Isu beg sekolah berat bagi kanak-kanak sekolah rendah bukan isu baru di Malaysia. Kadang-kadang anak terpaksa membawa kesemua buku teks dan buku latihan yang mana sekaligus memberikan bebanan kepada tubuh badan mereka yang masih kecil.
Melihat pada beg sekolah anak yang terlampau berat, Dr. Sheikh Muszaphar membuat keputusan untuk menimbang berat beg tersebut bagi mengetahui berapa berat sebenar beg tersebut.
“Saya perhatikan anak-anak membawa beg sekolah yang berat ke sekolah dan saya membuat keputusan untuk menimbangnya”
“Berat tiga beg tersebut berjumlah: 5.0 kg, 5.5 kg, 6.5 kg dan saya sangat terkejut, macam mana beg seberat ini boleh dibawa oleh anak kecil yang mana badanya baru nak membesar?”
“Pastinya memang bukan sesuatu yang sihat untuk jangka masa yang panjang”
“Kesian budak-budak” tambahnya lagi yang juga merupakan angkasawan pertama Malaysia.
Rata-rata wargamaya turut memberikan pendapat masing-masing. Ramai yang bersetuju tentang beg berat memberikan kesan kepada anak-anak kecil.
View this post on Instagram
far
Dah bagitau sekolah dr, but the respon “jangan manjakan anak”. So what can we do ?😌 Esp if sekolah kena naik tangga sampai 2 tgkt, bawa beg berat & anak baru tahun 2.
lily
Dah ramai yg bising pasal heavy bag ni Dr. But KPM act nothing towards the complaint. Cikgu2 voiced their concerns, KPM silent them.
aniqah
Betul!! Dari dulu lagi rasa mcm buku terlalu byk tp tak semua cikgu guna. Tapi kene bwk semua mengikut subjek sbb tak tahu cikgu nak ajau apa today. Beli bag roda pun sampai roda tercabut. Jalan pun dah membongkok jee😂
eryna
Samalah. Hari Jumaat je ringan skit. Ank darjah 3 & darjah 5. Kelas tingkat 3. Ada tu sampai cecah 7kg. Beg berat. Silibus pun berat. Bila kemukakan cadangan,katanya jgn manjakan ank sgt. Ni bkn soal kemanjaan tp lebih pd kesihatan in the long run.
Kredit: Dr Sheikh
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI