Baru-baru ini tular kisah seorang ibu yang membawa anaknya masuk ke hutan bagi mengajar si kecil tentang alam semulajadi. Dia turut berkongsi pengalaman menyusukan anaknya yang berusia lebih kurang satu tahun ketika berjalan di dalam hutan.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan perkongsian tersebut kerana menurut mereka adalah berbahaya untuk membawa anak sekecil itu masuk ke hutan. Kata Adilah Suhailin yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Bidang Zoologi, dia mahu anaknya mengenali alam sejak kecil dan tidak mahu berharap pada skrin telefon sahaja.

Artikel Menarik: [Taktik Takut Kena Marah Mekap Muka Ayah Tengah Tidur, Adik Ni Nangis Dulu. Bijak!]

“Terima Teguran, Maaf Tak Sensitif.” Ibu Ni Jadikan Pengajaran Buat ‘Content’ Lebih Baik
Adilah mahu anaknya belajar tentang alam semula jadi sejak usianya masih kecil

“Tiada masalah untuk mendaki bukit. Di aplikasi Tiktok, saya jelaskan untuk ibu ayah yang nak buat aktiviti luar kena pastikan ia sesuai untuk anak dan tempat itu mestilah tiada binatang buas.”

Ads

Tambah Adilah lagi, tempat yang dia dan suami bawa anak mereka adalah lokasi yang mana orang bawa anak-anak beriadah dan merupakan trek joging. Dia juga ada mengamalkan doa tertentu bagi melindungi diri ketika masuk ke hutan.

Artikel Menarik: [Kalau Anak Banyak Tanya, Dia Sebenarnya Budak Pandai. Layankan Je!]

Melalui perkongsian ibu ini dengan Kosmo!, tujuan utama dia membawa Arjuna ke dalam hutan adalah untuk membiasakan anaknya itu agar boleh berkomunikasi dengan alam ketika dia sudah besar nanti.

Ads

Adilah juga berkongsi pernah mendaki Bukit Pelindung di Kuantan dan Bukit Keluarga di Besut, dia melahirkan rasa syukur kerana anaknya tidak merengek sepanjang perjalanan naik dan turun.

“Terima Teguran, Maaf Tak Sensitif.” Ibu Ni Jadikan Pengajaran Buat ‘Content’ Lebih Baik
Pasangan ini membawa anak mendaki bukit yang tidak berbahaya dan menjadi pilihan ramai orang untuk beriadah

Kata Adilah lagi dia menyambung Ijazah Sarjana dalam Konservasi Sains dan Biologi dan sangat suka anaknya ‘faham’ dengan alam. Tambahnya lagi, dia juga aktif dengan organisasi bukan kerajaan dalam bidang konservasi.

Artikel Menarik: [“Tengok Cara Dia, Ikhlas Dari Hati.” Tular Video Kanak-Kanak Suap Rakan Istimewa, Touching!]

Ads

Menyebut tentang isu menyusukan anak di tempat terbuka, ibu ini bersetuju yang ia tidak sopan dan kurang manis untuk dikongsikan. Dia juga memohon maaf krana tidak sensitif tentang hal ini.

“Saya minta maaf kerana tak sensitif, tak sangka hal ini menjadi isu. Ia tak sesuai dirakam dan saya terima baik teguran semua orang. Saya anggap ia sebagai titik tolak untuk saya buat content video yang lebih baik selepas ini.”

Sumber: Kosmo!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI