“Terima Kasih, Saya Minta Maaf, Saya Sayang Awak”. Kalau Boleh Setiap Hari Ucapkan

Share

Berapa ramai pasangan yang menjalani kehidupan berumahtangga yang muram dan suram. Dia bangun tidur, aku pun bangun tidur juga. Anak-anak pun turut sama bangun tidur. Aku makan, dia pun makan, anak-anak pun sama makan juga.

Dia keluar bekerja, aku pun ada kerja juga. Anak-anak pun kerjanya di sekolah. Begitulah rutin hidup yang membosankan. Semua ini gara-gara takut dan ‘lari’ daripada MENGHADAPI PERBEZAAN!

Inilah realiti rumahtangga pada hari ini. Bersuara, bergaduh. Bila diam, memendam rasa dan dendam. Apabila diperhalusi secara tulus dan telus, masalahnya bukan perbezaan pendekatan lagi, tetapi kerana telah merebak kepada perbezaan KEYAKINAN!

Percayalah, jika hanya berbeza cara, mudah dibawa bincang, boleh dirungkai dan mudah memaafkan lalu boleh dilupakan.

Tetapi jika yang berbeza itu HATI, maka sukarlah untuk didamaikan kerana ia sudah meretakkan cinta. Untuk sama-sama mencinta, tidak cukup dengan hidup bersama kerana, ‘MARRIAGE IS LOVING TOGETHER, NOT JUST LIVING TOGETHER”.

Tip untuk kekal bahagia suami isteri: Selalu buat pasangan rasa dihargai. Kata-kata seperti

“terima kasih”
“saya minta maaf”
“saya sayang awak”

Jangan pernah lupa untuk diucapkan, kalau boleh setiap hari. Ia mungkin nampak remeh-temeh sehinggakan ada yang berasa pasangan mereka mengada-mengada jika dia mahu anda mengucapkan kata-kata ini selalu.

Tapi percayalah kata-kata keramat ni sangat bernilai untuk mengharmonikan dan membahagiakan, in shaa Allah.

Kredit: Imam Muda Hassan Adli

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy