Berita baik untuk dikongsikan keadaan kesihatan Maryam Al Lubna, Maryam Al Khawla dan Maryam Al Arwaa kini semakin menunjukkan peningkatan yang sangat positif.
Mereka bertiga yang lahir pramatang pada minggu ke-31 masih berada dalam penjagaan rapi di Hospital Melaka, namun alhamdulillah, perkembangan terkini menunjukkan mereka semakin kuat, semakin bertenaga dan harapan untuk sembuh semakin tinggi.
Beberapa hari kebelakangan ini, pihak keluarga berkongsi bahawa ketiga-tiga Maryams kini “menunjukkan perubahan positif” selepas melalui detik mencemaskan di NICU/SCN.
Walaupun perjalanan bayi pramatang penuh cabaran dengan pemantauan rapi dan risiko komplikasi namun semangat juang mereka serta doa yang tidak putus-putus daripada keluarga dan masyarakat amat membantu.
Perkongsian terkini daripada Mohd Fikru Amry, bapa kepada Maryams, benar-benar menyentuh hati:
“Alhamdulillah hari ni mummy dapat jumpa Maryams.
Al Arwaa kuning semula, jadi tidur dengan tenang bawah phototherapy.
Mummy sampai je dia senyum, genggam erat jari mummy masa mummy baca doa.
Ads
Al Lubna pun tidur, nampak stabil, bersih je. Bibir pun tak kering macam kali terakhir mummy jumpa.
Genggam je jari mummy — cembeng, suka nau cembeng. Sedih kot duduk dalam incubator lagi.
Al Khawla pula duduk dalam isolation room. Kesian baby mummy duduk sorang-sorang dalam bilik.
Masa mummy datang, Khawla pun tidur. Khawla genggam jari mummy erat walau tidur.
Khawla masih puasa.
Ads
Bidadari besi mummy kuatkan! Fighting la la la!
Alhamdulillah seronoknya mummy dapat jumpa Maryams. Doakan mummy cepat recover supaya boleh selalu jumpa baby mummy.”
Sebagai penggemar kisah inspirasi dan kekuatan keluarga, inilah masanya kita sama-sama mendoakan agar si kecil Maryams terus kuat menghadapi fasa pemulihan.
Ads
Semoga setiap hari membawa kemajuan baharu, tiada lagi halangan besar, dan mereka bertiga akhirnya keluar dari hospital dengan sihat sempurna. Aminn ya rabbal alamin.
Lebih daripada itu, kisah mereka mengingatkan kita bahawa di sebalik ujian, ada harapan.
Setiap degupan jantung kecil itu, setiap hela nafas yang dihirup semuanya satu anugerah.
Buat ibu bapa mereka, ketahuilah anda tidak sendirian.
Dan buat semua yang terus mendoakan, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keajaiban ini.
Semoga berita ini membawa sedikit kelegaan dan sinar dalam hari-hari anda.
Ingatlah setiap hari adalah progres. Walau kecil, ia tetap satu kemajuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mayat suri rumah yang dihanyutkan arus deras di Sungai Triang sejak tiga hari lalu akhirnya ditemukan pagi ini. Mayat Sakirah Akob, 31 ditemukan dalam keadaan terapung tertiarap oleh orang awam berhampiran sungai itu pada jam 8.12 pagi semalam.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu dikatakan pada awalnya berada di dalam kereta bersama anaknya sementara menantikan suaminya memancing.
Kereta berkenaan bagaimanapun secara tiba-tiba bergerak ke hadapan dan terjatuh ke dalam sungai, namun Abdul Wahid sempat menyelamatkan anak mereka yang berada dalam kereta.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dengan jarak pencarian dijalankan oleh sepasukan 11 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Bukit Angin.
Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) dari Balai Bomba Bukit Angin Temerloh turut membantu melakukan selaman di lokasi kejadian pada kedalaman kira-kira enam meter.
Pada 10 Jun (Selasa), Perodua Bezza yang terjatuh ke dalam sungai ditarik keluar dari dasar sungai kira-kira jam 12.30 tengah hari namun mayat Sakirah tidak ditemui sehingga akhirnya dijumpai tertiarap.
Kehilangan Sakirah merupakan ujian berat buat suaminya, Abdul Wahid yang merupakan seorang anggota tentera. Malah bapa kepada Aleesyah, mengakui trauma untuk kembali melakukan aktiviti memancing kesukaannya.
Katanya lagi insiden yang tidak dijangka itu menjadi pengajaran besar buat dirinya.
