Selepas selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan, Tasha Shilla dan suami, Atiq Idris berkongsi kegembiraan mereka dengan memanjatkan kesyukuran atas kurniaan amanah kedua dari Allah SWT buat mereka sekeluarga.
ARTIKEL BERKAITAN [“Pembedahan 45 Minit Lancar.” Tasha Shilla Dapat Baby Girl, Pilih Nama Nyla Kaadira]
Tasha yang melahirkan bayi perempuan secara pembedahan dilihat dah mula bertenaga dan berseri-seri walaupun nasih lagi sakit selepas pembedahan.
Menerusi perkongsian di instagram Atiq, sebagai suami dan bapa dia sangat bersyukur proses kelahiran bayi berjalan lancar dan dipermudahkan semuanya.
“Syukur Alhamdulillah, anak perempuan kami yang bernama “Nyla Kaadira binti Muhammad Atiq” selamat dilahirkan pada pagi Isnin 5 Sept 2022 jam 10:37am.
“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan, kami amat menghargai dan hanya Allah mampu membalas segalaNya.
“Saya memohon dengan keberkatan, agar kalian semua tolong doakan untuk dia agar menjadi anak yang solehah, penyejuk mata hati Ibu dan Ayahnya, beri dia ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya, rezeki yang luas dan halal,” kongsinya.
It’s our happiest moment to announce that a baby girl “Nyla Kaadira” has arrived into our family. Please keep her in your prayers 🤲🏼
Both Mommy and Baby are in great health, Alhamdulillah.
Kredit: IG Atiq Idris
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Skip Pil Perancang, Period Setiap Bulan. Tahu-Tahu Sakit Perut Terus Bersalin
Bila Allah berkehendak serta menghendakinya dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka jadilah. Sama jugalah situasi yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini apabila langsung tak menjangka akan menerima kehadiran orang baru dalam keluarga sehinggalah tiba-tiba bersalin dengan sendirinya dan sangat mudah sekali.
Perkongsian seorang ibu, Nurul Atiqah, 24, dari Bintong, Perlis ini cukup menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Allah sehingga 9 bulan 10 hari dan anak yang dilahirkan juga cukup sifat dan sihat serta tiada apa-apa komplikasi.
Menurut Atiqah, ramai yang terkejut dan bertanya padanya adakah tak tahu langsung diri hamil? Jawapannya adalah YA sebab dia sendiri tak buka buku pink untuk buat pemeriksaan kesihatan bulanan. Malah tiada pun tanda-tanda alahan seperti mengandungkan anak sulung.
Lagipun yang buatkan dirinya hairan, haid tetap datang setiap bulan. Setiap hujung bulan haid akan datang seperti biasa. Anggaran lima ke enam hari. Dalam masa yang sama juga, makan pil perancang setiap bulan dan tak pernah skip.
Perut tak membuncit, tiada rasa gerakan
Tambah Atiqah lagi, sepanjang 9 bulan, dia tidak menyedari kehadiran janin di dalam rahimnya. Ini kerana tidak merasa sebarang pergerakan dan perut tidak membuncit begitu besar seperti pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertama.
“Berbeza dengan pengalaman saya melahirkan anak pertama dahulu. Perut besar, hidung kembang dan semuanya kembang. Syukur bayi saya sihat dan sempurna walaupun tidak pernah menerima sebarang rawatan.
“Sepanjang kehamilan juga saya tidak membuka buku rekod kesihatan ibu di klinik kesihatan dan sudah pasti tiada sebarang rekod kesihatan ibu dan anak di klinik kesihatan. Syukur Allah melindungi dan menjaga anak dalam kandungan sehingga lahir ke dunia,” ujarnya.
Beberapa jam sebelum bersalin perut sebu macam sembelit
Menceritakan pengalaman bersalinnya pula, Atiqah menyatakan sebelum bayi nak keluar, pada malam tersebut dalam jam 1 pagi rasa seperti perut masuk angin dan muntah beberapa kali.
“Apabila keesokan harinya, rasa tidak selesa di perut makin terasa seolah-olah sembelit ingin membuang air besar. Saya masuk ke dalam bilik air beberapa kali tapi rasa tidak selesa di perut makin menjadi.
“Saya membuat keputusan untuk ajak suami ke hospital tetapi oleh kerana dah tak tahan tiba-tiba rasa ada sesuatu keluar dan baru tahu itu adalah kepala bayi.
“Terus ke ruang tamu dan dalam tempoh itu, saya melahirkan bayi perempuan di atas sofa dengan disambut oleh suami. Saya meminta suami saya untuk menghubungi pihak ambulans.
“Sebelum pihak ambulans tiba ke kediaman kami, suami telah mengikat tali pusat menggunakan tali kasut. Perasaan saya waktu itu sangat terkejut dan gementar seluruh badan, begitu juga dengan suami,” kongsinya.
Bayi bertuah yang diberi nama Raiqa Hanania ini dilahirkan pada 19 Oktober 2022 (Rabu) jam 8.45 pagi dengan berat 3.7 kilogram dan disaksikan oleh abang sulungnya yang berusia 1 tahun 2 bulan.
Sehingga ke hari ini, Atiqah dan suaminya, Amirul seperti tak percaya lagi akan kehadiran bayi perempuannya yang selama ini menjadi rahsia Allah.
Apa yang paling lucu, semua kelengkapan bayi juga tak disediakan dan beberapa hari lahir terpaksa pakai dulu baju abangnya buat sementara waktu.
Moga baby Raiqa Hanania akan terus membesar dengan sihat dan menjadi anak solehaha dan penyejuk hati ibu ayahnya. Amin.
Kredit: Eyka Ikaa
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Elak Anak Jatuh Sakit, Luangkan Masa Buat Perkara Ini
Ada ke ibu ayah yang mahukan anak mereka jatuh sakit? Pastinya tiada bukan. Ketahui cara mencegah penyakit yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan anak agar sentiasa sihat.
Cara mencegah penyakit
Pencegahan penyakit adalah bahagian penting dalam menjaga kesihatan anak secara keseluruhan. Banyak strategi pencegahan mudah, selamat dan berkesan yang memungkinkan anda melindungi diri dan keluarga daripada pelbagai penyakit berpotensi serius.
Sama ada penyakit bawaan makanan hingga jangkitan yang disebabkan kutu mahupun gigitan haiwan.Jom ketahui cara mencegah penyakit yang boleh anda lakukan di rumah demi melindungi anak tersayang.
Pencuci, sanitasi dan pembasmi kuman
Mencuci rumah mungkin bukan 1 aktiviti yang menyeronokkan. Tetapi meluangkan masa beberapa minit dapat membunuh kuman dan membantu menjaga kesihatan keluarga anda.
Lakukan:
- Pembersihan rutin dengan sabun atau bahan pencuci bersama air dapat menghilangkan kotoran daripada permukaan seperti lantai, dinding, permaidani dan tingkap
- Sanitasi membantu menghilangkan kotoran dan sejumlah kecil kuman. Beberapa bahagian rumah perlu dicucikan terlebih dahulu sebelum disanitasi seperti bilik air, barang permainan anak dan alatan memasak
- Sesetengah bahagian di rumah anda perlu ditambah proses sanitasi untuk membunuh kuman pada permukaan. Ini meliputi bahagian seperti meja makan, sinki dan permainan anak
Penyediaan dan penyimpanan makanan
Bagi ibu bapa yang mementingkan penjagaan kesihatan anak, anda perlu mengetahui cara mencegah penyakit bawaan makanan. Adalah sangat digalakkan untuk anda menjadi contoh teladan untuk anak dengan mengamalkan tabiat mencuci tangan, kebersihan serta penyediaan dan penyimpanan makanan yang baik.
Berikut 3 fakta asas yang perlu diingat semasa menyediakan makanan:
1. Bakteria membiak dengan cepat dalam makanan bersuhu suam atau disimpan dalam suhu bilik. Oleh itu, pastikan makanan panas tetap panas dan makanan sejuk kekal sejuk.
2. Bakteria sering terdapat dalam makanan mentah. Masak masakan berasaskan haiwan dengan teliti. Jangan lupa basuh sayur-sayuran dan buah-buahan sama ada untuk dimakan mentah atau dimasak.
3. Bakteria dan virus mudah dipindahkan daripada badan ke makanan dan daripada satu makanan ke makanan lain. Pastikan anda basuh tangan dengan kerap dan galakkan anak untuk melakukan perkara yang sama. Letakkan makanan mentah dan makanan yang siap dimasak ditempat berasingan. Jangan lupa untuk mencuci pisau, papan pemotong dan perkakasan lain yang digunakan untuk menyediakan satu makanan sebelum menggunakannya semula.
Cara mencegah penyakit melalui cara penyimpanan makanan
- Pastikan makanan disimpan pada suhu yang betul. Penyimpanan makanan pada suhu yang salah adalah punca biasa penyakit bawaan makanan
- Simpan makanan sejuk dalam peti sejuk beku. Manakala buah-buahan dan sayuran disimpan dalam suhu bilik biasa.
- Simpan dan gunakan makanan dalam tin dan bungkusan mengikut urutan tarikh luput
- Simpan bijirin dan gandum dalam almari menggunakan bekas legap – di mana cahaya tidak boleh menembusinya. Ini kerana kandungan vitamin di dalamnya boleh merosot jika terdedah kepada cahaya. Minyak masak juga perlu disimpan jauh daripada cahaya untuk mengelakkan daripada menjadi tengik
Strategi kebersihan
Berapa kali anda dan anak membasuh tangan dalam sehari? Anda mungkin menganggap ia perkara remeh. Tetapi amalan ini merupakan kaedah penting yang boleh dilakukan sebagai cara mencegah penyakit.
Mencuci tangan dengan betul
Berdasarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), cara membasuh tangan yang disyorkan adalah:
- Basahkan tangan anak anda.
- Tuangkan sabun ke tangan.
- Gosokkan tangan dengan kuat. Gosokkan setiap permukaan sepenuhnya.
- Terus menggosok tangan selama 20 saat untuk membuang kuman secara berkesan.
- Bilas tangan sepenuhnya, kemudian keringkan.
Elak luka gigitan
- Kebimbangan utama ibu bapa mengenai gigitan haiwan adalah risiko anak dijangkiti rabies. Rabies adalah jangkitan virus yang mempengaruhi sistem saraf pusat dan otak.
- Kesannya boleh mengakibatkan demam panas, kesukaran menelan, kekejangan dan akhirnya, kematian.
Ikuti langkah berikut untuk pencegahan:
- Ajar anak untuk elak menyentuh haiwan liar
- Jangan sekali-kali meninggalkan anak kecil bersendirian dengan haiwan
- Jangan biarkan anak mengganggu haiwan peliharaan atau bermain secara kasar
- Didik anak untuk tidak cium atau meletakkan wajahnya dekat dengan binatang
Mengurangkan penyebaran penyakit pada anak
Setiap anak mempunyai risiko untuk menyebarkan penyakit. Perkara ini berlaku terutamanya pada bayi dan kanak-kanak yang cenderung menggunakan tangan untuk lap hidung atau menggosok mata dan kemudian memegang mainan atau menyentuh kanak-kanak lain.
Berikut beberapa perkara yang boleh anda guna sebagai cara mencegah penyakit dan menjaga kesihatan anak:
- Mendapatkan anak suntikan vaksin
- Mengamalkan penjagaan kebersihan diri
- Menghindari individu sakit terutamanya jika mempunyai bayi baru lahir
- Menjaga kesihatan diri sendiri
Kesimpulannya
Pada satu tempoh tumbesaran, anak pasti akan jatuh sakit. Namun sebagai ibu bapa, anda tetap perlu mencari cara mencegah penyakit untuk anak. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat? Jika mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai kesihatan anak, lakukan pemeriksaan doktor.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hilang Anak & Abang Dalam Masa 3 Bulan, Tuhan Ganti Rezeki Isteri Ali Puteh Hamil Lagi
Suasana pilu dan sedih masih lagi menyelubungi seluruh ahli keluarga Syed Umar Mokhtar Syed Mohd atau Abam yang meninggal dunia pada Isnin yang lalu terutama bagi adiknya Ali Puteh.
Tapi kuasa Allah itu memang cukup hebat, selang beberapa hari Sang Pencipta menjemput abangnya, Ali dikurniakan rezeki yang tidak pernah dijangka. Isterinya, Melati Fitri Abdullah disahkan hamil enam minggu.
Tentunya berita tersebut sedikit sebanyak mengubat kedukaan setelah kehilangan abang tersayang dan juga sebelum ini dia yang pernah kehilangan anak keduanya, Ainul.
Pemergian Allahyarham Abam yang dirasakan oleh setiap ahli keluarga bakal digantikan dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata buat Ali.
“Syukur padaMu ya Allah… sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang.
“Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.
“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.
“Kalau Abam ada, mesti dia gembira”
“Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja,” katanya penuh sebak seperti dilaporkan portal hiburan Gempak.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd meninggal dunia dalam tidur pada usia 32 tahun.
Sebaik mendapat tahu isterinya hamil lagi, Ali memaklumkan akan membawa isteri ke klinik dan menjalani pemeriksaan ibu hamil yang biasa dilakukan sebelum ini.
Memandangkan sejarah kehamilah dan kelahiran anaknya yang pernah berdepan penyakit jantung berlubang, maka kandungan kali ini akan diberikan perhatian sebaiknya.
Artikel Berkaitan: {Kami Sayang Abam! Tak Sampai 3 Bulan Anak Pergi, Ali Puteh Diuji Kehilangan Abam}
“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga. Hanya Allah SWT yang dapat membalasnya. ”
Sebelum ini, anak kedua Ali dijemput Ilahi kerana masalah jantung berlubang dan injap jantung terbalik. Selepas 17 hari dirawat di hospital, anaknya itu menghembuskan nafas terakhir ketika usianya baru tiga bulan.
Pemergian Abam mengejutkan seluruh industri hiburan tanah air serta peminat-peminatnya kerana Allahyarham sangat terkenal sebagai seorang personaliti yang memiliki keperibadian yang menawan.
Ribuan orang memberikan penghormatan terakhir ketika Allahyarham Abam dikebumikan dan kenalan-kenalan rapatnya banyak berkongsi kerja-kerja kebajikan yang dilakukan pelawak itu ketika hayatnya.
Sumber: Astro Awani, Ali Puteh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI