Siapa tak kenal Fatimah O. Mukhlis, si cilik yang petah dan sentiasa menghiburkan? Pada usia 4 tahun, bintang Instagram yang terkenal menerusi akaun thefamily.uk ini merebut Kategori Khas – Personaliti Media Sosial Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-31.
Fatimah yang berkongsi video yang dimuatnaik di Instagram seakan-akan tidak percaya kerana beranggapan ia hanya sekadar gurauan. Berikut ialah status yang dikongsikan berserta video Fatimah;
thefamily.ukAlhamdulillah ♥️ Fatimah has won the #ABPBH31 award for MOST POPULAR SOCIAL MEDIA PERSONALITY ? We can’t thank all of you enough for your endless love and support. This priceless moment was captured when we broke the good news to her. Just look at her reaction…for the very first time, she was speechless! She couldn’t believe it, she thought that we were just kidding. She had tears in her eyes when we told her that she had actually won – bless her!
Penguasaan bahasa boleh dipupuk sejak awal lagi sementelah minda mereka seperti span, menyerap apa sahaja yang dilihat. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk memupuknya. Kalau nak tahu lebih lanjut, rancangan TV Pa&Ma akan memberikan banyak tips mengenai topik ini dalam episod “ Si Cilik Multilingual.” Kami akan ke udara pada pada Selasa, 9 Oktober 2018 di Astro Prima & Astro Maya HD jam 12 tengah hari dan ulangannya pada 9 malam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasakan anak bertudung sejak kecil lagi mudah berbanding kita nak memaksanya bila dah besar. Walaupun tak diwajibkan lagi untuk anak kecil apa salahnya kita membiasakannya supaya mereka rasa seronok.
Tip dari Puan Nurkhomsiah Bakrim ini yang mendidik dua anak be.rtudung sejak awal sangat mudah tanpa perlu disuruh setiap kali nak keluar. Berikut antara tipnya
1 . PERSEDIAAN
– Mulakan seawal mungkin dengan sediakan tudung saiz kanak-kanak. Biasakan anak perempuan dengan pakaian sopan sejak kecil. Dunia semakin ‘sakit’ untuk kita membiarkan anak-anak kecil berpakaian seksi.
Ada masa tertentu, anak-anak keberatan untuk bertudung. Usahakan dengan gantung tudung-tudung comel mereka di dalam kereta. Dengan pujukan kasih sayang bersulam ketegasan, inshaa Allah mereka mahu juga untuk bertudung sebelum keluar dari kereta. Ini bukan paksaan. Sekadar latihan awal untuk membiasakan.
2 . PEMILIHAN
– Pilih tudung dengan design ringkas. Anak boleh pakai sendiri secara independent sepantas 5 saat. Pilih fabrik yang selesa dan tidak panas. Corak comel pada tudung dengan watak kartun popular adalah bonus untuk menarik minat anak kecil.
3. PUJIAN
– Puji usaha dan kemahuan anak-anak untuk bertudung. Bagitahu, bertudung bukan suruhan ibu bapa tetapi suruhan Allah. Reward sebenar bila buat baik datang dari Allah, bukan ibu bapa. Ceritakan tentang pahala dan Syurga. Mereka pasti teruja mendengar cerita.
Walaupun belum tahap wajib bertudung, tak salah untuk biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Bawa imej Islam ke mana-mana. Pepatah Melayu menyebut, “Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.”
4. PERSOALAN
– Pilih soalan yang betul bila berkaitan tudung.
Contoh soalan yang betul,
“Kakak nak pakai tudung pink ke purple untuk pergi kenduri?”
Bukannya tanya,
“Kakak nak pakai tudung ke tak nak masa pergi kenduri nanti?”
Contoh soalan yang betul,
“Kakak nak bawak dua helai ke tiga helai tudung masa travel nanti?”
Bukannya tanya,
“Kakak nak pakai tudung ke tak nak masa travel nanti?”
5. PEMERHATIAN
– Anak-anak kecil peniru tegar orang dewasa. Melalui pemerhatian, mereka belajar dan meniru banyak perkara. Maka, ibu harus jadi role model terbaik kepada anak tentang aurat. Wajib bertudung bila ada saudara mara lelaki bukan mahram di dalam rumah. Wajib bertudung setiap kali sidai kain dan buang sampah di luar rumah. Dari pemerhatian, mereka belajar bertudung satu kewajipan bukan satu fesyen berpakaian.
6 . PERSEKOLAHAN
– Jika anak dihantar ke tadika antara umur 4-6 tahun, pastikan uniform sekolah itu lengkap bertudung. Pada peringkat permulaan, mungkin bertudung sekadar ikut peraturan. InshaaAllah.. Cepat atau lambat boleh jadi satu kebiasaan yang dibuat dengan kerelaan.
7. PERGANTUNGAN
– Kemahuan anak-anak kecil bertudung bukan kerana usaha kecil ibu bapa tetapi kerana rahmat Allah yang membuka pintu hati mereka. Maka, selitkan doa bergantung sepenuhnya kepada Allah dengan mengharap pengampunan dan pertolongan dari-Nya.
Mengapa mohon ampun?
Boleh jadi 6 usaha kecil di atas tidak berhasil kerana dosa kita sendiri.
Mengapa mohon pertolongan?
Tiada daya kekuatan melainkan atas izin Allah.