“Saya ingin menasihatkan kepada orang lain supaya tidak meletakkan kenderaan di tepi sungai kerana bencana, bahaya tidak kira masa,” jelasnya.
Apa yang lebih memilukan, anak yang masih tidak mengerti itu seakan-akan tercari-cari ibunya.
“Aleesyah masih tercari-cari ‘mummynya. Dia dalam keadaan sihat cuma dia tidak mahu dengan orang lain kecuali saya buat masa ini.
“Saya akan memenuhi harapan arwah untuk membesarkan anak sebaik mungkin, agar menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara,” tambahnya kesal.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun sehingga menyebabkan kematian pada Rabu.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada Hospital Kajang mengenai kejadian tersebut pada jam 1.11 pagi.
“Pasangan itu membawa mangsa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di zon merah wad kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut Naazron, hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 12.30 tengah hari mendapati terdapat banyak kesan kecederaan lama dan baru pada tubuh mangsa, dipercayai akibat penderaan.
“Punca kematian disebabkan kecederaan di perut akibat objek tumpul,” ujarnya.
Beliau berkata, ibu bapa mangsa berusia 38 dan 40-an ditahan polis bagi membantu siasatan.
“Kedua-dua suspek itu telah ditahan direman selama enam hari sehingga 4 Februari bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Asisten Superintenden Nur Ayuni Abd Aziz di talian 016-2080717,” katanya
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pinggan viral cantik dan bercorak abstrak sememangnya menjadi trend semasa bagi semua ibu-ibu kini. Dengan rekaan coraknya yang cantik, abstrak sekata malah penggunaan warna yang cantik seperti hitam putih juga biru seakan menjadi satu tarikan untuk dijadikan koleksi.
Namun apa yang anda perlu ketahui, penggunaan pinggan cantik dan trend ini sebenarnya kurang baik untuk kita. Bukan itu sahaja malah menurut Public Health Malaysia juga, penggunaan pinggan ini amat tidak wajar digunakan, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak dan ibu hamil. Sebaiknya elakkan!
Adalah lebih baik golongan berisiko ini menggunakan pinggan putih sahaja tanpa sebarang corak. Ini yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia!
Pinggan mangkuk dengan corak berwarna warni dan terang memang cukup menarik. Namun berhati hati, kerana ia mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.
Bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni.
Antara ciri ciri pinggan mangkuk yang mungkin mengandungi plumbum adalah:
Pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat. Pinggan dengan corak yang dilukis dan menarik. Permukaan pinggan yang tidak rata, anda dapat rasa corak yang dilukis dengan tangan. Pengilang yang tidak diketahui (bukan jenama yang diketahui). Pinggan dengan pelbagai bentuk.
Pinggan yang selamat adalah:
Pinggan berwarna putih tanpa corak. Corak pinggan di bawah atau luar pinggan.
Sebaik baiknya, elakkan mengguna pinggan seperti ini, tetapi jika anda masih ingin menggunakannya:
– Elakkan meletakkan makanan panas. – Jangan panaskan atau masuk ke dalam ketuhar atau microwave. – Jangan simpan makanan terlalu lama. – Jangan letak makanan berasid seperti tomato, limau, teh, kopi dan jus buah. – Elakkan basuh dengan sabun, menyental permukaan pinggan dengan dawai kerana ia akan merosakkan permukaan dan menyebabkan bahan plumbum lebih mudah bocor. – Jangan hidangkan untuk kanak kanak dan warga hamil.
Perkembangan Anak Terbantut
Risiko terbesar pastinya apabila terdedah kepada kebocoran logam berat iaitu plumbum yang dikhuatiri terjadi selepas adanya pemakanan makanan mahupun jenis makanan itu sendiri seperti makanan berasid dan sebagainya. Jadi elakkan.
Bukan itu sahaja malah kebocoran plumbum dan pendedahan plumbum ini akan membuatkan:
* Perkembangan anak terbantut. * Anak-anak yang mengalami masalah dalam pembelajaran. * IQ kanak-kanak menjadi rendah.
Jadi sebaiknya elakkan penggunaan pinggan viral ini dalam kegunaan harian. Ia selamat untuk hiasan tetapi bukan untuk kegunaan harian!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya tinggal tiga bulan lagi sebelum menyambut kelahiran anak ketiga, namun takdir Tuhan mendahului segalanya.
Seorang suami, tempat isteri berpaut dan pelindung dua anak kecil,...