Di musim PKP ini pasti agak sukar untuk mencari Apam Balik kegemaran kita. Apa kata kita buat sendiri sahaja buat anak-anak di rumah. Lagi jimat dan paling menarik boleh letak jagung dan kacang banyak-banyak.
Nak tahu resipi paling mudah, jom intai resipi perkongsian Pn EmyRul Nurul. Sedap!
Teringin nak makan apam balik, susah pulak nak cari musim PKP ni. Kita buatlah sendiri. Bagi yang teringin, saya ada share macam mana nak buat.
Bahan-bahan:
*Susu segar 1 1/2 cawan
*Telur 1 biji
*Gula 1/4 cawan
*Perwarna kuning
*Tepung gandum 2 cawan
*Baking powder 1 sudu kecil
*Soda bikarbonat 1 sudu kecil
*Garam 1/2 sudu kecil
Gula untuk tabur
Kacang tanah untuk tabur
Jagung untuk tabur
Blend kesemua bahan bertanda *.
Biarkan bahan diperap selama 10 hingga 15 minit selepas di blend. Tujuan blend supaya bahan cantik sekata.
Masuk dalam 3 senduk adunan yang di blend.
Kecilkan api. Biarkan sampai adunan tadi masak macam ni.
Sapu planta.
Tabur gula pasir. Tak suka manis letak sikit je.
Tabur kacang tanah yang telah di goreng dan di kisar.
Letak cream corn. Tak letak pun takpe kalau sapa yang tak suka jagung.
Boleh terbalikkan dengan spatula.
Siap dan boleh diangkat. Jangan lupa sapu dengan planta di kedua belah.
Boleh makan dengan nikmatnya.
Menarik: Letak Chocolate Coins Dalam Adunan, Kek Coklat Kukus Simple Jadi Lagi Sedap Kebabom
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI