Penyanyi dan pelakon, Adira Suhaimi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen penuh bermakna bersama pembantu rumahnya.
Dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Adira dilihat membawa pembantu rumahnya ke sebuah hotel mewah untuk menikmati makan malam istimewa.
Momen ini bukan sekadar sambutan ulang tahun biasa. Adira mengambil kesempatan untuk menghargai kesetiaan dan jasa pembantu rumahnya yang telah lama bersamanya malah membantu dalam banyak hal.
Lebih menyentuh hati, Adira turut memberikan kebenaran penuh kepada pembantunya untuk memilih dan mengenakan pakaian miliknya bagi menjadikan malam tersebut lebih bermakna.
Ads
“Selamat ulang tahun buat bibik sayang. Semoga yang baik baik untukmu, terima kasih sudah selalu ada.
“Semoga usaha kecil saya ni buat kamu gembira, semoga kamu Bahagia,” tulisnya.
Ads
Bukan itu sahaja, pelantun lagu Pujaan Hati itu turut menghadiahkan seutas cincin emas kepada pembantu kesayangannya itu sebagai tanda menghargai segala sokongan yang diberikan buat Adira dan anak-anaknya.
Tindakan Adira itu menerima pujian ramai warganet yang tersentuh dengan keprihatinan, sikap menghargai dan layanan baik Adira terhadap pembantu rumahnya itu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan, rakyat Malaysia sangat kreatif. Dalam tempoh PKP ni, banyak pula idea pelik yang melucukan dari rakyat Malaysia. Salah satunya ialah para suami dan anak lelaki mengenakan baju kelawar. Habislah stok baju kelawar isteri dan ibu dikerjakan!
Memetik sebuah artikel di Mstar, gelagat seorang ayah dan dua anak lelakinya mengenakan baju kelawar mencuit hati ramai orang.
Anak perempuan Roslan Mohd Yunus, Intan Ezra Syahirah atau Syasya telah berkongsi sebuah foto ayahnya dan dua adik lelakinya mengenakan baju kelawar ibu mereka. Syasya memberitahu yang ayahnya memang suka pakai baju kelawar ibu mereka walaupun sebelum wabak COVID-19 lagi.
Kata Syasya lagi, ayah dan adik-adiknya itu berasa selesa memakai baju kelawar. Sebenarnya baju kelawar ibu mereka tidaklah banyak, dalam lima ke enam helai sahaja. Dia dan adik-beradik perempuannya yang lain pula jarang pakai baju kelawar.
Bukan mereka sahaja yang mengenakan baju kelawar sepanjang tempoh PKP ini. Ada juga suami lain yang mula menyedari betapa selesanya mengenakan baju kelawar milik isteri masing-masing.
Tambah Syasya lagi, adik bongsunya ada membeli sehelai baju kelawar untuk ibu mereka tapi akhirnya dia yang pakai. Gadis ini juga memberitahu salah satu kebaikan tempoh PKP ini adalah apabila mereka sekeluarga dapat meluangkan lebih masa bersama.
Jika selalunya dia lebih suka menonton drama Korea manakala adik-adiknya pula suka main Playstation, tapi sejak PKP ini mereka sekeluarga lebih rapat dan banyak menghabiskan masa bersama.
Katanya lagi, semoga wabak COVID-19 ini akan segera berakhir. Kasihan lihat kawan-kawan yang berjauhan dengan keluarga sepanjang tempoh PKP ini. Harapnya, Malaysia akan pulih seperti biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan berjaya ini mudah tersentuh dengan kesusahan orang lain disekelilingnya. Tidak hanya membawa kesemua staffnya menunaikan umrah tidak lama dulu, kini Hafiz Mahamad rupanya turut memberikan elaun taska kepada staffnya ebagai tanda prihatin.
Hafiz sebelum ini pernah memaklumkan dia pernah mempunyai hasrat membuka nursery (pusat jagaan kanak-kanak) untuk anak-anak pekerjanya.
