Pemakaian tudung atau selendang memerlukan kita untuk menggunakan pin atau jarum peniti supaya lebih kemas. Bukanlah situasi yang pelik apabila seseorang wanita mengepit jarum peniti atau pin tudung di bibir semasa mengenakan hijab. Tahukah anda, tabiat ini sangat berbahaya?
Malang tidak berbau, bukan sedikit kes wanita tertelan jarum peniti atau pin tudung. Ia berlaku di luar kawalan ketika mereka terbatuk, terbersin, menarik nafas atau ia terlucut dari bibir.
Dr Ahmad Samhan menerangkan tentang bahaya sekiranya berlaku situasi wanita tertelan jarum atau pin tudung ini.
Tabiat kepit pin tudung di bibir boleh bawa maut.
Pin tudung ni dah macam sahabat baik wanita. Kes tertelan pin tudung dah banyak kali terjadi.
Bagaimana boleh tertelan? Ia terjadi diluar kawalan. Kebiasaannya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas atau terlucut dari bibir.
Pin tudung ini samada akan masuk ke salur makanan(esophagus) seterusnya ke perut atau masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke paru-paru.
Jika masuk di salur makanan, ada kemungkinan akan keluar bersama najis jika tidak tersekat.
Jika masuk ke salur pernafasan, ia akan tersekat di paru-paru dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius atau pneumomediastinum seterusnya boleh membawa maut.
Kes sebegini akan dirawat menggunakan kaedah rigid bronchoscopy iaitu memasukkan kamera ke dalam saluran pernafasan sebelum menarik keluar objek berkenaan.
Jika tidak berjaya, maka pesakit tiada pilihan selain menjalani pembedahan di mana dada terpaksa dibelah untuk keluarkan objek berkenaan.
Simptom yang biasa berlaku apabila sesuatu objek asing ditelan adalah: 1. Tercekik 2. Kesukaran untuk bernafas 3. Batuk 4. Berdehit (wheezing)
Antara simptom yang berkemungkinan akan muncul apabila objek tersebut tersekat pada esofagus atau usus, termasuk: *Muntah *Air liur meleleh *Kesakitan pada bahagian dada atau tekak *Keengganan untuk makan *Sakit perut *Demam
Pemeriksaan sinar-X lebih terperinci dengan barium mungkin digunakan untuk membantu mencari objek yang tersekat yang tidak dapat dilihat sinar-X biasa.
Pemeriksaan sinar-X pada bahagian leher, dada dan perut mungkin dilakukan untuk membantu mencari sebarang objek yang mungkin dapat dilihat menerusi pemeriksaan ini
#Share info ini sebab kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa saja.Sama-sama kita berpesan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernahkah Mama berasa pelik apabila melihat saiz payudara yang tidak sama antara kedua-duanya? Sebelah besar, sebelah kecil. Itu perkara normal jika anda menyusukan bayi. Perbezaan saiz payudara biasanya berlaku jika ibu kerap menyusukan bayi pada sebelah payudara sahaja.
Pada asasnya saiz payudara wanita memang berbeza antara kedua-duanya. Tetapi perubahan saiz semakin ketara apabila si ibu membuat kaedah penyusuan yang tidak seimbang. Perbezaan ini dapat dilihat sekiranya ibu tidak menyusukan anak secara seimbang pada kedua-dua belah payudara tersebut.
Menyusu Sebelah Payudara, Susu Ibu Akan Kering
Pada kebiasaannya payudara ibu akan kelihatan lebih besar atau tidak seimbang saiznya semasa beberapa minggu pertama penyusuan susu ibu berlangsung kerana ia sedang menyesuaikan diri dengan fasa penghasilan dan pengeluaran susu ibu. Penyusuan susu ibu sepatutnya diberikan secara seimbang pada kedua-dua belah payudara ibu agar penghasilan susu ibu enjadi sama rata.
Jangan asyik menyusukan sebelah payudara. Didik si manja untuk selesa menyusu dari kedua-dua belah payudara
Jika ibu hanya memberi bayi menyusu sebelah sahaja, ini boleh mengundang risiko payudara menjadi bengkak akibat saluran susu yang tersumbat dan boleh membawa mudarat kepada mastitis disebabkan susu tidak dikeluarkan dengan baik.
Lama-kelamaan jika bayi tidak menyusu di payudara sebelah itu bakal membuatkan susu di payudara tersebut kering dan menjadikan payudara kekal berbeza saiznya!
Saiz Berbeza Itu Normal
Saiz payudara yang berbeza bagi ibu menyusu adalah sesuatu yang tidak perlu dirunsingkan sekiranya bayi menyusu di kedua-dua belah payudara. Payudara yang kecil sebelah kerana bayi menyusu itu normal kerana lekapan bayi dan penyusuan adalah efektif.