Kira beruntunglah rumah bersepah tu tandanya rumah kita diserikan dengan anak-anak kecil. Jika di beri pilihan kepada mereka yang tiada anak pasti jawapan mereka “tak kisah rumah bersepah asal dikurniakan anak, dapat seorang pun jadilah’.
Jadi sebagai ibu bapa anda redalah rumah bersepah walaupun sekali-sekala terdetik juga di hati rasa geram nak marah. Tapi tak semestinya anda buat tak tahu saja bila anak bersepah. Ajarlah untuk si kecil kemas walaupun hasilnya tak sempurna seperti diharapkan.
Lagi satu tengoklah dari sudut positif anak-anak kita ni sebenarnya satu nikmat. Mungkin kita nampak rumah bersih, tersusun elok lega tapi anak pula tak sihat dan sunyi. Automatik kita rindu suasana ceria dalam rumah kan? Jadi syukurlah Allah bagi itu semua untuk ibu bapa terus menghargai kehadiran anak-anak dan mendidik mereka menjadi yang terbaik.
Berikut perkongsian dari seorang bapa, Muhammad Hassan mengenai anak itu sebagai nikmat.
Abi nak peluk, nak main sorok sorok.
Ya Allah bahagia sangat sangat. Anak demam tempoh hari terus saya buat amalan yang Nabi Muhammad S.A.W suruh,iaitu bersedekah.
Hari ini anak betul-betul sihat dan terus ajak main. Rupanya dalam rumah jadi sunyi je bila anak tak sihat,biasanya pergi ruang tamu mesti bersepah dengan permainan dia,kadang kadang masuk bilik mesti dia dok main lompat lompat atas katil,lari lari dalam rumah,jerit jerit,ketawa,ajak main sorok sorok,main tembak tembak,panjat grill tingkap,tarik tudung umie.
Yang kita kadang kadang rasa serabut, tak suka anak bising, tak suka anak sepahkan rumah, itulah moments yang kita selalu rindukan nanti.
Sebab itulah saya selalu cakap kat wife, semua yang anak buat itu adalah nikmat. Pandang semua itu nikmat. Berapa ramai kanak-kanak hari ini tak boleh main lari-lari dalam rumah sebab tiada kaki. Berapa ramai kanak kanak yang tak boleh jerit jerit sebab tiada suara. Berapa ramai kanak kanak tak boleh main lompat-lompat katil sebab lumpuh.
Jika kita hargai anak itu sebagai nikmat, maka kita akan bahagia, tenang, rezeki melimpah ruah, semua orang akan sayang kita, bahkan Allah dan Rasul menyintai kita.
Sahabat. Peluklah anak sebagaimana Nabi s.a.w sentiasa peluk dan cium anak-anak dan cucu-cucu Baginda. Indahnya islam ajar agar kita mendidik anak-anak Bismillah kerana taatnya kita kepada الله Rasul bukan kerana benci,berdendam dan sebagainya.
Carilah emas, intan, berlian yang ada dalam jiwa anak-anak supaya kita sentiasa menghargai mereka lebih dari diri kita. Jika kita kasihi, cintai keluarga ini kerana kasih sayang kepada الله,maka الله akan balas berganda ganda sayangnya DIA Kepada kita.
Bercuti bersama anak-anak memang mencabar sehingga membuatkan badan letih dan tertekan apabila tiada perancangan lengkap. Pelbagai keperluan anak-anak perlu disediakan supaya anak tidak mudah mengamuk, keletihan dan mudah diuruskan.
Begitulah sharing daripada Puan Ainul Malik yang memberi tip supaya mudah menguruskan anak-anak ketika pergi bercuti. Ikuti 10 panduan yang sering dipraktikkannya semasa pergi bercuti. Moga dapat membantu bagi ibu ayah yang pertama kali membawa anak-anak pergi bercuti
10 Tip Supaya Suami Isteri Tenang Berjalan Bersama Anak Kecil :
1. Sediakan makanan dan minuman siap-siap, beli bekalan yang cukup di tempat kita. Kalau naik flight, takperlulah angkut semua, bawa yang penting je, terutamanya botol air
2. Bawa pampers yang cukup
3. Sediakan stroller atau carrier mengikut keselesaan suami isteri
4. Bincang dahulu perjalanan sebelum keluar pagi
5. Fokuskan untuk berjalan satu tempat supaya lebih banyak masa terluang untuk anak-anak berehat.
6. Sediakan application handphone yang cukup seperti waze, waktu solat, arah kiblat, tempat makan sedap, google maps
7. Print out tempat tempat menarik dari rumah supaya tak kelam kabut bila sesat/apa2 delay/masalah berlaku
8. Cari tempat yang mesra kanak-kanak supaya mereka menghargai tempat itu : Saya ada kisah menarik tentang ini
Semasa Aiman baru berusia 2 tahun, pernah kami ke Taman Negara Kota Kinabalu (Kaki Gunung) kerana teringin benar explore tempat itu. Rupanya tempat itu hanya disukai oleh kami suami isteri, anak tak pandai nak appreciate lagi tempat tu selain sangat seronok berjumpa dengan lopak air di tengah hutan. Hihi kelakar kan, budak-budak ni?
9. Sediakan diri mental dan fizikal supaya sihat menguruskan anak-anak semasa berjalan.
10. Jangan letak expectation yang terlalu tinggi untuk dapat explore banyak tempat macam kembara single mingle dulu2 hihi
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.