Alahai anak.. Tiba-tiba tengok warna merah penuh muka ingatkan darah rupanya inai dalam botol yang disapu pada muka. Bertuah sungguh anak! Patutlah orang kata sementara anak-anak nak membesar, pantang leka sikit, adalah apa-apa yang dilakukannya.
Pengalaman seorang ibu ini yang terkejut ingatkan anaknya cedera bermain apa-apa benar-benar buatkannya urut dada dan tarik nafas panjang. Mana taknya diam-diam bermain, sekali tengok dah habis seluruh muka cecair inai botol ‘dikerjakan’ anak.
“Terkejut umi..”
Seperti perkongsian seorang ibu dikenali sebagai Siti Norehan di laman TikTok, dia menceritakan detik-detik cemas apabila melihat wajah anak dan tapak tangan yang berlumuran dengan pewarna inai.
Menerusi video pendek tersebut, kanak-kanak ini hanya mendiamkan diri dan seolah-olah faham kesalahannya.
Ads
Tanpa menangis dan mata hanya berkelip-kelip itu membuatkan umi pun tak sampai hati nak marah.
Jelas ibu ini, pada mulanya dia turut terkejut melihat keadaan anaknya ketika itu. Difahamkan anaknya bermain dengan pewarna inai celup milik kakaknya.
Apa yang buatkan si ibu pening bila memikirkan bagaimana nak menghilangkan warna merah inai di dahi kerana apabila dah siap mandi pun memang kesan inai tu masih lagi tak tanggal.
Tak tahu berapa lama ambil masa untuk hilangkan. Bertabahlah anak! Umi pun tak boleh nak buat apa dah. Nak tak nak bertanda merahlah dulu buat sementara waktu ini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah kanak-kanak ini dan sempat membuat jenaka.
“Berapa lama nak hilang tu dik…”
Ads
“Ya Allah terperanjat aunty dik, tengok hang macam tu..”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak sulung penyanyi Azmi Saat yang baru dilahirkan 27 September lalu telah dijemput ilahi selepas mengalami masalah kesihatan kira-kira jam 12 tengah hari, hari ini (Khamis).
Menerusi laporan Mstar, perkara itu disahkan pengurusnya, Syah Rahman yang memaklumkan bayi diberi nama Khairul Afnan itu menghembuskan nafas terakhir dipangkuan ibunya, Nazirah Muhammad di hospital swasta tempat dia dilahirkan.
“Selepas alat bantuan pernafasan dicabut, Azmi dan isteri diberi peluang meriba anak mereka sehingga nafas terakhirnya.
“Afnan sah meninggal dunia beberapa minit kemudiannya..doakan semoga pasangan ini diberikan kekuatan melalui ujian cukup mencabar ini,” kata Syah.
Pada pagi tadi, Azmi, 34, yang juga merupakan vokalis kumpulan Caliph Buskers memaklumkan bayi lelakinya itu berdepan penyakit yang masih belum diketahui punca sehingga perlu menerima bantuan alat pernafasan.
Dia yang reda menerima ujian itu memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik namun ternyata Allah lebih mengetahui segalanya.
Berikut perkongsian Azmi sebelum pemergian anak syurganya..
Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji.
Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami.
Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami.
Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami.
Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya.
Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. Tolong doakan moga Afnan sihat dan Allah berikan yang terbaik buat kami.
Apa pun yang berlaku, kami redha dengan ketentuan takdirNya. Amin Ya Rabbal Alamin.
Dalam pada itu, Syah Rahman memaklumkan masih belum mengetahui penyakit yang dihidapi anak kecil itu kerana terpaksa menjalani pemeriksaan pakar.
“Saya pun belum dapat hubungi Azmi lagi. Cuma terakhir malam tadi dia ada beritahu Afnan tidak sihat. Kata Azmi, Afnan bernafas dengan bantuan pernafasan.
“Doktor syak bahagian otak Afnan ada masalah sebab dia tak bergerak, jadi perlu buat ujian MRI untuk semak status otak dan punca sebenar,” katanya lagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanda tanya beg berwarna putih dan di dalamnya ada objek yang dibungkus dengan kain tuala terjawab apabila mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan telah ditinggalkan tanpa apa-apa dokumen.
Mayat bayi itu telah ditemui oleh seorang pekerja warga Pakistan yang ketika itu sedang menyapu sampah di tepi pagar Jalan Sri Rejang 3, Taman Sri Rampai (17 Mei).
Dibalut dengan tuala, letak tepi pagar
Dikatakan kejadian itu disedari kira-kira jam 8 pagi oleh seorang tukang sapu daripada Syarikat Alam Flora. Pada waktu kejadian, dia sedang menyapu sampah dan ternampak satu beg berwarna putih di tepi pagar.
Lebih mengejutkan lagi apabila dia membuka beg berkenaan dan menemui mayat bayi yang di balut dengan kain tuala warna merah jambu di dalam beg tersebut.
