Terima Kasih, Sampai Ke Mekah Orang Doakan. Sharnaaz & Nabila Syukur Jebat Makin Pulih

Share

Kakak kepada pengacara Neelofa, Noor Nabila melahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan anaknya, Jebat Jayden.

Menurut Nabila, Jebat semakin pulih serta sudah mampu tersenyum selepas menjalani pembedahan pada 23 Mei lalu.

Perkongsian ini dibuat menerusi instagram stories dan ignya.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan anak saya, yang solat hajat untuk dia, yang DM dan mesej saya bagi kata-kata semangat.

“Alhamdulillah Jebat dah semakin sihat, dah start makan, dah senyum, dah ajak bergurau. Terima kasih Ya Allah,” tulisnya.

Nabila juga memanjat rasa syukur dengan perkembangan positif Jebat.

Keadaan anak saya semakin baik dan doktor menjangkakan dia akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat. Semoga kita semua berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Sementara itu, aktor Sharnaaz Ahmad turut meluahkan rasa terharu kerana ramai yang menyayangi Jebat di Instagram (IG) miliknya.

“Kesihatan jebat sembuh dengan kuasa Allah Yang Maha Esa..

“Saya dihujani oleh mesej rakan-rakan yang prihatin..Terharu sangat orang ramai sayangkan jebat.

“Sampai ke Mekah orang mendoakan dia..Terima kasih sangat. Semoga Allah rahmati kita semua dunia akhirat.

ARTIKEL BERKAITAN:

[Nak Masa Hadapan Pendidikan Anak Terjamin? Persiapan Haruslah Bermula Sekarang]

“Terima kasih sangat-sangat..Selamat berhari raya buat semua umat Islam,” tulisnya sebagai kapsyen.

Terdahulu, Jebat Jayden dilaporkan mengalami jangkitan saluran kencing (UTI).

Nabila dan aktor Sharnaaz Ahmad berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan Jebat pada 30 Ogos lalu.

Sumber: ig Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Published by
Wan Amy