Dalam rumah tangga walaupun dah kahwin lebih 10 tahun masih ada lagi sikap suami isteri yang kita belum tahu sepenuhnya. Ibaratnya masing-masing kena sedia menerima setiap kekurangan dan kelebihan pasangan secara terbuka.

Sentiasa menerima, memahami dan bertolak ansur kunci kebahagiaan rumah tangga. Jika setakat sikit-sikit pejamlah mata. Nak tegur tak salah tapi ingat jangan sampai pasangan rasa dia tak sempurna.

Perkongsian dari Abu Hurairah Asifa ini boleh dijadikan panduan bersama dalam memastikan rumah tangga sentiasa bahagia dan harmoni.

“Terima Kasih Sabar Dengan Saya. Minta Maaf Bang.” Sebelum Tidur Biasakan Cakap Macam Ni

Suami sabar dan layan, itulah hiburan buat isteri

Kadang, saya tak tahu nak memberi dan menghiburkan isteri dengan apa. Kalau masak, isteri kata asyik makan ni je. Kalau bawak jalan, asyik pergi taman mainan je.

Kalau balik kampung, asyik kampung baru je. Kalau beli hadiah, asyik coklat je.

Ads

Down juga rasa nak menghiburkan. Rasa macam nak menyakitkan pun ada. Rasa jap tangan ni baru dia tahu kicap cap tangan ni lebih manis dari kipas udang.

Tapi di sebalik sabar dan tenang dan sedaya upaya menjadi suami yang memberi ni, rupanya ada hikmah isteri diberikan Tuhan dengan menguji.

Sebenarnya, apa saja kelakuan dan tingkah isteri yang saya hadapi, bila saya cuba sabar dan layan, maka itulah hiburan bagi seorang isteri.

Bila isteri nampak saya tendang pokok pisang, dia tahu saya tengah tahan marah.

Ads

Bila isteri lihat saya diam menahan marah, dia tahu tak senang melayan karenahnya.

“Terima kasih kerana selalu sabar dengan saya. Saya minta maaf bang”

Kata dan lafaz isteri setiap malam sebelum tidur.

“Terima Kasih Sabar Dengan Saya. Minta Maaf Bang.” Sebelum Tidur Biasakan Cakap Macam NiIsteri bukan sengaja mahu menyakitkan hati suaminya, bukan sengaja mahu membuatkan suaminya pening kepala, tetapi itulah tanda isteri dia hanya punya kita sebagai suaminya. Pada kita lah dia memberikan kasih sayang dan memperkenalkan dirinya sebagai isteri pada kita.

Ads

Benarlah.

“Dan bergaullah dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”

Surah An-Nisa : 19.

Isteri itu adalah tanda-tanda yang Tuhan beri untuk lelaki berfikir.

Supaya lelaki itu faham kenapa Allah cipta dia menjadi seorang lelaki. Dan di amanahkan dengan tugas suami.

Sumber: Abu Hurairah Asifa

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI