Ibu mana yang tidak terkejut melihat rambut anak yang panjang tiba-tiba menjadi pendek dan hampir botak setelah diambil dari rumah asuhan.
Kata ibu bernama Dr Nil Irma Isaura Azman ini, rambut anak lelakinya yang sebelum ini mencecah paras telinga sengaja dibiarkan tidak dipotong kerana lambat panjang.
Malah dikatakan, rambut Ahmad Ezra Ahmad Haziq yang kini berusia satu tahun enam bulan tidak pernah dipotong sejak lahir.
“Rambut anak keempat saya memang lambat tumbuh sejak lahir, jadi saya biarkan saja. Tambahan pula rambutnya halus dan lembut, jadi tak nampak serabut.
“Cuma bahagian hadapan sahaja dah sampai mata dan memang saya rancang nak rapikan… tapi tak sangka pula yang pengasuh dah potong pendek!” luahnya ketika dihubungi.
Mengimbas kembali kejadian berkenaan, Isaura berkata seperti biasa dia akan menghantar anaknya ke rumah pengasuh pada waktu pagi.
Rambut Ezra tidak pernah dipotong sejak dia dilahirkan.
Namun ketika mengambil anaknya pada petang hari, dia sangat terkejut melihat rambut Ezra sudah dipotong pendek.
“Memang terkedu sangat pada waktu tu tapi tak mampu bercakap apa.
Apabila balik rumah, saya berbincang dengan suami tentang kejadian yang berlaku dan kami sependapat bahawa tindakan pengasuh tersebut perlu ditegur,” jelasnya.
Ads
Bagi mendapatkan pandangan ramai, wanita berusia 33 tahun itu turut memuat naik video berkaitan Ezra dan bertanyakan sama ada wajar atau tidak tindakan pengasuh menggunting rambut anak asuhan tanpa meminta izin terlebih dahulu.
“Memang terkilan sangat sampai saya sendiri tak lalu nak makan, rasa emosi dengan apa yang berlaku.
“Setiap kali nampak rambut Ezra botak macam askar memang saya akan rasa sedih dan kira-kira dua minggu saya elak daripada menghantar anak ke rumah pengasuh tersebut,” ujarnya lagi.
Menurutnya, rambut Ezra juga dipotong oleh pengasuh berusia lingkungan 40-an dan bukannya dilakukan oleh tukang gunting berpengalaman.
“Memang geram sebab dia langsung tak beritahu. Saya rasa dia cuma nak trim sahaja sebab dia rasakan Ezra rimas dengan rambut panjang.
Wajah terkini Ezra.
Ads
“Tapi anak saya memang susah kalau nak potong rambut kerana duduk tak diam… mungkin dah tersalah potong, jadi dia terus botakkan saja,” ujar Isaura.
Tambahnya yang juga seorang doktor perubatan, walaupun tidak dapat menerima kejadian yang berlaku terhadap Ezra, dia tetap menghantar anaknya itu ke rumah pengasuh terbabit.
Malah katanya yang menetap di Ipoh, Perak, sudah lebih setahun dia mendapatkan khidmat individu tersebut dan yakin dengan perkhidmatan yang diberikan.
Video perkongsiannya itu menjadi tular di aplikasi TikTok dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
“Terkejut mak kau… anak aku botak! Penat simpan rambut bagi panjang,” demikian tulis Isaura pada posting video berkenaan.
Isaura bersama suami dan anak-anaknya.
Ads
Rata-ratanya menyuarakan rasa kurang senang dengan tindakan pengasuh yang disifatkan ‘lebih sudu daripada kuah’ kerana memotong rambut anak asuhan tanpa meminta izin waris.
“Nak potong rambut atau nak bawa pergi jalan-jalan.. pengasuh perlu bagitahu pada kita (ibu bapa atau waris). Jangan buat pandai-pandai.
“Tak kisah la jadi lagi handsome atau lagi kemas… tanya mak dia dulu.
“Kalau saya memang sakit sangat hati sis… ni bukan kira penyayang atau jaga macam anak sendiri. Apa-apa yang nak buat kat anak kena bagitahu, jangan pandai-pandai buat.
“Walau macam mana pun pengasuh tetap kena hormat pada parent. Nak buat apa-apa tetap kena minta izin sebab anak tu tetap anak orang,” ujar beberapa netizen.
Bagaimanapun terdapat segelintir yang bersetuju dengan tindakan pengasuh tersebut dan menyatakan pengasuh mempunyai masa lebih lama berbanding keluarga serta mengetahui masalah yang dihadapi anak asuhan berkenaan.
Kredit: nilirmaisaura, mstar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika di awal kes penularan wabak Covid-19 tahun lalu, kita risaukan kesihatan golongan yang mempunyai penyakit kronik dan warga emas. Namun sekarang ia sangat berbeza sekali kerana ramai golongan muda yang mendapat jangkitan Covid sehingga dijemput ilahi.