Menurut Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan setengah jam kemudian dan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur telah bergegas ke tempat kejadian bagi siasatan lanjut.
Bayi perempuan itu disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur yang turut dipanggil membantu siasatan di tempat kejadian.
Tiada sebarang dokumen dijumpai
Ashari mengatakan bahawa tiada sebarang dokumen pengenalan dijumpai bersama bayi berkenaan dan ketika pemeriksaan awal pada tubuh bayi tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan.
Pihak polis mempercayai bahawa mayat bayi itu telah ditinggalkan dalam tempoh kurang 12 jam sebelum dijumpai di lokasi berkenaan.
Mayat bayi tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur bagi bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila sebut perut kempis dan pinggang langsing pasti ramai wanita yang teringinkannya. Lagi-lagi yang dah mempunyai anak dan mempunyai masalah perut buncit dan saiz pinggang yang besar tak macam zaman anak dara.
Soalan biasa yang akan ditanya oleh wanita dalam situasi ni bila lah nak dapat perut dan pinggang yang langsing?
Jadi nak tak nak pemakaian bengkung jadi pilihan nombor satu kerana ramai menganggap ia boleh mengempiskan perut dan melangsingkan badan.
Namun perkongsian Dr Yazeed Hair Johari ini boleh memperbetulkan tanggapan wanita bahawa bengkung bukanlah boleh buat badan cantik tetapi kesannya merosakkan organ dalaman.
BENGKUNG PEROSAK Organ Dalaman
Ini adalah bengkung atau nama mat salehnya waist girdle, Corset, waist band dan macam-macam lagi.
JENIS 1- Bengkung abdomen ( Membaluti keliling abdomen / Perut
2- Bengkung Penuh ( Chest to Hips ) Yang membaluti dari paras Dada hingga pinggul .( Lebih merbahaya)
Tak kira lah jenis apa sekali pun bengkung ini selalunya digunakan untuk
1) Selepas BERSALIN ( Post delivery )
Selalunya lepas bersalin, bukan apa tujuannya untuk put on pressure pada rahim yang sedang mengecut. Bengkung ini digunakan hanya pada had masa yang tertentu sahaja. Bila rahim dah sepenuhnya mengecut, tak ada lagi pendarahan. Bengkung dah tak perlu sebenarnya.
2) Immbobilisation of Back Terutama sekali yang ada kecederaan tulang belakang untuk mengelakkan “ friction “ geseran tulang belakang.
Tapi zaman sekarang ni, penggunaanya telah disalah guna oleh beberapa pihak. Pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan menjual HARAPAN …
Overclaim pulak tu. Boleh kurus, boleh ramping
ANATOMI
Secara amnya , dibawah lapisan kulit kita terutamanya dibahagian abdomen
Lapisan itu dipanggil “ Subcutaenous fat tissue “ , Lapisan ini adalah lapisan lemak yang terkumpul . Kalau kau perhatikan Fisiologi struktur lemak,
Lemak ni mempunyai sifat pejal .. Ianya tak mudah pecah seperti yang di perkatakan oleh ramai penjual .
“ Kalau sapu losyen panas ni , Lagi cepat pecah lemak ..”
Kau ingat lemak kau tu buah delima atau belon ? Boleh pecah begitu sahaja ?
Menjual Harapan adalah lebih mudah , Memandangkan rakyat kita sibuk bekerja ..
Tak ada masa nak bersenam… Tak boleh kawal nafsu makan …
Jadi , Ini adalah pintu gerbang utama kepada si penjual untuk Menjual harapan ..
“ Nak jadi lansing ?”
“ Sorok lemak , Dalam masa yang sama boleh shaping ..”
Kau rasa lemak tu boleh disusun atur ? Macam kau susun biskut dalam balang?
Korang baca bawah ni …
KEBURUKAN MEMAKAI BENGKUNG SETIAP HARI
Tak ramai yang tahu ..
1- GERD – Gastroesophageal Reflux disease
Bengkung akan membuatkan , Organ perut dan paru paru , tertolak ke atas , Disebabkan tekanan yang tinggi.
bila perut kau dah tertolak ke atas , Injap penutup perut akan terbuka disebabkan paksaan tadi , Jus asid perut mula melimpah semula ke Esofagus ( Salur makanan ) Dan akan menyebab kan GERD ( Gastroesophageal Reflux Disease ) Simptom dia sama macam orang yang kena Serangan Pedih Ulu hati …
2- Dyspnoea ( Shortness of Breathing ) Susah bernafas
Bengkung juga akan Push Paru paru inferior kau ke atas , Tahukah korang , kita bernafas menggunakan otot Diaphragma ? Dan ruang diafragma ini diperlukan oleh paru paru untuk mengembang lebih baik ..
Tapi kalau kau balut perut kau dengan bengkung , Dan pakai setiap hari ..
