Kehamilan

“Terkejut Ibu Alami Alahan Teruk” Tempias Alahan Terkena Pada Ibu Mentua, Sarah & Shuib Kongsi Cerita!

Share

Isteri hamil, suami yang terkena tempias alahan mungkin sudah kedengaran biasa. Namun bagi pelawak dan usahawan, Shuib, kehamilan isterinya, Siti Sarah sedikit berbeza kerana terkena tempias kepada ibunya sendiri.

Sarah yang hamil anak keempat mereka mengalami alahan seperti biasa, namun peliknya kata Shuib, ibunya turut sama mengalami alahan yang sama seperti Sarah.

Menerusi Berita Harian, Shiub berkongsi cerita mengenai kisah alahan ibunya.

Shuib berkata, ibunya ada membuat panggilan dan marah-marah selain mengadu badannya lemah serta tidak lalu untuk makan.

“Ada satu hari ibu saya telefon. Dengan nada marah-marah dia pesan jangan susahkannya. Rupa-rupanya ibu beritahu dia selalu muntah-muntah dan tidak ada selera makan.

“Saya terkejut apabila dia turut mengalami alahan teruk ketika Sarah baru hamil. Lama juga, lebih kurang sebulan ibu mengalami alahan itu,” kata Shuib berkongsi cerita.

Namun kata Shuib lagi, dek kerana alahan itu, ibunya juga turut diberikan alat ujian kehamilan ketika mendapatkan rawatan di klinik kerana keadaannya sama seperti mengandung.

“Ada satu lagi insiden lucu apabila ibu diberikan alat ujian kehamilan apabila pergi mendapatkan rawatan.

“Ibu saya marah doktor kerana dia sudah berusia 57 tahun dan sudah menopos!,” kata Shuib menerusi laporan yang dikongsikan Berita Harian.

Bercerita mengenai kehamilan Sarah, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mengakui, dia mengalami alahan di awal kehamilannya. Namun dia begitu terkejut dan tidak menyangka ibu mentuanya turut melalui alahan sepertinya.

“Ketika kehamilan terdahulu, saya memang tidak boleh makan sebab mesti akan muntah. Ketika itu, saya hanya boleh makan buah oren. Peliknya, ibu mentua saya juga alami perkara yang sama dan dia hanya boleh makan oren.

“Namun, alahan itu sudah kembali kepada saya, tapi tidaklah seteruk dulu,” kongsinya lagi.

Mengalami alahan teruk diawalnya, dan kini kata Sarah, dia sudah dapat kembali bekerja seperti biasa. Bukan itu sahaja, bahkan kata Sarah lagi, kehamilannya kali ini membuatkan dia jadi lebih rajin dalam segala hal.

“Kali ini saya boleh bekerja dan rajin untuk berbuat sesuatu,” katanya.

Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan kini mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Artikel berkaitan: Matin U Dapat Adik, 6 Tahun Tunggu, Menjerit Satu Rumah Dapat Tahu Siti Sarah Hamil

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: Berita Harian 

Published by
SRM