“Terkeluar Dari Rahim” Ibu Hamil Dihempap Lori Lahirkan Bayi Pramatang

Share

Bayi ajaib! Ya itu yang boleh dikatakan kepada seorang bayi perempuan yang dilahirkan ibunya ketika nazak dalam satu kemalangan.

Kejadian yang berlaku di Uttar Pradesh, India itu melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun meninggal dunia dihempap sebuah lori.

Menerusi laporan Daily Star, kelahiran bayi terbabit dianggap sebagai satu keajaiban selepas dia dikatakan ‘terkeluar’ dari rahim ibunya ketika kemalangan ngeri itu berlaku.

Meskipun dilahirkan pramatang, namun doktor mengesahkan bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan hanya memerlukan rawatan neonatal.

Menurut pihak polis di Narkhi, kemalangan maut itu melibatkan seorang wanita yang pada ketika itu sedang menunggang basikal bersama suaminya untuk ke rumah ibu bapanya.

Dalam pada itu, saksi di tempat kejadian mendakwa bahawa suami mangsa cuba untuk mengelak dari sebuah kereta yang menuju ke arah bertentangan, namun hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang dipandu laju.

Lebih memilukan lagi apabila mangsa telah dihempap oleh lori berkenaan dan melahirkan bayi ajaib ketika sedang nazak di tempat kemalangan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pediatrik di Kolej Perubatan Firozabad, Dr LK Gupta mengatakan bahawa bayi terbabit tidak berada dalam keadaan bahaya kerana dia dilahirkan pramatang serta kelihatan sedikit kecil.

Tali pusatnya mengalami sedikit masalah dan terdapat kecederaan kecil pada pusatnya disebabkan kemalangan itu. Dia hanya memerlukan rawatan perubatan.

Ujarnya, melihat kepada foto kemalangan, sebahagian besar badan si ibu telah dihempap, jadi memang satu keajaiban bila bayi itu selamat.

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa