Tiada yang lebih menggembirakan hati setiap pasangan melainkan menerima berita kehadiran bayi baru dalam keluarga. Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Sari Yanti dan Jep Sepahtu yang baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pada tanggal 6 Jun 2020.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Jep menerusi akaun instagramnya. Selepas dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 2018 yang lalu.
Dalam entri tersebut, Jep Sepahtu memaklumkan bahawa isteri tersayang sudah selamat melahirkan anak kedua mereka dengan kapsyen yang cukup menyentuh perasaan.
Penyampai radio Sinar FM itu, menzahirkan rasa syukur atas kurniaan Yang Maha Esa dengan kelahiran bayi keduanya itu dan mengucapkan terima kasih buat isteri tersayang.
Ads
“Subhanallah. Alhamdulillah.. Allahuakbar . .
Terima kasih sayang untuk cahaya mata kedua kita,” tulisnya di instagram
Menjenguk ke ruangan komen Instagram Jep, ramai rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi yang baru dilahirkan.
Ads
Jep Sepahtu dan Sari Yanti diijabkabulkan pada 25 Februari 2017. Sari mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan pertama iaitu Al Aly dan Basit Al Haq.
Ads
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama pada 2018 yang dinamakan Dariya Inara. Untuk makluman juga Sari pernah mengalami dua kali keguguran kerana mempunyai masalah dengan tiub fallopiannya.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Sari Yanti dan Jep. Semoga dengan kehadiran bayi ini akan melengkapkan lagi kehidupan mereka sekeluarga. Selamat berpantang juga buat Sari Yanti.
Khasiat kembang semangkuk, turunkan suhu badan anak demam, legakan batuk. Kembang semangkuk mungkin bukan nama yang asing dalam dunia perubatan tradisional.
Khasiat Kembang Semangkuk, Turunkan Suhu Badan Anak Demam, Legakan Batuk
Kembang semangkuk sering digunakan dalam pelbagai petua kesihatan, termasuk untuk menurunkan suhu badan anak yang demam. Ibu bapa yang mencari alternatif semula jadi untuk meredakan demam anak boleh mencuba manfaat herba ini.
Cara-caranya:
1.Rendam 2 biji kembang semangkuk ke dalam air.
2.Selepas setengah jam, tapis. Ambil airnya.
3.Airnya dicampur sedikit madu. Minum 3 kali sehari.
*Juga boleh dijadikan pengganti air kosong, simpan dalam botol, minum sekerap mungkin.
Biasanya setelah minum, mungkin akan muntah beberapa kali untuk keluarkan kahak.
Untuk bayi bawah 1 tahun dan menyusu badan, ibu yang kerapkan minum. Sesuai untuk 1 tahun ke atas.
Apa Itu Kembang Semangkuk?
Kembang semangkuk ialah biji daripada pokok Scaphium spp., yang banyak ditemui di negara-negara Asia Tenggara. Apabila direndam dalam air, biji ini akan mengembang dan menghasilkan lapisan jeli yang jernih. Bahagian jeli inilah yang sering digunakan dalam minuman tradisional untuk tujuan kesihatan.
Khasiat Kembang Semangkuk Untuk Anak Yang Demam
1. Menyejukkan Badan Secara Semula Jadi
Kembang semangkuk dikenali sebagai herba yang bersifat penyejuk. Ia membantu menurunkan suhu badan yang tinggi akibat demam. Apabila anak demam, badannya kehilangan banyak air akibat peluh dan suhu badan yang meningkat. Minuman kembang semangkuk dapat membantu menghidrat badan dan menyejukkan dari dalam.
2. Memberikan Hidrasi Tambahan
Demam boleh menyebabkan anak mudah dehidrasi, terutama jika mereka kurang berselera untuk minum air. Air rendaman kembang semangkuk boleh menjadi alternatif yang menyegarkan dan membantu memastikan tubuh anak kekal cukup air.