Besar atau kecil payudara bukan penentu kuantiti susu yang dapat dihasilkan
Namun jika payudara bengkak dan besar serta terdapat kemerah-merahan maka haruslah mendapatkan khidmat bantuan kaunselor laktasi atau rujuk pada doktor.
Susukan Selalu Elak Block Duct
Pada asasnya bentuk atau saiz tidak mempengaruhi aliran kelancaran susu. Bentuk dan saiz hanyalah berbeza mengikut kepadatan atau ketebalan lemak pada payudara tersebut. Bagi memastikan kelancaran susu adalah melalui lekapan bayi. Lekapan dan penyusuan secara efektif akan membantu melancarkan penyusuan susu ibu. Ibu harus kerap mengosongkan payudara agar tiada susu yang terkumpul sehingga boleh menyebabkan block duct.
Besar Atau Kecil Bukan Petanda Kuantiti Susu
Ukuran saiz payudara tidak mempengaruhi kuantiti susu ibu. Saiz payudara yang berbeza adalah disebabkan oleh kadar lapisan lemak yang ada padanya. Tidak semestinya payudara dengan lemak yang lebih boleh menghasilkan susu lebih banyak berbanding payudara yang kecil. Penghasilan susu ibu adalah bergantung pada jaringan kelenjar susu ibu, dimana kelenjar susu merupakan tempat untuk menghasilkan serta menyimpan susu ibu.
Kelenjar susu sudah menghasilkan susu sejak dari kehamilan sebagai persiapan kelahiran bayi. Ketika saat ibu hampir melahirkan, kelenjar susu akan mula membengkak kerana susu sudah terbentuk dan matang untuk diberikan pada bayi bila-bila masa. Setiap payudara, biar besar atau kecil mana pun saiznya pasti cukup untuk menghasilan susu.
Rajin menyusukan anak serta mengepam secara disiplin dapat membantu penghasilan susu yang berterusan
Kapasiti payudara yang kecil akan membuatkan bayi kerap menyusu dan sekaligus susu akan kembali terhasil untuk penyusuan seterusnya. Bekalan susu tetap cukup untuk bayi cuma jarak penyusuan adalah lebih kerap berbanding ibu yang mempunyai payudara berkapasiti besar.
Secara kesimpulannya, saiz payudara tidak mempengaruhi kuantiti atau kualiti susu. Jika ibu mahukan kuantiti susu yang lebih banyak dan tidak terputus bekalannya sehingga dua tahun, fahami konsep demand vs supply. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu yang akan terhasil tidak kira apa sekalipun saiz payudara ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Betullah orang kata, emosi wanita sama ada ketika mengandung, berpantang dan selepas mempunyai anak agak lain. Mungkin juga sebab perubahan hormon dan juga perasaan selepas melihat anak membesar di depan mata.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Tasha Shilla menerusi program bual bicara di TV3, dia berdepan situasi dimana emosi mudah sensitif sepanjang tempoh kehamilan serta ketika berpantang. Ujarnya, meskipun sudah bersalin, emosinya sensitif dan senang menangis.
“Saya berasa lebih sensitif, kalau ada apa-apa sahaja yang berlaku mesti saya akan rasa cepat tersentuh sebab ada naluri seorang ibu.
“Tambahan pula kalau bab anak, memang akan cepat sensitif sebab kita nak semua yang terbaik untuk anak kita. Perasaan sensitif itu masih ada walaupun dah bersalin, sikit-sikit rasa nak nangis,” katanya.
Hampir tiga bulan menimang cahaya mata, pelakon berusia 34 tahun itu akui sangat gembira dan seronok sepanjang proses kehamilan sehingga bergelar ibu.
“Sejujurnya, saya punya proses dari awal mengandung, bersalin dan berpantang saya berasa sangat gembira dan seronok.
“Saya bersyukur sebab suami sayaa banyak membantu saya dari segi untuk menguruskan saya dan anak saya. Dia sangat memainkan peranan sebagai suami, jadi saya punya perjalanan untuk menjadi ibu ni Alhamdulillah, semuanya seronok,” katanya.
Terdahulu, Tasha dan Atiq mendirikan rumah tangga pada 28 Februari tahun lalu selepas lima hari mengikat tali pertunangan.
Kredit: rotikaya.com
Jom join Pa&Ma Gala Moms Reunion bersama selebriti yang juga penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms dan pakar pilihan dengan topik menarik untuk anda. Penyertaan adalah percuma dan terhad 50 orang. Boleh klik sini untuk pendaftaran https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menyusu tapi tidak kenyang dan kelihatan tidak puas antara tanda-tanda yang diperhatikan ibu ini walau pun berat bayinya naik. Tongue tie pada bayi punca ibu ini alami masalah puting melecet & luka hingga fobia untuk menyusukan!
