Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti, Akim Ahmad dan Stacy Anam yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Akim sebentar tadi menerusi Instagramnya. Menurut hantaran Akim, Stacy selamat melahirkan anak lelaki mereka pada jam 10.19 pagi tadi.
Menerusi hantaran itu juga, Akim meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki dari Allah malah amat bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan.
“Segala pujian selayaknya untuk-Mu ya Allah.
“Jam 10.19 pagi 6 ogos 2022 bersamaan 8 muharram 1444 hijrah, isteriku tercinta @stacyanam telah selamat melahirkan anak lelaki kami, alhamdulillah,” tulis Akim penuh rasa syukur.
Ads
Dalam entrinya juga, bapa kepada seorang cahaya mata ini juga turut berterima kasih atas pengorbanan isterinya dalam melahirkan cahaya mata kedua mereka.
Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2016. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Eshaal yang kini berusia 5 tahun serta mempunyai seorang anak angkat perempuan, Bella Deluna berusia 10 tahun.
Siapa tak kenal pemilik nama Aaisyah Dhia Rana, anak kepada pelakon Rozita Che Wan yang kini semakin membesar. Jika dahulu kecomelan Aaisyah di waktu kecilnya buat ramai yang geram, kini bila sudah menginjak usianya, gaya remaja Aaisyah pula menjadi perhatian.
Mana tidaknya walau baru berusia sembilan tahun, gaya Aaisyah persis anak remaja berusia belasan tahun. Keletahnya yang suka berdandan dan semakin cantik apabila meningkat remaja sentiasa mendapat pujian.
Menerusi akaun Tik Toknya, Che Ta memuat naik gelagat Aaisyah yang bergaya dengan beg tangan dan telefon bimbit di tangan.
“Dia punya feeling, kalah mak dia,” tulisnya di kapsyen.
Melihatkan gaya posing diva Aaisyah membuatkan Che Ta sedikit ‘tergugat’ dan mengaku kalah dengan gaya anak kecil kesayangannya itu.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya turut menyifatkan gaya Aaisyah hampir sama dengan gaya ibunya yang cantik dan elegan sentiasa.
Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Itulah perumpamaan yang diberikan wargamaya buat Aaisyah. Sama seperti gaya diva dan kecantikan ibunya. Memang comel.
Terdahulu, Aaisyah Dhia Rana anak pasangan selebriti Che Ta dan Zain Saidin kini berusia sembilan tahun dilahirkan pada 1 November 2014.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Tidak semua merasa rezeki untuk menyusukan anak sehingga umur mereka dua tahun. Namun kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh pengacara Fiza Frizzy walaupun sibuk bekerja. Baginya sesi penggambaran di seluruh Malaysia ketika anaknya masih kecil dahulu bukanlah satu halangan.
Malah kata Fiza, demi menjayakan pengusuan anak pertamanya, dia sanggup turut membawa anak sulungnya, Mohd Faeeq Zuhayr merantau.
” Alhamdulillah masa bersalin czer anak pertama, bila dorang bagi baby Faiz dekat tangan terus Fiza cuba bagikan susu pada anak. Semua ok dan alhamdulillah, dia tak banyak ragam tapi setiap kali nak tidur mesti dia nak mengempeng, nak susu.
“Dan bila nak bawa keluar jalan-jalan, bila dia menangis Fiza terus breastfeed je. Tak payah nak bawa beg besar, botol susu, air panas dan alhamdulillah Fiza dapat susukan dia sampai umur dia 2 tahun lebih.
” Masa nak wean off dia pun senang sangat-sangat, sebab masa tu saya tengah pregnant. Secara semulajadi je, tak ada pun letak macam-macam.
” Tapi anak kedua ni masyallah, to be honest Fiza baru je lahirkan anak kedua, Mohd Fahad Syamel tiga bulan. Masa mula-mula dalam pantang susu banyak, tapi Fiza salah sebab bagi botol susu dekat dia. Bila dia pandai bandingkan botol dengan breast dia nak lagi botol sebab laju.
” Saya cuba bagi direct feed setiap tiga saat tapi dia tetap tolak. So terpaksalah, susu pun dah makin tak banyak, saya pula stress bila dia dah tak nak. Terpaksalah bagi susu formula.
Balik hotel setiap dua jam nak susukan anak
Lain orang lain kepayahannya. Namun bagi pengacara petah ini dia amat bersyukur tidak pernah berdepan dengan masalah bengkak susu seperti orang lain.
Namun melalui pengalaman yang terpaksa membawa anak demi untuk menyusu ke sesi rakaman program satu Malaysia adalah detik manis dalam hidupnya.
