Ibu mana yang tidak terkejut melihat rambut anak yang panjang tiba-tiba menjadi pendek dan hampir botak setelah diambil dari rumah asuhan.
Kata ibu bernama Dr Nil Irma Isaura Azman ini, rambut anak lelakinya yang sebelum ini mencecah paras telinga sengaja dibiarkan tidak dipotong kerana lambat panjang.
Malah dikatakan, rambut Ahmad Ezra Ahmad Haziq yang kini berusia satu tahun enam bulan tidak pernah dipotong sejak lahir.
“Rambut anak keempat saya memang lambat tumbuh sejak lahir, jadi saya biarkan saja. Tambahan pula rambutnya halus dan lembut, jadi tak nampak serabut.
“Cuma bahagian hadapan sahaja dah sampai mata dan memang saya rancang nak rapikan… tapi tak sangka pula yang pengasuh dah potong pendek!” luahnya ketika dihubungi.
Mengimbas kembali kejadian berkenaan, Isaura berkata seperti biasa dia akan menghantar anaknya ke rumah pengasuh pada waktu pagi.
Rambut Ezra tidak pernah dipotong sejak dia dilahirkan.
Namun ketika mengambil anaknya pada petang hari, dia sangat terkejut melihat rambut Ezra sudah dipotong pendek.
“Memang terkedu sangat pada waktu tu tapi tak mampu bercakap apa.
Apabila balik rumah, saya berbincang dengan suami tentang kejadian yang berlaku dan kami sependapat bahawa tindakan pengasuh tersebut perlu ditegur,” jelasnya.
Ads
Bagi mendapatkan pandangan ramai, wanita berusia 33 tahun itu turut memuat naik video berkaitan Ezra dan bertanyakan sama ada wajar atau tidak tindakan pengasuh menggunting rambut anak asuhan tanpa meminta izin terlebih dahulu.
“Memang terkilan sangat sampai saya sendiri tak lalu nak makan, rasa emosi dengan apa yang berlaku.
“Setiap kali nampak rambut Ezra botak macam askar memang saya akan rasa sedih dan kira-kira dua minggu saya elak daripada menghantar anak ke rumah pengasuh tersebut,” ujarnya lagi.
Menurutnya, rambut Ezra juga dipotong oleh pengasuh berusia lingkungan 40-an dan bukannya dilakukan oleh tukang gunting berpengalaman.
“Memang geram sebab dia langsung tak beritahu. Saya rasa dia cuma nak trim sahaja sebab dia rasakan Ezra rimas dengan rambut panjang.
Wajah terkini Ezra.
Ads
“Tapi anak saya memang susah kalau nak potong rambut kerana duduk tak diam… mungkin dah tersalah potong, jadi dia terus botakkan saja,” ujar Isaura.
Tambahnya yang juga seorang doktor perubatan, walaupun tidak dapat menerima kejadian yang berlaku terhadap Ezra, dia tetap menghantar anaknya itu ke rumah pengasuh terbabit.
Malah katanya yang menetap di Ipoh, Perak, sudah lebih setahun dia mendapatkan khidmat individu tersebut dan yakin dengan perkhidmatan yang diberikan.
Video perkongsiannya itu menjadi tular di aplikasi TikTok dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
“Terkejut mak kau… anak aku botak! Penat simpan rambut bagi panjang,” demikian tulis Isaura pada posting video berkenaan.
Isaura bersama suami dan anak-anaknya.
Ads
Rata-ratanya menyuarakan rasa kurang senang dengan tindakan pengasuh yang disifatkan ‘lebih sudu daripada kuah’ kerana memotong rambut anak asuhan tanpa meminta izin waris.
“Nak potong rambut atau nak bawa pergi jalan-jalan.. pengasuh perlu bagitahu pada kita (ibu bapa atau waris). Jangan buat pandai-pandai.
“Tak kisah la jadi lagi handsome atau lagi kemas… tanya mak dia dulu.
“Kalau saya memang sakit sangat hati sis… ni bukan kira penyayang atau jaga macam anak sendiri. Apa-apa yang nak buat kat anak kena bagitahu, jangan pandai-pandai buat.
“Walau macam mana pun pengasuh tetap kena hormat pada parent. Nak buat apa-apa tetap kena minta izin sebab anak tu tetap anak orang,” ujar beberapa netizen.
Bagaimanapun terdapat segelintir yang bersetuju dengan tindakan pengasuh tersebut dan menyatakan pengasuh mempunyai masa lebih lama berbanding keluarga serta mengetahui masalah yang dihadapi anak asuhan berkenaan.