3. Melegakan Tekak Dan Batuk
Kadangkala, demam datang bersama dengan batuk dan sakit tekak. Jeli kembang semangkuk mempunyai tekstur licin yang membantu melegakan tekak yang kering dan gatal. Ini sangat berguna untuk anak-anak yang tidak suka ubat batuk tetapi memerlukan sesuatu untuk mengurangkan rasa tidak selesa.
4. Membantu Sistem Penghadaman
Selain menyejukkan badan, kembang semangkuk juga baik untuk sistem pencernaan. Anak yang demam kadangkala mengalami masalah perut seperti sembelit atau kembung. Minuman kembang semangkuk boleh membantu melancarkan pencernaan dan memberikan rasa lebih selesa kepada anak.
ELAKKANLAH MAKANAN/MINUMAN INI KETIKA BERKAHAK:
Makanan yang menghasilkan kahak – gula, junkfood, fastfood, cikedis, coklat, aiskrim, kek, biskut, susu tepung, susu (walau organik sekalipun), air bergas, air kotak, semua makanan berasaskan tepung gandum, barli, rye.
Tidak guna amalkan itu ini tetapi sumber utama penyumbang kahak kita tidak tinggalkan.
Di Mana Nak Dapatkan Biji Kembang Semangkuk?
Pasar harian, pasaraya bahagian rempah/barangan kering timbang, contohnya bahagian sagu, kacang hijau, kacang merah dan lain-lain.
Juga ada yang telah dipekkan. Harganya dalam 3-4 ringgit saja, lebih kurang 10 biji.
Kembang semangkuk adalah herba semula jadi yang boleh membantu menyejukkan badan anak ketika demam, menghidrat tubuh, dan melegakan tekak. Walaupun ia selamat digunakan, pastikan anak minum dalam jumlah sederhana dan tidak berlebihan. Jika demam anak berlarutan atau semakin teruk, segera dapatkan rawatan doktor untuk langkah seterusnya.
Melahirkan seorang anak bukan mudah. Si ibu bakal berhadapan dengan pelbagai risiko dan yang paling dibimbangi apabila melibatkan nyawa ibu. Risiko bersalin boleh menyebabkan ibu dan anak mungkin tidak dapat diselamatkan.
Begitulah besarnya pengorbanan kaum ibu yang berjuang melahirkan zuriat. Hampir separuh nyawa melayang. Sebab itulah darjat seorang ibu diletakkan ditempat yang tinggi.
Menurut kisah Puan Nabila pula, dia secara tiba-tiba mengalami sesak nafas selepas mengalami batuk berdarah ketika mengadungkan anak ketiga. Sejurus selepas itu, doktor mengesorkan dia untuk dibius dan akibat daripada ubat bius dia koma selama hampir sebulan dan menurut doktor bayinya mungkin tidak dapat diselamatkan.
TIBA-TIBA BATUK KELUAR DARAH
Assalamualaikum… hai, nak share sikit pengalaman bersalin anak ke3 … 18.10.2018 p hospital sebab demam panas tiba2 batuk keluar darah sesak nafas time ni tengah pregnant 6bulan.
KEMUNGKINAN BABY TAK DAPAT SELAMAT
Saya kena tahan terus ke ICU, masa ni macam tak dak nyawa dah memang sesak nafas sangat2 … doktor syorkan untuk bius untuk saya tido (koma) … sebelum tu doktor cakap kemungkinan depa tak dapat selamatkan baby… nyawa ibu lebih penting.
SAYA REDHA
Saya dah redhaa tapi saya nak jugak baby saya selamat… hampir sebulan lebih koma dekat icu … 5.11.2018 selamat bersalin (31week).. doktor buat emergency czer .. berat baby 1.16kg
NURSE CAKAP BABY SELAMAT
Saya masih koma … 19.11.2018 sedar dari koma… nurse cakap baby saya selamat… saya bersyukur sangat2 … tapi baby dekat NICU hampir sebulan lebih … 3.12.2018..baby discharge dan sekarang saya bersyukur Allah masih panjangkan umur saya dan baby … baby pon dah 7 bulan membesar dengan sihat.