Bayangkan … Ruang diaphragma menjadi makin sempit , Otot diafragma tak dapat bantu paru paru untuk bernafas disebabkan tekanan dari bengkung yang telah menyebabkan kenaikkan tekanan abdomen “ Intraabdominal pressure “
dan sekali gus menyebabkan paru paru korang semua tak dapat berkembang dengan lebih baik .
3- Brain Hypoxia
Disebabkan itu , Makin kurang lah kemasukan oksigen dalam badan , Bila oksigen sampai ke otak dengan jumlah yang minima..
Akhirnya , kau mula jadi cepat letih , Cepat mengantuk .. Dan seharian produktiviti hidup kau akan berkurangan …
4 – Cardiac pressure
Bila paru paru kau pun dah tertolak ke atas , Maka paru paru kau tadi mula mencengkam Jantung . Jatung kau pula yang stress , Dah lah nak kena pam darah lagi , Tapi dok kena himpit pulak dengan paru paru ..
Aku sumbat hang 10 orang dalam kereta 5 Seater .. Nak tak ?
Lepas tu , Aku ulang berkali kali ?
Hangpa nak ?
DARAH BEKU
Bila ruangan dalam abdomen makin sempit , Secara logik nya salur darah yang kecil semuanya akan tersekat , Sekatan laluan itu akan menyebabkan Darah anda muka bergumpal , Dan mudah menjadi thrombus …
Bayangkan kalau darah beku tadi , tersekat di salur darah paru paru? Pastinya mengundang
PULMONARY EMBOLISM
Keadaan ini adalah Emergency, aku berani potong jari , 100% pesakit yang kena pulmonary embolism , 60-70% yang akan menempah keranda untuk dikebumikan.
Hanya kerana nak nampak kemas ? Nak simpan selit lemak tu ?
Kau pakai bengkung tu pun aku tengok dah macam nak sesak nafas ..
Jangan temberanh bila kau cakap benda tu selesa … Increase intrabdominal pressure .. Takkan penah selesa….
Belum lagi suami kau tunggu kau bersiap … Macam macam kau sarung satu badan , Selit selit lemak lagi ..
By the time kau siap , Suami kau dah kejung dekat luar tu. Nak nampak kemas katanya. Tapi banyak keburukan yang mengundang pada badan kau sendiri.
Kenapa perlu beri tekanan yang tak perlu pada ruang dalam abdomen ?
Mereka perlukan ruang untuk bekerja.
Perut, Diaphragma , Usus , Paru paru … Ginjal , Hati dan sebagainya ..
Tuhan dah cipta kan ruang untuk organ organ ni bekerja,
Tapi kau sempitkan ruang mereka dek kerana kau nak sorok lemak lemak yang berlebihan like …. seriously ??
Aku malas nak komen pasal excercise dan pemakanan . Topik ni boring
Semua orang tahu .. Tapi semua cari alternatif lain untuk nampak lebih kurus atau ramping dengan cara yang lebih mudah dan pantas.
Sanggup belanja duit gaji beratus ratus untuk alat kelengkapan bengkung belum lagi dengan Seluar Shaping , Baju Panas , Teh detox , Pil kurus .. Losyen panas lagi …
Hanya kerana kau mahu kelihatan lebih anggun dan menawan.
Kalau kau tengok pada gambar ni ,
Kau balut tengah tu elok dah ,
Tapi dia degil , Dia dok keluaq ikut ataih dengan bawah ..
Sebab apa ?
Sebab lemak kau pun perlukan ruang mereka sendiri …
Hang rasa hang boleh kawal susunan lemak tu ke?
Jadi lah pengguna yang bijak, dari kau memudaratkan diri , Dengan membazir lagi beli benda benda yang memberi harapan palsu ..
Baik kau simpan duit tu utk masa depan kau atau anak anak kau …
Share & Tag lah .. Supaya ramai yang buka mata …
Sekali dua pakai, Boleh tahan lagi. Tapi kalau kerap ?
Kau rasa organ kau dalam tu tak “ tercekik” Mintak nyawa ke ?
Mereka pun sel-sel hidup juga. Sama seperti korang semua yang perlukan ruang dalam hidup .
Kecantikan tu sementara..TAPI ..
ORGAN DALAMAN NAK PAKAI LAMA
Aku bukan saja nak membebel. Aku bebel ni sebab aku sayang lah hangpa ni semua. Bukan lah aku nak jatuhkan perniagaan orang.
Tapi kesan masa jangka panjang tu siapa nak tanggung. Nanti semua salah doktor.
Salah diri sendiri tak perasan pulak. Betul lah kata orang “ Beauty is pain “. Memang pain pun.
Yang jual bengkung tu pun hari hari dok bergasak dalam Gym
Duit pun masuk macam air. Tapi kau ???
Kadang kadang aku tengok, bengkung tu sampai dah longgar, dah tak ada elastik.. Tapi tuan punya badan dok macamtu jugak.