Isteri kepada pelawak, Shuib, Watie Hanifiah meluahkan rasa syukur dan terharunya kala diterima baik oleh anak-anak Shuib dalam keluarga mereka.
Menerusi Instagramnya, Watie memuat naik video ketika hari pernikahannya serta meluahkan penghargaan buat anak-anak dan suami.
Akui Watie, kasih sayang yang ditunjukkan Shuib dan anak-anak membakar semangatnya untuk menjadi ibu yang baik buat anak-anak.
“Anak Ibu, Daddy & Mummy❤️
Ads
“Terima Kasih sudi jadi anak-anak mummy, terima mummy, selalu hiburkan hati mummy, peluk mummy dan cakap sayang kat mummy,” luahnya sebak.
Malah kongsi Watie lagi dia bersyukur bila mana perjalanannya untuk membina kasih sayang bersama anak-anak dipermudahkan Allah SWT.
Ujar Watie yang murah dengan senyuman ini, kasih sayang ini menjadikannya lebih semangat untuk memberikan yang terbaik buat keluarga kecil mereka.
Ads
“Alhamdulillah terlalu banyak yang Allah permudahkan urusan perjalanan mummy untuk menjadi sebahagian dari hidup daddy & anak-anak. Syukur❤️
“Doakan mummy mampu buat yang terbaik & Allah sentiasa menjaga hati mummy untuk tetap menjadi orang yang sama dari awalnya dan kekal dengan kasih sayang begini sehingga ke akhirnya,” kongsinya lagi.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Kadang kala menangis boleh buatkan emosi seorang itu tenang. Begitu juga bagi seorang wanita bergelar ibu. Memang secara luarannya nampak kita kuat tapi dalam hati siapa tahu kan.
Melalui perkongsian Puan Nadia Bakar, ibu adalah individu hebat. Cuma jika sampai pada tahap tertentu, kita juga kena mengalah. Mengalah tak semestinya kita lemah cuma ia adalah cara kita luahkan apa yang terbuku di hati.
Dulu, saya ingatkan orang yang suka menangis, si cengeng, si cembeng ni lemah dalam ujian hidup. Rupa-rupanya saya silap!
Ibu,
Kalau perlu menangis kerana penat dan lelah, emosi yang berat tak tertanggung, menangislah. Menangislah.
Kita hanya manusia biasa yang dikurniakan Tuhan dengan pelbagai emosi.
KITA BUKAN SUPERWOMAN. NO SUCH THING AS SUPERWOMAN.
Nampak gagah di depan khalayak, nampak seperti “I’m always fine.”
Sedangkan hakikat yang sebenarnya, kita selalu menangis, memendam seorang diri. Kita takut dikatakan kita lemah, sedangkan Tuhan dah buat cukup cantik diri kita ni pakej sekali dengan emosi sedih tu.
Ambil masa untuk menangis, lepaskan segala yang terbuku di dada. Di depan anak-anak pun tak mengapa, langsung tak jadi dosa.
Supaya anak-anak kita belajar mengenal jenis-jenis emosi. Supaya mereka tahu ibu juga manusia yang sama seperti mereka.
Dari situ anak-anak juga belajar cara untuk meluahkan perasaan sebagai seorang yang namanya manusia dan mereka akan belajar jadi manusia yang lebih fleksibel. Mudah mengerti situasi orang lain.
Tidaklah bila anak dah besar nanti dia hilang simpati dan empati pada ibu sendiri. Melarat pula kepada orang lain kerana tersalah judgement.
Waktu tu juga jangan pula kita pelik kenapa anak-anak tak terfikir pun nak temankan kita yang sendirian di rumah menghabiskan sisa-sisa hidup.
Kerana yang dia tahu ibunya sentiasa okay, kuat, superwoman. Semuanya ibu boleh selesaikan sendiri tanpa bantuan orang lain.
Ini kisah benar yang saya nampak sendiri.
** Antara intipati yang saya dapat daripada talk Dr Siti Rohana hari tu.
Minta tolong sampaikan kepada wanita yang kita sayangi. Mungkin ramai yang belum tahu.
Rasa penat dan tidak cukup tidur adalah perkara biasa bagi pasangan suami isteri yang baru bergelar ibu dan ayah. Pasangan selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir juga tidak terkecuali merasakan hal yang sama.
Selepas menimang cahaya mata sulung mereka pada 21 September yang lalu, dan kini sudah dua minggu kelahiran Ana Nayla, Ayda mengakui agak penat menguruskan cahaya matanya yang tersayang.
Pun begitu, berkongsikan keadaan selepas melahirkan cahaya mata sulungnya itu, Ayda mengakui penat namun perasaan itu hilang dan rasa bahagia apabila menatap wajah Ana.
“Alhamdulillah keadaan saya dan Ana baik-baik sahaja sekarang. Adatlah rasa sedikit penat saat berpantang. Tapi perasaan itu langsung hilang bila menatap wajah Ana,” kongsi Ayda ringkas.
Rasa bahagia, seronok dapat belajar perkara baru
Namun kata penyanyi yang kini sudah pun bergelar itu, dia dan suami benar-benar merasa bahagia saat Allah kurniakan Ana Nayla.
Malah kata Ayda lagi, sejak kelahiran bayi sulungnya itu, dia dapat belajar banyak perkara baru terutama dalam hal menguruskan anak.
“Jujur kami rasa sangat bahagia sekarang.
“Sejak kehadiran Ana di sisi, banyak hal baharu yang kami pelajari khususnya cara untuk menguruskan anak.
“Kami juga tak mendapat tidur yang cukup, terutamanya Nabil kerana dia yang buat semua benda.
“Namun perkata tersebut bukanlah satu hal yang besar asalkan kami ada dekat dengan Ana,” katanya.
Meninjau di Insta Story pasangan ini, seringkali Nabil dilihat begitu ringan tulang membantu Ayda ketika di dalam pantang seperti memakaikan stokin dan mendodoikan anak. Pastinya satu pengalaman baru yang begitu berharga buat keduanya.
Terdahulu, Ayda Jebat selamat malahirkan cahaya mata sulung pada 21 September secara pembedahan. Ayda mendirikan rumah tangga bersama Nabil pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: Rotikaya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi suri rumah bukanya mudah, rutin setiap hari bermula seawal subuh dan berakhir hingga lewat malam. Banyak urusan rumah yang perlu diselesaikan setiap hari. Tanpa suri rumah tiadalah rumah yang kemas teratur, makanan yang enak dihidang di atas meja, baju yang bersih tergantung dalam almari.
Bila kita sendiri yang berada dalam situasi ‘suri rumah’ barulah kita memahami bagaimana penatnya tugas menjadi suri rumah. Hal ini diakui sendiri oleh bapa tunggal kepada 3 cahaya mata. Dia mengambil keputusan untuk menjaga sendiri anak-anak tanpa bantuan sesiapa. Ikuti perkongsian beliau.
Genap sudah 3 tahun aku jadi bapa tunggal.
Tiga tahun membesarkan budak kecil umur 4, 2 dan 7 bulan bersendirian sampailah depa besar. Dari baby yang baru merangkak sekarang dah siap boleh flying kick bila bergaduh dengan abang-abang dia.
Apa yang aku belajar selama 3 tahun ini?
1. Jadi surirumah sepenuh masa ni adalah kerja yang berat yakmat. Respek betul pada mak-mak yang anak ramai. Duduk rumah sepenuh masa dan berbakti pada keluarga dari 5 pagi sampailah 11 malam setiap hari non-stop sepanjang berpuluh tahun. Huge respect.
2. Penat urus rumahtangga ni lain maciam betul. Kalau dapat offer untuk pergi kerja 16 jam sehari aku lebih rela dari duduk urus rumah dan anak-anak selama 16 jam sehari. Nampak macam mudah, eleh duduk rumah jer pun. Tapi tidak sama sekali. Silalah cuba bagi siapa yang belum pernah tu.
3. Surirumah perlu keluar ambil angin. Duduk terperuk di rumah 24 jam sehari memang boleh buat jiwa jadi gelap oihh. Kena keluar juga tengok dunia. So kena juga keluar pergi mall ke, kedai ke, atau dalam kereta pusing-pusing tengok highway pun jadilah. Bukan mengada-ngada nak keluar tapi nak bagi kelegaan pada mata dan otak.
4. Kena ada “me time” weh. Inilah yang paling dikehendaki. Tak lama pun cuma 4-5 jam dah memadai. Sebab kalau lama pun dia akan jadi susah hati jugak lepas tu. Dia dah mula rindu anak, dah mula wonder apa yang jadi kat rumah tu dan macam-macam. But seminggu sekali at least kena ada me time ni. Dapat jalan sorang-sorang kat mall, dapat pergi spa, dapat shopping. Heaven noh rasa dia.
5. Kena ada bantuan. Bukan tak boleh buat semua kerja bersendirian, tapi sesekali bila ada bantuan, rasa lega dan lapang jiwa. So kalau ada orang tolong angkat kain, buan sampah, cuci toilet, vakum karpet, mop lantai atau cuci pinggan sendiri lepas makan pun dia syukur sangat dah.
Begitulah.
Ada banyak lagi tapi malas tulis panjang-panjang. Sesungguhnya jadi pengurus anak dan rumahtangga sepenuh masa ni memang tough gila.
Tambahan yang seorang diri macam aku ni. Awal-awal dulu kira nak nangis jer. Penat dan stress. Tapi bila dah lama macam ni, layan jer semua. Penat dan stress tetap sama, tapi dah tahu cara nak handle dah.
So, suka aku nak berpesan pada korang yang masih ada pasangan tu, salinglah bantu membantu. Suami yang masih ada isteri tu bersyukurlah banyak-banyak. Rajinlah tolong dia, ringankanlah beban dia.
Sesungguhnya bila salah seorang dah takde nanti waktu tu barulah kau rasa. Barulah kau sedar yang tugas itu sangat berat dan menyesal sebab tak bantu dia.
Lagipun aku dengar orang pompuan selalu kata, suami yang basuh pinggan, jemur dan lipat kain, cuci toilet, vakum dan mop serta pandai buat nasi goreng kampung adalah lelaki yang seksi dan idaman para suri.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!