” Kalau orang kata struggle masa menyusu, alhamdulillah Fiza tak berdepan dengan masalah bengkak susu dan sebagainya. Alhamdulillah sebab baby Fiza pandai. Bila kadang Fiza sebut sakit bengkak, dia tolong dan hisapkan sampai Fiza rasa lega. Bab gigit-gigit memang tak pernah alami macam tu. Alhamdulillah.
“Tapi pengalaman yang Fiza tak boleh lupakan bila mana nak bekerja dan dalam masa yang sama tetap nak susukan anak, Fiza terpaksa bawa Faiz merantau satu Malaysia.
“Masa tu Fiza tengah shooting satu Malaysia, travelog Dekorasi Homestay Impiana, jadi saya bawa Faiq je ke mana-mana dengan mak dan ayah Fiza.
“Setiap dua jam sekali kalau rasa bengkak, saya akan balik hotel dan susukan dia. Kemudian patah balik ke tempat shooting. Saya buat macam tu sampailah habis shooting.
“Kalau orang kata tidur tak cukup masa susukan anak tu biasalah, tidur memang tak cukup tapi kita puas sebab bila anak menangis je boleh terus susukan anak. Mudah dan tak banyak ragam.
“Pernah juga masa memandu Fiza berhenti tepi jalan sebab nak susukan dia, sebab dia menangis sangat-sangat. Bagi dia kenyang sekejap baru sambung memandu,” kongsinya lagi.
Hanya minum susu dan kurma “Masa awal-awal memang saya ambil biskut untuk tambah susu dan minum susu dan juga kurma tapi bagi saya nak tambahkan susu ni hanya makan macam biasa saja. Ambil makanan sihat dan sentiasa berfikir susu kita sentiasa banyak. Insyallah susu kita sentiasa banyak.
” Bagi Fiza yang paling seronok masa susukan anak ni waktu kita tidur dan keluar jalan-jalan. Bila balik ke rumah penat stress dan bila balik terus susukan anak, pandang muka dia je terus hilang segala stress yang kita ada,” kongsi Fiza lagi.
Berita baik buat BF Mommies & Mom To Be!
Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021.
Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam.
Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya. Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang. Webinar ini adalah PERCUMA, khas buat bf mommies di luar sana!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi Loca B, isteri kepada penyanyi rap yang juga anggota K-Clique, Tuju mendedahkan anak keduanya, Bintang Aiko didiagnosis gastrosis sejak dalam kandungannya lagi menerusi perkongsian dalam Instagramnya beberapa hari yang lalu.
Loca memaklumkan bahawa bayi perempuannya itu didiagnosis dengan penyakit tersebut sejak awal kehamilan.
Gastrosis merupakan kecacatan pada dinding abdomen yang menyebabkan usus bayi berada di luar perut tanpa lapisan pelindungan.
“Doktor cakap setiap enam ke lapan bulan akan ada satu kes. Kes yang lebih teruk apabila bayi akan dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan akhirnya mereka tidak berjaya untuk diselamatkan.
“Jadi saya telah bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Sebab itu saya tidak mahu membeli banyak pakaian bayi kerana bimbang akan berakhir dengan emosi yang berat.
“Kami hanya membeli kerusi bayi sehari sebelum Bintang dibenarkan pulang dari hospital,” luahnya pada ruangan kapsyen hantaran video tersebut.
Dalam perkongsian tersebut juga, Loca B turut memaparkan keadaan bayinya yang didiagnos penyakit gastrosis itu.
Ibu yang masih dalam tempoh berpantang ketika itu juga berulang alik ke hospital setiap hari selama tiga minggu berturut-turut.
“Agak sukar apabila terpaksa melihat jarum dan tiub yang berselirat di tubuhnya, tapi NICU adalah tempat terbaik untuk dia.
“ Saya bersyukur dan berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang merawat Bintang,” katanya lagi.
Apa yang dilalui dianggap sebagai ujian dan dugaan, apa yang berlaku menjadi pengajaran dalam kehidupan mereka. Namun mereka bersyukur kerana mendapat sokongan yang positif daripada orang sekeliling.
“Alhamdullilah Bintang Sembuh dengan cepat dan berada dalam keadaan baik.
“Ketika hendak meninggalkan NICU, jururawat ingin mengambil gambar Bintang.
“Kami bersyukur dapat membawa pulang bayi kami ke rumah,” ujarnya lagi
Semoga Bintang terus dikurniakan kesihatan yang baik dan membesar normal seperti kanak-kanak yang lain.
Sumber: IG Loca B & Kosmo
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.