Namun suami kepada usahawan berjaya, Syafiqah Aina terpaksa melupakan hasratnya itu selepas memikirkan beberapa perkara.
Kongsi Hafiz menerusi Instagramnya, impian tersebut terpaksa dilupakan selepas mengambil kira risiko-risiko yang sedia ada berbanding kelebihan yang bakal dihadapinya.
“Saya pernah cakap sebelum ini untuk membuka nursery untuk staf saya supaya anak-anak mereka duduk di nursery tu kan, tapi tak jadi nak buka.
“Tapi saya tukarkan kos tu kepada kos elaun untuk staf-staf saya untuk membayar nursery kat luar sana. Kenapa saya tak jadi buka sebab risikonya lebih banyak daripada yang baik.
“Sebagai contoh kalau seorang anak sakit, dia akan berjangkit sakit itu dan saya perlu bertanggungjawab. Seorang anak sakit, seorang mak kena bercuti. Jadi kalau 10 anak sakit, 10 staf akan bercuti,” katanya.
Namun tidak hanya janji kosong semata, bapa kepada dua cahaya mata ini menukar perancangan asalnya dengan memberikan elaun taska bernilai RM350 seorang kepada staffnya. Semuanya bagi meringankan beban perbelanjaan mereka setiap bulan.
Nilai RM350 pada setiap bulan untuk seorang anak sebagai perbelanjaan bagi menghantar ke pusat jagaan kanak-kanak yang lain sudah dikira cukup membantu seorang pekerja. Memang patut dipuji!
”Jadi, saya beri kebebasan kepada staf saya untuk mencari nursery kat luar sana dan saya beri elaun yang boleh meringankan beban mereka.
“Saya bagi elaun untuk anak-anak staf seorang anak RM350, jika ada staf dua anak yang dihantar ke nursery luar, saya akan bagi RM700. Staf bebas untuk pilih nursery yang terbaik di luar,” ujarnya lagi.
Perkongsian Hafiz itu sudah tentu dipuji malah ramai yang mendoakan agar anak muda ini terus sukses dalam kerjayanya disamping membantu golongan memerlukan.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Bukan mudah untuk mengharungi kehidupan seharian apabila kita kehilangan insan yang disayangi. Rindu pasti sentiasa ada, selalu terkenangkan dia yang telah pergi.
Sebuah video di laman Tiktok @omokgendut18 tular hari ini yang memaparkan seorang kanak-kanak yang menziarahi pusara ayahnya. Dia yang dikenali sebagai Omok dilihat berjalan ke arah pusara ayah selepas balik dari sekolah.
Sebelum ke sekolah dia ada bercakap dengan foto ayahnya dan bila tamat sesi persekolahan anak kecil itu terus mengajak ibunya ke pusara arwah untuk melepaskan kerinduan.
“Pagi tadi sebelum pergi sekolah dia cakap dengan gambar ayah dia. ‘Ayah, Omok nak pergi sekolah ni’.
Balik sekolah dia ajak jumpa ayah dia… lepas rindu..”
@omokgendut18pagi tadi sebelum pergi sekolah dia cakap dgn gambar ayah dia..”ayah omok nak pergi sekolah ni” balik sekolah dia ajak jmpe ayah dia..lepas rindu😇♬ bunyi asal – aishah sanusi🥰
Hati siapalah yang tidak sedih melihat gelagat Omok, jelas kerinduannya pada arwah ayah. Biarpun nampak tenang, kita tahu kanak-kanak ini sangat mengharapkan kehadiran arwah ayah di sisinya.
Antara komen warganet;
Semoga Omok membesar dengan sihat dan dia serta keluarga tabah dengan ujian kehilangan ‘orang kuat’ dalam keluarga. Dengan usianya yang masih kecil, anak kecil ini nampak sangat matang dan tenang. Sama-sama kita doakan agar arwah ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beramal soleh. Al-Fatihah.
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.