Mungkin ramai yang tidak mengambil kisah perihal ini. Walhal ia adalah simptom penting yang perlu diberikan perhatian bagi bayi yang mengalami tongue tie. Jika dibiarkan ia boleh menyebabkan masalah pertuturan pada masa akan datang.
Perkongsian Puan Noorinora tentang bayinya, Audi Imran yang pernah mengalami tongue tie ini boleh dijadikan panduan kepada ibu-ibu lain. Berikut ialah perkongsian beliau;
Hi semua. Ramai tanya Odi buat procedure ape siang tadi, Odi sebenarnya buat procedure release tongue tie.
Korang ingat tak Nora ada share yang nipple Nora luka last week? Selalunya kalau luka ke ape cepat je baik tapi this time lambat sangat baik and Odi susah sangat nak menyusu macam dia tak kenyang. Selalu dia latch okay je tapi start dari luka tu dia susah nak latch.
DIBERITAHU ADA TONGUE TIE, PERLU TUNGGU 6 BULAN UNTUK PROSEDUR
Actually Nora dah tau Odi ada tongue tie masa dia baru lahir. Ada nurse inform Nora masa admitted haritu tapi bila jumpa peads dia kata as long as baby latch ok and naik berat badan tunggu 6 months above pun takpe. So kiteorang decide untuk tunggu lah sebab berat badan Odi naik dengan bagus and dia latching pun ok. At 1 month plus berat dia dah naik 5kg so kiteorang takde lah worry sangat.
PUTING LUKA LAGI & BAYI KURANG KENCING SEPERTI BIASA
Sampai lah baru2 ni nipple Nora luka and melecet. Mula2 Nora rasa sebab Nora baru start pump and Odi dah semakin besar dia latch pun ganas and kuat kekiri ke kanan so bila bergesel dengan tongue tie dia tu makin teruk la lukanya. Mula2 takde fikir sangat tapi bila Nora notice pampers dia tak basah macam biasa and Odi asyik2 nak susu Nora dah agak dia tak kenyang. Sampai tahap Nora stress sebab yelah kita sakit and sore, baby pulak tak kenyang memang menangis teruk dengan Arin.
PAKAR LAKTASI SARANKAN TONGUE RELEASE
Nora mintak nasihat pakar lactaction Dr Shahirah and dia pun suggest Nora release tongue tie Odi. Dr Shahirah suggest Dr Zain di sebuah hospital di Bangsar sebab anak2 Dr Shahirah pun before this tongue tie jugak and pernah perform procedure ni dengan doctor Zain. Harini terus set appointment dengan Dr Zain. Cost tadi di hospital nak release tongue tie ni tepat2 RM500. Termasuk consultation, procedure and ubat.
PROSEDUR RINGKAS TAK SAMPAI DUA SAAT!
Procedure dia simple and cepat je. Dr Zain clipkan tongue tie sikit dia macam benang je and before that spraykan ubat kebas dekat Odi. Takde tidurkan Odi ke ape just a simple procedure tanpa bius, prosedur yang tidak sampai dua saat ini tidak mengeluarkan setitis darah pun mungkin juga disebabkan tisu tali di bawah lidah itu masih lembut.
LEPAS PROSEDUR PENYUSUAN KURANG MENYAKITKAN
Lepas settle procedure release tongue tie Nora terus menyusukan Odi macam biasa and Mashallah sumpah lain sangat feel bila susukan dia. Takde dah rasa ngilu and sakit. ?
SELALU TERJADI KEPADA BAYI LELAKI
Selalunya tongue tie ni mostly happen to boys. Rare cases kalau perempuan kena. Ada yang boleh detect right after lahir and ada yang susah nak detect. So kalau korang ada mengalami masalah penyusuan, nipple luka, baby nampak tak kenyang boleh try check doctor if ada tongue tie ni or tak. Kalau detect awal boleh cepat2 releasekan je takyah tunggu dah besar. Nora listkan antara tanda2 awal baby tongue tie dekat bawah ni.
KALAU DIBIARKAN BOLEH TIMBULKAN MASALAH PERTUTURAN
Kalau mummies perasan ada tanda2 camni, boleh terus check dengan pakar and dapatkan nasihat dari pakar dulu ok? Nora share untuk rujukan mommy-mommy di luar sana. Walaupun masalah Odi ini kecil tapi kalau kita pandang remeh masalah ini, mungkin banyak lagi masalah pada masa akan datang contohnya speech delay etc. Semoga sharing ini bermanfaat! #OdiTongueTie
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.