Ekoran banjir yang melanda sekitar Selangor sejak Jumaat lalu, masing-masing tak jangka ia seteruk ini. Paling menyedihkan apabila ramai yang terperangkap di rumah masing-masing susulan air naik dengan cepat serta ada yang langsung tidak dapat menyelamatkan barangan berharga.
Disebabkan situasi kelam kabut ini, ada penduduk terpaksa menyelamatkan diri dengan memanjat bumbung rumah bersama ahli keluarga terdiri daripada ibu bapa yang telah uzur, anak-anak masih kecil serta bayi sementara menanti bantuan dari pihak penyelamat.
Melihat perkongsian-perkongsian di media sosial, masih ramai yang belum menerima bantuan walaupun banjir sudah 3 hari berlaku.
Menerusi perkongsian suami kepada Nora Danish iaitu Mohamed Nedim Mohamed Nazri atau lebih dikenali sebagai Boss Ned di Instagramnya, beliau dan pasukannya telah bergerak ke Taman Sri Muda, Shah Alam untuk membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.
Ads
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah ketika operasi tersebut, Nedim telah menyelamatkan bayi yang sudah dua hari terperangkap di dalam banjir bersama ahli keluarga yang lain.
Hal tersebut juga dikongsikan di Instagram radio Hot FM dan mendapat perhatian ramai.
Warganet yang melihat kondisi mangsa banjir terutamanya bayi yang baru diselamatkan itu nyata berasa sangat sebak kerana tidak tahu apa yang akan berlaku andai bantuan untuk mereka lambat tiba dan air banjir semakin naik dan boleh menenggelamkan kawasan rumah mereka.
Ads
Tindakan murni yang dilakukan oleh Boss Ned dan semua pihak yang sama-sama membantu menyelamatkan mangsa yang terperangkap ini telah mendapat pujian ramai dan masing-masing mengucapkan ribuan terima kasih diatas khidmat bakti tersebut.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu memang kaki lawak. Ada sahaja aksi dan kata-katanya yang boleh buat orang tergelak.
Selepas bergelar abah kepada si comel Dariya Inara yang kini berusia dua bulan, penyampai radio Sinar FM ini banyak berkongsi gambar-gambar bahagianya menguruskan anak.
Nampak sangat kebahagiaan seorang abah di wajah Jep bila memangku dan menidurkan Dariya bahkan kapsyen-kapsyen yang ditulis Jep di setiap posting di Instagramnya juga menggambarkan kebahagiaannya selepas bergelar bapa.
Suami pelakon jelita Sari Yanti ini yang juga terkenal meminati sukan bola sepak bahkan turut bermain bola dengan pasukan Superlawakfc.
Tetapi sejak bergelar bapa, Jep telah mengurangkan aktiviti bermain bola sepak dan menonton perlawanan bola di kedai mamak bersama kawan-kawan.
Baru-baru ini Jep ada memuat naik sekeping gambar sedang memangku Dariya dengan kapsyen lawak tentang dirnya dan bola sepak.
Penangan anak tersayang sampai abah pun terpaksa lupakan hobi waktu bujang dulu. Nampaknya si kecil Dariya telah berjaya menawan hati abah tersayangnya sehinggakan tak sanggup untuk berada lama di luar rumah kerana teringatkan buah hati di rumah.
Sebenarnya ini memang perkara biasa dialami oleh lelaki selepas bergelar bapa. Selepas mempunyai anak, banyak perkara akan berubah dalam hidup kita. Yang pasti semuanya akan menjadi memori menarik untuk dikenang.
Rasa nak ke hospital lah, nak check Covid-19. Anda risau anda dapat #COVID19 ? Anda rasa anda perlu pergi ke hospital untuk rawatan?
Anda bagus sebab anda concern pasal kesihatan anda dan orang sekeliling anda.
sumber gambar: Sinar Harian
Tapi tunggu dulu! Kami sayang anda.
Kami tak mahu anda yang SEBENARNYA SIHAT / TAK ADA COVID untuk berada di hospital dan berkumpul bersama-sama orang yang SUDAH DIJANGKITI COVID semasa menunggu untuk rawatan / berjumpa doktor.
JADI, jawab soalan-soalan di bawah SEBELUM anda keluar rumah dan bertolak ke fasiliti kesihatan KKM.
1. Anda ada flu symptoms?
(Demam melebihi 37.5, sesak nafas, batuk dan sakit tekak)
– kalau ya, 1 point
– kalau ada salah satu saja, tak dikira ya
2. Anda ada pergi ke mana-mana Negara atau kawasan yang ada kes COVID19 dalam masa 14 hari ni?
– China, South Korea, Japan, Italy, Iran, etc
– join tabligh Sri Petaling, Church di Sarawak, atau anda dengar melalui berita bas yang anda naiki semasa perjalanan ke kampung ada pesakit +ve COVID
– kalau anda berjalan bulan lepas, 2 bulan lepas atau tahun lepas, TAK DIKIRA
– kalau ya, 1 point
3. Anda ada ‘close contact’ dengan sesiapa yang anda tahu positif COVID?
– close contact bermaksud sentuhan, bersalaman, berpeluk cium arab, bersua muka, makan bersama dalam satu talam, duduk serumah, kerja dalam satu pejabat yang buat kerja bersama, etc
– contact yang tak dikira:
contact melalui telefon dan whatsapp, jerit “hai pakcik” dari jauh, anda berjalan dekat supermarket dan orang sebelah anda batuk (anda tak tahu pun org tu siapa dan betul ke dia sakit) SUSPICION / ASSUMPTIONS TAK DIKIRA
(tambahan anda pun tak sepatutnya berada di supermarket/tempat awam dalam tempoh larangan pergerakan ni)
– Orang yang SUDAH DISAHKAN positif COVID takkan berada selain di Hospital, jadi sekiranya ada saudara atau kenalan anda yang POSITIF COVID, dia akan dimasukkan ke dalam wad dan anda akan tahu.
– Orang yang SUSPECTED COVID pun (PUI) setelah diambil sampel di hospital, dia sepatutnya kuarantin di hospital atau di rumah masing-masing. Tak sepatutnya dia berjalan-jalan di tempat awam.
– Kalau anda kenal orang tu pun, tapi anda tak berjumpa dengan dia, tetap TIDAK DIKIRA
– jadi kalau anda ada positive covid contact, 1 point
KEPUTUSAN. KALAU ANDA ADA:
0 point
– anda berisiko rendah dijangkiti covid
– duduk diam-diam dekat rumah, elakkan daripada keluar rumah. Anda jangan ingat anda berisiko rendah, anda boleh keluar pula ya. Babap karang.
1 point
– anda berisiko rendah dijangkiti covid
– duduk diam-diam di rumah, self quarantine 14 hari dan monitor symptoms anda. Sekiranya semakin teruk setelah 5-7 hari, datang ke hospital untuk rawatan. (Kebanyakan demam biasa akan baik dalam masa 1 minggu)
2 dan 3 point
– anda berisiko tinggi untuk dapat jangkitan covid
– anda patut keluar rumah sekarang dan pergi check up dengan segera
– pesakit dalam golongan yang ini kami akan buat ujian saringan (swab)
– pesakit yang ada dalam golongan ni jangan pula degil tak nak check, kesian dekat ahli keluarga anda.
Pergi ke hospital dan berikan maklumat lengkap berkenaan:
1. Symptoms ada sejak bila
2. Anda pulang dari mana dan bila tarikhnya
3. Siapa positive COVID contact tersebut, hubungan anda dengan dia, dia dirawat di mana, bila anda berjumpa dengan dia dan anda buat apa dengan dia (salam, peluk, etc)
Sekiranya anda tak dapat sediakan maklumat-maklumat di atas ni, kebarangkalian untuk anda dapat COVID adalah rendah sebab COVID hanya boleh berjangkit melalui CONTACT.
Jadi elakkan diri anda daripada tidak sengaja mendedahkan diri sendiri kepada jangkitan COVID-19 di HOSPITAL.
Anda bayangkan, semua orang yang datang ke hospital tu ada 2-3 point dan anda seorang je yang sihat, berkongsi tempat duduk, berhimpit-himpit bersesak-sesak menunggu rawatan hingga 2-3 jam, anda yang sihat pula dapat jangkitan COVID-19 secara tak sengaja.
Di hospital pun, kalau anda ada 0-1 point saja, kami akan arahkan anda untuk balik ke rumah. Anda pula akan rasa tak puas hati sebab anda datang ke hospital sebab anda sangat risau dan nak check covid, tapi tak dapat. Sabar dan bertenang ya, senyum dan tarik nafas dahulu sebab itu adalah SOP KKM.
KKM buat begitu untuk:
1. mengelakkan anda dijangkiti COVID secara tidak sengaja melalui unnecessary gathering di Hospital
2. mengelakkan orang yang sepatutnya dapat rawatan, jadi tak dapat rawatan disebabkan ramai sangat orang di hospital
3. Melancarkan urusan pengesanan kes di hospital
Jadi, duduk diam-diam di rumah dan spend masa dengan keluarga. Ini masa terbaik untuk bersama keluarga. Tengok TV, dengar radio dan baca berita, dapatkan maklumat sahih terkini tentang COVID (kawasan-kawasan terlibat, kluster terbaru, etc).
Apa-apa pun, kami perlukan doa dari seluruh rakyat Malaysia agar urusan kita semua dipermudah dan seluruh rakyat Malaysia dihindari jangkitan COVID-19 ini.
Kami berusaha sebaik mungkin, anda pun turut sama berusaha untuk ikut arahan, dan Allah yang akan menyembuhkan.
Semoga Allah merahmati anda juga yang membantu kurangkan jangkitan dengan duduk di rumah.
KAMI AKAN TERUS PERGI KERJA UNTUK MEMBANTU ANDA.
ANDA DAPAT MEMBANTU KAMI DENGAN DUDUK DIAM DI RUMAH.
Bayi ajaib! Ya itu yang boleh dikatakan kepada seorang bayi perempuan yang dilahirkan ibunya ketika nazak dalam satu kemalangan.
Kejadian yang berlaku di Uttar Pradesh, India itu melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun meninggal dunia dihempap sebuah lori.
Menerusi laporan Daily Star, kelahiran bayi terbabit dianggap sebagai satu keajaiban selepas dia dikatakan ‘terkeluar’ dari rahim ibunya ketika kemalangan ngeri itu berlaku.
Meskipun dilahirkan pramatang, namun doktor mengesahkan bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan hanya memerlukan rawatan neonatal.
Menurut pihak polis di Narkhi, kemalangan maut itu melibatkan seorang wanita yang pada ketika itu sedang menunggang basikal bersama suaminya untuk ke rumah ibu bapanya.
Dalam pada itu, saksi di tempat kejadian mendakwa bahawa suami mangsa cuba untuk mengelak dari sebuah kereta yang menuju ke arah bertentangan, namun hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang dipandu laju.
Lebih memilukan lagi apabila mangsa telah dihempap oleh lori berkenaan dan melahirkan bayi ajaib ketika sedang nazak di tempat kemalangan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pediatrik di Kolej Perubatan Firozabad, Dr LK Gupta mengatakan bahawa bayi terbabit tidak berada dalam keadaan bahaya kerana dia dilahirkan pramatang serta kelihatan sedikit kecil.
Tali pusatnya mengalami sedikit masalah dan terdapat kecederaan kecil pada pusatnya disebabkan kemalangan itu. Dia hanya memerlukan rawatan perubatan.
Ujarnya, melihat kepada foto kemalangan, sebahagian besar badan si ibu telah dihempap, jadi memang satu keajaiban bila bayi itu selamat.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.