Bukan mudah untuk mencari ibu yang sempurna untuk anak-anak. Kita manusia biasa, pasti ada buat salah dan tentunya tak sempurna. Biarpun merasakan diri kita bukanlah yang terbaik namun buat anak-anak, kitalah tempat mereka bergantung harapan.

 

Biarlah ada masanya kita terlalu letih untuk melayan anak, mereka tetap sabar menunggu masa untuk dilayan. Kadang-kadang kena marah, tapi mereka tetap sayangkan kita. Bila dikenangkan, sedih bila kita beri layanan begitu pada anak.

Artikel Menarik: [“Suruh Senyum Sampai Senget Kepala.” Comel Adik Ni Ambil Gambar Buat Passport!]

Perkongsian Faralyna Idris di laman Instagramnya benar-benar mencuit hati semua orang yang bergelar ibu. Menurit penulisannya, anak-anak bukan saja mengajar kita erti sabar. Mereka jugalah yang BANYAK BERSABAR dengan kita.

Ikuti luahan hatinya;

“TERIMA KASIH KERANA BANYAK SABAR DGN BONDA 🌷🤍

Sedar tak sedar,
selain daripada mereka ini yang mengajar erti sabar pada kita…
sebenarnya anak-anak kita ni juga yang banyak bersabar dgn kita.

Ads

“Terima Kasih Sabar Dengan Bonda.” Luahan Hati Faralyna Tentang Anak Sentuh Hati Ramai Ibu

Bila kita tgh buat kerja,
Mereka sabar menunggu kita utk main dgn diorg.
Bila kita terlalu penat & tanpa sengaja melepaskan marah pada mereka,
Mereka akur & terpaksa terima.
Bila kita sibuk dgn phone,
Mereka sabar tunggu kita utk bacakan story book/main/borak dgn diorg.
Bila kita keluar,
Mereka sabar tunggu kita balik nak jumpa/ddk dgn kita.

Artikel Menarik: [Naik Flight Dengan Famili, Fazura Kecewa Diherdik Bawa Anak Anak Kecil & Kanak-Kanak Autisme]

“Terima Kasih Sabar Dengan Bonda.” Luahan Hati Faralyna Tentang Anak Sentuh Hati Ramai Ibu

Anak-anak yang kecil-kecil ni bukan faham dgn rutin harian kita.
Bukan faham bila kita ckp kita penat.
Bukan faham bila kita tiba-tiba breakdown and marah diorg tak pasal-pasal.
Tapi mereka sabar…

Ads

Artikel Menarik: [“Demi Anak Pertama, 6 Tahun Tunggu.” Bakal Ibu Ni Tak Kisah Kulit Muka Naik Jerawat Teruk]

Tetap cari kita…
Tetap minta kita tolong itu ini…
Tetap nak main dgn kita, nak borak dgn kita…

Kita perlu sedar benda ni supaya kita dpt ubah apa yang perlu kita ubah.
Kita perlu terus kekalkan keinginan diorg yg nak selalu delat dgn kita.
Kita perlu kekalkan, kita adalah org yang paling mereka rasa safe to be with, & to share everything.

“Terima Kasih Sabar Dengan Bonda.” Luahan Hati Faralyna Tentang Anak Sentuh Hati Ramai Ibu

Ads

Anak-anak akan membesar & akan menjalani kehidupan mereka sendiri.
Tapi, its every parent’s dream & hope kan supaya anak-anak tidak lupakan kita…

Maka kita jgn sesekali ketepikan mereka, dlm apa jua keadaan kita,
Bermula dari mereka masih kecil… 🌸🤍”.

Rasanya ramai ibu yang boleh relate dengan penulisan Faralyna ini. Bukan mudah nak jadi ibu, kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak tetapi ada masanya tak sedar yang kita mungkin telah menyinggung perasaan mereka. Semoga kita semua terus sabar dan kuat sepanjang proses mendidik dan membesarkan anak-anak tersayang.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik.

Nak hantar gambar anak klik sini 👉 https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/

“Terima Kasih Sabar Dengan Bonda.” Luahan Hati Faralyna Tentang Anak Sentuh Hati Ramai Ibu

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI