“Lecehlah, nanti dia bukannya solat tarawih, main-main adalah. Malulah nanti kalau dia ganggu jemaah lain. Kalau ajak dia duduk sebelah, ada pula orang cakap kita putuskan saf Jemaah. Hmm.. apa tips bawa anak kecil le masjid eh?”
Bahkan kanak-kanak perlulah di bawa ke masjid semenjak kecil supaya perasaan cintakan masjid serta cintakan solat berjemaah dapat dipupuk lebih awal dalam diri mereka.
Tapi, kadangkala ibu bapa berasa ragu-ragu untuk membawa anak kecil ke masjid, takut anak tak duduk diam dan mengganggu jemaah lain.
Berikut antara tip bawa anak ke masjid dan hukumnya. Membawa anak kecil ke masjid adalah diharuskan. Namun, ibu bapa wajib menjaga dan memastikan anak-anak yang dibawa dalam keadaan yang boleh dikawal.
Tip bawa anak kecil ke masjid:
1) Lihat ‘mood’ anak kecil sebelum ke masjid
Penting untuk kita fahami keperluan anak-anak. Mereka boleh meragam jika tidak cukup tidur, lapar, penat atau keadaan masjid yang terlalu ramai hingga menjadikan mereka tidak selesa.
‘Mood’ ini akan mempengaruhi tindakan serta cara kelakuan mereka.
Jika kanak-kanak masih kecil, hiperaktif, susah dikawal dan sering mengganggu Jemaah, maka lebih elok tidak di bawa ke masjid.
2) Cari tempat yang selesa semasa di masjid
Jika kanak-kanak tidak menganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu- bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu bapanya.
Untuk keadaan sebegini, disyorkan ibu bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali.
Cara ini lebih mudah untuk anda memantau anak anda dari semasa ke semasa.
3) Kedudukan kanak-kanak dalam saf solat
Menurut para ulamak, meletakkan kanak-kank dia antara saf lelaki dewasa tidak akan memutuskan saf Jemaah, seperti andaian beberapa pihak.
Ia berikutan di dalam Sahih al-Bukhari terdapat sebuat hadis yang menceritakan tentang bagaiman Rasulullah SAW menyusun saf kanak-kanak dengan mengarahkan Anas bin Malik RA berada bersama-sama kanak-kanak kecil dan kemudian Rasullah SAW solat bersama mereka.
Jelas beliau, Al-Imam al-Mawardi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir menukilkan mengenai permasalahan di atas:
“dan telah berkata sebahagian ashab kami, yang lebih utama itu adalah dengan meletakkan kanak-kanak (di dalam saf) di antara dua lelaki kerana lebih membawa kanak-kanak tersebut kepada mempelajari pergerakan-pergerakan solat.’ (Lihat al-Hawi al-Kabir, 2/340)
4) Menasihati Sejak di Rumah
Sebelum berangat lagi, anak-anak perlu diingatkan supaya berkelakuan baik di masjid. Ini akan memberi ruang kepada mereka untuk ‘bersedia’.
Jika mereka berbuat bising, panggil mereka berdekatan dengan anda dan nasihatkan mereka dengan akhlak yang baik seperti tidak menengking, tidak memarahi, mengkasari serta tidak memukul kanak-kanak.
5) Bawakan mainan yang tidak menarik perhatian Jemaah
Apabila membawa anak kecil, kadangkala mereka mudah penat dan berasa bosan. Maka, anda boleh bawakan sesuatu untuk mengisi masanya, agar tidak mudah merengek keletihan.
Namun,pastikan barangan tersebut tidak terlalu menarik perhatian atau berbunyi bising hingga menganggu Jemaah lain.
Antara yang disyorkan untuk anak kecil adalah seperti ‘softbook’, buku mewarna, ‘soft toy’, bantal, atau selimut kesukaan mereka.
Sumber: ningsalmah.com