Paling sedih apabila golongan muda yang mempunyai anak-anak kecil, sekelip mata menjadi anak yatim atau yatim piatu akibat kehilangan ibu bapa yang selama ini menjaga dan membesarkan mereka.
Menerusi satu perkongsian di Facebook Shahanim Mohamad Yusoff, pemergian seorang ibu tunggal berusia 35 tahun akibat jangkitan Covid ini sungguh meruntun hati. Lagi-lagi mengenangkan nasib 6 anak yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa.
Seorang lagi ibu muda tewas akibat Covid-19. Segalanya Kehendak Allah. Ibu tunggal meninggal dunia dan meninggalkan 6 orang anak (kluster kilang). Ya Allah kuatkan hati ini dan kami semua. Sihatkan diri kami semua untuk terus membantu.
Menerusi ruangan komen, seorang rakan baik kepada arwah berkongsi dia sudah meminta kawan baiknya untuk pergi ke klinik bagi mendapatkan ubat dan membuat ujian swab. Arwah bagaimanapun, menjelaskan sudah mengambil ubat sebelum dijemput Allah S.W.T. buat selama-lamanya. Difahamkan juga, arwah sudah lama bercerai dengan suaminya.
Sahabat baik saya ni Dato, terima berita dari adik arwah pukul 8.30pagi. Dia meninggal pukul 7.30pagi. Last call saya 27.7.2021. Baru ni bagitahu dia demam-demam and suruh pergi klinik buat swab test dia cakap dah pi klinik ambil ubat.
Dalam posting itu, salah seorang ahli keluarga arwah akui daripada enam anak arwah, tiga dijaga oleh arwah, dua dijaga oleh bekas suami dan seorang lagi dijaga oleh ibu mertua. Bagaimanapun, tiga anak yang dijaga arwah turut positif Covid.
Perkongsian ini telah mendapat reaksi orang ramai dan ramai yang turut bersedih dengan nasib anak-anak arwah. Harap akan ada sinar yang lebih baik lagi buat mereka semua dan dipermudahkan perjalanan hidup walaupun tanpa kasih sayang ibu.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Ummi Nazeera masih lagi dalam proses belajar memasak selepas berkahwin. Dia memuatnaik video memasak di laman instagramnya menjelaskan walaupun tidak pandai memasak tetapi tetap akan belajar.
Dia yang mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah (8 bulan).
Perlahan-lahan belajar memasak walaupun tak pandai
Rata-rata netizen memuji sikap Ummi Nazeera yang tetap ingin belajar memasak walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak. Ramai yang memberikan sokongan kepadanya untuk terus belajar memasak.
Its ok, yang penting rajin
Terernya
Aduhhh.. comei la awak niii. Nasib baik tak jadi menantu saya
Practise make perfect
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Konon ingin menyembunyikan kelahiran, tindakan seorang wanita berusia 22 tahun akhirnya terbongkar apabila ditahan pihak polis kerana disyaki membuang bayi yang baru sahaja dilahirkan.
Bayi lelaki yang masih hidup itu ditemui ditinggalkan di tangga sebuah rumah di Kampung Batu 9, Chemor, Perak.
Tak mengaku anak sendiri
Menerusi laporan Sinar Harian, bayi lelaki yang sihat dan masih bertali pusat itu ditinggalkan di tangga sebuah rumah. Bayi yang masih hidup itu ditemui oleh orang awam sebelum dilaporkan kepada pihak polis.
Pihak polis kemudian menjalankan siasatan dan mendapati rupa-rupanya bayi yang baru sahaja dilahirkan itu merupakan anak salah seorang penghuni dalam rumah berkenaan.
Tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila wanita terbabit tidak mengaku bayi tersebut adalah anak kandungnya dan dia dengan sengaja telah mereka cerita kononnya bayi tersebut telah ditinggalkan oleh seseorang di tangga rumah mereka pada jam 3 pagi. Lebih mengejutkan apabila orang awam yang melaporkan kejadian itu kepada pihak polis adalah bapa wanita berkenaan.
Temui tompokan darah bawah katil
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata pihak polis kemudian bertindak menjalankan siasatan lanjut dengan menyoal siasat suspek.
Pasukan siasatan membuat pemeriksaan dalam bilik suspek menemui setompok darah di atas lantai. Pemeriksaan lanjut menemui tompokan darah yang banyak di bahagian bawah katil disyaki milik suspek yang baru lepas bersalin.
Pada awalnya, suspek memberitahu bahawa darah berkenaan merupakan darah haid miliknya tetapi akhirnya dia mengakui bahawa bayi terbabit merupakan anak kandung yang baru dilahirkannya.
Bayi tersebut dalam keadaan sihat telah ditempatkan di hospital yang sama. Polis telah merampas beg tangan, buku rekod kesihatan dan ubat serta risalah berkaitan penyusuan susu ibu dan panduan pendidikan kesihatan anemia dalam kalangan ibu hamil.
Suspek kemudian telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut. Tambahnya lagi, wanita terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendedahkan dan membuang kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.