Tahniah diucapkan buat pempengaruh, Ryan Bakery dan isterinya, Elyia Ibrahim yang telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 30 Disember 2023 di sebuah pusat perubatan swasta.
Menerusi Instagramnya, Ryan berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua sambil memuat naik sekeping gambarnya mengendong bayi lelakinya.
Ryan yang kini bergelar bapa meluahkan rasa syukur yang tak terhingganya atas kurniaan rezeki dari Allah buatnya dan isteri.
“Alhamdulillah, isteri saya @elyia.ibrahim telah selamat melahirkan anak lelaki. Terima kasih Ya Allah. Syukur kehadrat Allah SWT.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anak saya.
“Saya mendoakan anda semua dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat. Amin. Ryan Ezra ❤️,” tulisnya.
Ads
Bayi lelaki yang sudah pun diberi nama Ryan Ezra itu dilahirkan secara pembedahan dengan berat 2.9 kilogram pada pukul 11.30 pagi.
Difahamkan buat masa ini si kecil kesayangan itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) susulan dilahirkan ketika kandungan mencecah 36 minggu.
Malah putera yang dinantikan itu kini juga turut mengalami demam kuning, pernafasan laju selain terdapat air dalam paru-paru. Pun begitu bayi comel ini dijangka dibenarkan pulang esok.
“Saya risau sangat sebab awal-awal dia dimasukkan ke NICU sebab lahir awal. Tambahan pula ada demam kuning, pernafasan laju dan paru-paru ada air sebab lahir secara pembedahan.
Ads
“Tapi alhamdulillah selepas tiga hari Ezra menunjukkan perkembangan yang positif dan sudah dipindahkan ke wad biasa sebelum dibenarkan pulang hari ini,” katanya lagi yang turut meluahkan rasa syukur.
Terdahulu, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmy Bakery, 29 dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Semakin hebat teknologi, banyak pula kes jenayah yang berleluasa berlaku. Salah satunya adalah sindiket penipuan serta kecurian wang simpanan dalam bank. dengan mudah, tanpa perlu bertemu pun tahu-tahu duit simpanan kita boleh dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sehubungan itu, pihak polis meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati dan peka akan kes seperti ini. Artikel penuh diambil dari SINAR HARIAN.
Polis meminta orang ramai supaya waspada dengan taktik sindiket penipuan melibatkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari akaun dua seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihaknya sentiasa memantau berhubung perkara terbabit.
“Setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung kes berkenaan tetapi polis berharap dengan adanya amaran awal menerusi media cetak dan media elektronik, ia berupaya mencegah kejadian sebegini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Selepas pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung peluang membuat permohonan i-Lestari daripada akaun dua KWSP sehingga 30 April bagi pengeluaran bermula Mei, difahamkan wujudnya sindiket yang menghantar mesej, panggilan telefon serta mencipta laman sesawang palsu.
Mohd Zakaria berkata, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati.
“Masyarakat perlu berhati-hati dan tidak berurusan dengan individu yang mewakili kelompok atau persatuan. Jangan beri sebarang data yang boleh dimanipulasi oleh penipu (scammer).
“Kita sedang kesan perkara ini menerusi polis bahagian Jenayah Siber dan Multimedia daripada mana puncanya dan ambil tindakan tegas supaya rakyat tidak dimanipulasi,” katanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hampir setahun tidak bertemu suami tercinta sehinggakan hampir sepanjang tempoh kehamilan dan bersalinkan cahaya mata sulung suami tiada di sisi menemani. Pengacara Dayah Bakar akhirnya Dayah Bakar mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada tugasnya sebagai pengacara untuk berjumpa suami yang ditugaskan ke Australia.
Dayah berkongsi berita tersebut di Instagram miliknya. Suaminya Kapten Hanif yang kini bertugas di Australia sejak Januari yang lalu tidak berkesempatan menemani isteri yang hamil dan bersalin sehinggalah usia anak mereka Achbar Muhammad Fahri kini berusia 4 bulan.
Mujurlah teknologi hari ini dapat merapatkan jurang hubungan dari kejauhan. Panggilan video menjadi pengikat hubungan mesra mereka sekeluarga. Malah perkembangan si kecilnya sering dikongsi Dayah menerusi medium tersebut kepada suami tercinta.
Dalam perkongsian yang terbarunya ini, Dayah meminta izin untuk berehat sebentar dan disatukan kembali dengan suami tercinta.
Dayah juga mengucapkan terima kasih untuk doa dan ucapan yang baik-baik daripada semua pengikut yang tahu akan keadaan dirinya.
Menurutnya lagi dia bakal kembali dengan lebih kuat setelah bercuti untuk bertemu suami tersayang.
“Semenjak Dayah mula mengacara, Dayah tak pernah ada satu cuti yang panjang . I love what I’m doing and I just don’t know how to stop.
“I give all my heart for the audience each and everytime I’m on screen .“Sekarang , izinkan Dayah dan Achbar Muhammad Fahri, untuk berehat sebentar untuk disatukan kembali bersama suami. In sha Allah, I’ll come back stronger.“Thank you for all the love , warm wishes dan doa yang baik-baik untuk Dayah dan keluarga . Dayah terima message tak henti-henti , masha Allah . I feel loved and appreciated alhamdulillah.
“Don’t worry. I’m still here ! I’ll be working ONLINE ! Always stay connected ok ?,” tulisnya di Instagram.
Di ruangan komen, rata-ratanya sebak dan mendoakan urusan dayah dipermudahkan dan pasangan ini terus bahagia bersama cahaya mata mereka.
Memang sebak tengok apa yang dikongsikan Dayah. Semoga penyatuan ini akan memberikan kebahagian dan menguatkan lagi kasih sayang yang sedia ada. Alhamdullilah akhirnya Fahri bakal bertemu Ba tersayang!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kaum wanita ni ada macam-macam pantang larang yang boleh kita buat kalau ada yang melanggarnya. Salah satu dari kepantangan kaum wanita ni adalah bila tudung yang sudah digosok elok tapi ada yang ‘mengusiknya’ sehingga kerenyuk semula.
Tiada siapa yang berani mendekati tudung yang siap digosok kerana biasanya ia akan dibentangkan sebelum dipakai. Namun, itulah yang dilihat dari video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @nana_izwan.
Di dalam video tersebut boleh dilihat ada seorang kanak-kanak lelaki yang dengan selamba berbaring di atas tudung ibunya. Sudahlah baring, boleh pula siap bergerak-gerak di atas tu. Memang confirm akan komot balik!
“Pergh.. Awak mampu melepak atas tu ya. Dan mampu tersenyum lagi. Pergh!”.
Mendengar kata ayahnya itu, kanak-kanak lelaki tersebut hanya tersenyum sambil menggerakkan kakinya.
“Bang.. Kalau belum gosok memang namanya tudung bang tapi kalau dah gosok, dia jadi periuk api bang. Tahu tak, Daddy nak lalu pun tak berani bang, ni abang boleh baring atas tu eh. Apa-apa Daddy gerak dululah bang.”
Ternyata gelagat kanak-kanak itu mencuit hati orang yang menonton video tersebut dan kebanyakan meninggalkan komen yang bersetuju dengan ayahnya;
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 55.8k dan lebih kurang 1000 komen. Diharapkan kanak-kanak lelaki itu dan ayahnya ‘selamat’ kerana merosakkan tudung yang telah digosok si ibu.
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...