Kredit: nilirmaisaura, mstar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memahami kekangan kewangan bagi keluarga berpendapatan sederhana ke bawah dan dalam keadaan negara sedang menghadapi proses pemulihan ekonomi, kerajaan komited untuk terus membantu dalam usaha mengurangkan jurang ekonomi dalam kalangan rakyat.
Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi fasa tiga melibatkan lima juta penerima bukan di kawasan pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan dibuat sebelum akhir Julai ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pembayaran berkenaan membabitkan RM3 bilion terdiri daripada 3.8 juta kategori isi rumah dan 1.2 juta individu bujang.
Bantuan RM120 bagi setiap anak bawah 18 tahun, maksimum 4 orang
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, penerima kategori isi rumah yang menerima bantuan sebanyak RM600 layak menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak yang berusia bawah 18 tahun dengan maksimum empat orang anak.
“Misalnya, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan empat anak akan mendapat RM1,080,” katanya dalam kenyataan media Laporan Ke-11 Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) bagi Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), di sini, pada Selasa.
Gambar Hiasan (Kredit: Astro Awani)
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, seperti yang diumumkan sebelum ini, pelaksanaan pembayaran secara tunai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) serta fasa kedua dan ketiga BSH 2020 bagi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak (tiada akaun bank) akan bermula pada 1 hingga 31 Julai 2020 yang diselaraskan Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMSabah) dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMSarawak)
Usaha itu katanya, bakal memanfaatkan 53,325 penerima dengan implikasi kewangan sebanyak RM28.7 juta.
Dalam perkembangan berasingan, beliau menambah, sebanyak 4.34 juta permohonan telah diluluskan dengan pengeluaran berjumlah RM2.17 bilion sebulan sehingga 26 Jun lepas bagi program i-Lestari KWSP.
“Kerajaan sedar walaupun masih ada bantuan-bantuan yang lain seperti BPN, BSH, SOCSO, EIS, zakat, dan sebagainya, masih ada golongan rakyat yang berkeadaan amat kekurangan,” katanya.
Kerajaan akan terus cari jalan penyelesaian
Ekoran itu, beliau menegaskan kerajaan tidak memandang ringan aspek keselamatan sosial rakyat dan bantuan pakej PRIHATIN dan PENJANA disasarkan untuk membantu dalam jangka masa pendek.
Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan terus memantau rapat situasi semasa untuk mencari jalan penyelesaian yang mampan untuk jangka masa sederhana dan panjang.
Pelakon cantik, Emma Maembong telah berkongsi beberapa posting di Instagram memaparkan dirinya sedang menunaikan ibadah umrah bersama dengan suami, anak lelakinya termasuk juga ahli keluarganya yang lain.
Malah dalam satu posting yang lain di laman Tiktok, satu video tular memaparkan Shariq Gabriel yang sedang nyenyak tidur, walaupun ketika itu rambutnya sedang digunting.
Perkongsian tersebut rata-rata mencvri tumpuan ramai, sehingga ada netizen yang menyatakan Shariq Gabriel seorang kanak-kanak yang bertuah kerana dapat menunaikan umrah walaupun masih seorang kanak-kanak.
Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata aitu Shariq Gabriel yang berusia tiga tahun.
Jasad wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan arus kepala air di rumah mereka di Kampung Iboi di sini, ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh.
Khairul Ashraf menunjukkan gambarnya bersama isteri, Nurul Hanis Abu Hassan, 23, yang hamil empat bulan dipercayai hilang bersama dua ahli keluarganya selepas rumah didiami mereka dihanyutkan arus deras. – Foto BERNAMA
Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23, yang hamil empat bulan ditemui bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, berkata kedua-dua mayat mangsa ditemui dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.
Beliau berkata, pihaknya juga percaya bongkah kayu yang dihanyutkan arus deras menghempap rumah
Sayani berkata, tumpuan bomba seterusnya melakukan pencarian remaja lelaki berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman yang masih hilang.
Katanya, operasi masih dilakukan di kawasan pencarian dan akan diperluaskan sekiranya masih belum ditemui.
“Pihak bomba turut menggunakan anjing pengesan JBPM untuk melakukan operasi pencarian hari ini,” katanya.
“Kejadian banjir semalam berlaku terlalu cepat. Penduduk tidak sempat berbuat apa-apa kerana keadaan sangat kelam kabut.
“Aliran sungai yang melimpah terlalu deras membawa lumpur dan kayu dari arah bukit,”
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...