SEMOGA IBU-IBU BAKAL MELAHIRKAN DIPERMUDAHKAN URUSAN
Kenangan yang takkan saya lupakan…. saya doakan ibu2 yang bakal melahirkan semoga dipermudahkan segala urusan
Penting untuk mengetahui cara sedut yang betul penting supaya entonox memberikan kesan yang optimum. Ikuti tip doktor ini.
Entonox ialah salah satu pelega kesakitan kontraksi ketika bersalinpelega kesakitan yang digunakan semasa proses kelahiran ialah bius epidural, suntikan pethidine dan gas entonox. Kelahiran akan menyebabkan kesakitan terutamanya kontraksi.
Menurut Dr Siti Eshah Bahari, Pakar Perbidanan & Sakit Puan KPJ Selangor Specialist cara sedut yang betul akan mengoptimumkan kesan yang entonox bagi melegakan kesakitan. Entonox ialah campuran gas nitrous oxide dan oksigen. Ia digunakan meluas di dalam bidang perubatan dan kerap digunakan oleh ibu-ibu untuk melegakan sakit kontraksi semasa proses kelahiran.
Entonox adalah pelega kesakitan yang paling banyak digunakan di dalam kelahiran kerana pelbagai kelebihan. Entonox banyak digunakan namun kegagalan para ibu menggunakannya dengan betul menyebabkan entonox tidak dapat berfungsi dengan betul.
10 KELEBIHAN GUNA ENTONOX SEMASA BERSALIN
Mudah digunakan.
Kos efektif dan lebih murah berbanding bius epidural dan suntikan pethidine.
Lebih fleksibel dan memberi kesan yang cepat seawal 15 saat hingga tiga minit selepas disedut.
Pesakit boleh mengawal penggunaannya.
Tiada kesan sampingan yang berbahaya
Ia tidak mengganggu bayi di dalam kandungan.
Ia tidak menghilangkan kesakitan tetapi mengurangkannya ke tahap yang boleh dikawal.
Selamat untuk bayi dan oksigen yang disedut akan memberikan kebaikan kepada anda dan bayi. Ibu kurang resah dan jadi lebih tenang.
Entonox tidak perlu dipantau penggunaannya seperti epidural.
Tidak melibatkan jarum suntikan. Ia juga tidak memberikan kesan mengantuk atau kebas.
5 TIPS CARA SEDUT ENTONOX Entonox disarankan untuk diambil pada akhir peringkat kelahiran iaitu sebelum bukaan serviks sampai 10cm. Sekiranya pada peringkat awal ibu telah mengambil suntikan pethidine, pada akhir peringkat pertama kelahiran kontraksi yang lazimnya akan lebih kuat dan para ibu boleh mengambil pelega sakit ini.
Sebelum kontraksi, ibu perlu melekapkan topeng gas entonox ke muka.
Pastikan topeng dilekapkan dengan kedap tanpa ada rongga terbuka.
Sedut dengan dalam tetapi perlahan sehingga rasa sakit hilang atau anda berasa pening.
Topeng perlu dipegang sendiri oleh ibu agar dia boleh menyesuaikan sedutan mengikut keperluan.
Alihkan topeng apabila sakit mulai hilang. Elakkan daripada menyedutnya terus menerus kerana ia boleh menyebabkan khayal atau dos berlebihan.
INFO: Walaupun entonox tidak mempunyai kesan sampingan yang besar, ia boleh menyebabkan anda pening. Ada sesetengah wanita rasa tidak selesa, mengantuk dan gagal untuk fokus.
Jika tanda-tanda ini berlaku, hentikan penggunaan dan dapatkan bantuan petugas perubatan dengan segera.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...