Kehamilan

Terkesan Dengan Berita Keguguran Isteri John Legend, Puteri Sarah Kongsi Pengalaman Hamil Luar Rahim & Alami Keguguran

Share

Baru-baru ini isteri kepada penyanyi terkenal John Legend, Chrissy Teigen mengalami keguguran selepas dimasukkan ke hospital akibat pendarahan teruk.

Ekoran daripada itu, pelakon Puteri Sarah bagaikan terpanggil untuk berkongsi pengalaman mengalami keguguran dan mengandung di luar rahim ketika awal perkahwinannya dahulu.

Menurut Puteri Sarah, 34, dia terpaksa menjalani pembedahan ketika itu bagi menyelamatkan nyawanya daripada terkorban.

“Menyayat hati. Satu benda yang harus diketahui. Sarah pernah keguguran dulu sebelum mengandungkan anak pertama Syaikhul, masa itu tahun 2014.

Ectopic pregnancy (kehamilan luar rahim), lagi menakutkan..sakit perut teruk nak pengsan dan nasib baik masa itu cepat pergi hospital.

“Apabila kena Ectopic pregnancy tak bedah cepat-cepat ibu boleh meninggal ya,” tulisnya menerusi Instagram Stories pada Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian tersebut, Puteri Sarah turut memuat naik posting isteri penyanyi John Legend, Chrissy Teigen yang baru sahaja mengalami keguguran, baru-baru ini.

Baca: “Mommy & Ayah Sayang Kamu Hingga Ke Syurga,” Dua Majlis Sambutan Harijadi Pertama Rayyan. Elfira Loy Luah Rasa Gembira!

Tambah pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini, kejadian tersebut terjadi pada awal perkahwinannya bersama pelakon dan pengarah Syamsul Yusof.

“Dah la masa tu baru empat bulan berkahwin, masa kena itu banyak pendarahan dalaman.

“Kalau tak cepat-cepat, dah meninggal kut. Allah masih bagi peluang untuk hidup dan lahirkan Shaikhul dan Sumayyah, bersyukur masih hidup!” tulisnya lagi.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

Sumber: Gempak & IG Puteri Sarah

Baca: Nak Anak Rapat, Dengar Cakap Mak Ayah Senang Je, Ikut Cara Terapis Ni Buat Boleh Cipta Emosi Positif Anak!

EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA

Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.

Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Published by
SAHR