Penyanyi, Akim Ahmad meluahkan rasa berbangga setelah menimang cahaya mata lelaki beberapa hari lepas. Menurutnya, dia memang mengimpikan untuk memiliki zuriat lelaki memandangkan anak sulungnya perempuan.
Malah Akim menganggap ini merupakan rezeki yang tidak ternilai buat mereka sekeluarga.
“Saya anggap ini rezeki buat kami sekeluarga. Bila dapat anak lelaki ini, bolehlah nanti ajak main bola sama-sama. Saya sebelum ini pernah cakap pada Stacy, teringin nak azankan anak.
“Bila anak perempuan lahir, kita akan iqamahkan, tetapi jika lelaki, kena azankan. Itu yang sering saya mahukan.
“Alhamdulillah, Allah kurniakan kami dengan kehadiran Isa setelah menunggu lama. Sedikit pun saya tak menangis sewaktu Isa berada dalam dakapan buat pertama kalinya.
“Perasaan yang berbeza semasa Eishal dilahirkan. Isa buat saya lebih bangga kerana akhirnya ada anak lelaki,” katanya.
Tambahnya lagi, dia dan isteri memang mengimpikan untuk memberi nama anak dengan nama nabi.
“Saya memang teringin nak letak nama nabi pada anak lelaki. Ada beberapa nama yang telah disenarai pendek, tetapi akhirnya saya dan Stacy pilih Isa sebab dekat dengan nama anak kedua kami, Eishal.
“Sebutannya hampir sama. Malah, Isa kalau digabungkan dengan Bella (nama anak sulung) akan menjadi Isabella.
“Nama itu dirasakan sesuai untuk anakanda kami ini dengan harapan, mudah-mudahan hubungan mereka adik-beradik akan sentiasa akrab dan saling sayang-menyayang,” katanya.
Kredit: Utusan Malaysia
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI