastoma tahap 4 apabila pemeriksaan lanjut dilakukan oleh doktor setelah dia mengalami demam dan muntah-muntah.
Semoga adik Adam Hadid terus kuat dan sihat seperti anak-anak yang lain. Walaupun 6 April lalu genap usianya 3 tahun, tapi tarikh itu juga permulaan Adam menjalani rawatan kanser. InsyaAllah dengan izinNya diharapkaan proses rawatan ini dipermudahkan dan berjalan lancar.
Kredit: FB Adam Hadid The Ganglioneuroblastoma Warrior
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)