
Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan siasatan kes Allahyarham adik Zara Qairina Mahathir, terkini Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) serta semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.
Menurut KPM, keputusan itu diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

“KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksana secara menyeluruh, teliti dan tuntas.
“Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut adalah keutamaan KPM pada masa ini.” kata kenyataan itu.
KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga serta semua pihak terbabit.

Terdahulu Allahyarham adik Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai selepas dimasukkan ke hospital selepas dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar pada 4 pagi, 16 Julai.
Jumaat lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan kubur Zara perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.
Berikutan itu, pada 9 Ogos, kubur remaja berkenaan digali semula dari Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, dan jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat sebelum selamat dikebumikan semula awal pagi Ahad di tanah perkuburan sama.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Kasih Sayang Yang Tidak Boleh Dijual Beli..” Johan Dan Isteri Buat Kejutan Hari Jadi Putera Sulung, Netizen Turut Sebak

Cinta pertama ibu dan ayah adalah anak sulung. Setuju tak? Baru-baru ini Johan dan isterinya terbang ke Ireland untuk membuat kejutan hari lahir putera sulungnya. Bagi yang belum tahu, anak sulung Johan dan Ozlynn kini telah melanjutkan pelajaran di Dublin Ireland dalam bidang perubatan dan kesihatan.
Sebelum ini Ozlynn telah berkongsi posting pesanan dan mendoakan buat anaknya Ariq sebelum berlepas ke Dublin.
“Abang Ariq, papa dan mama sayang kamu. Jadilah anak yang sentiasa mengutamakan akhirat. Doa papa dan mama tak kan pernah henti selagi bernyawa. We love you Ariq Hanania,” Tulis Ozlynn di ruangan kapsyen foto.

Sementara itu dari perkongsian video kejutan hari lahir buat Ariq di Instagram mereka, ramai rakan selebriti dan wargamaya terharu dan mendoakan mereka. Hasil didikan Ozlynn dan Johan sentiasa mendapat pujian dari orang ramai.
Antara komen yang ditinggalkan:

Johan dan Ozlynn dikurniakan 3 anak perempuan dan 3 anak lelaki melalui perkongsian hidup mereka berdua.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim Covid-19 Tengah Menular Digalakkan Guna Hand Sanitizer. Menteri Agama Terangkan Hukum Pakai Pencuci Tangan Beralkohol Ketika Solat

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pendemik sekaligus menegaskan penularan dan keadaan wabak itu yang teruk dan sangat membimbangkan.
Pandemik bermaksud wabak penyakit yang tersebar begitu meluas merentasi sempadan malah hingga ke seluruh dunia. Sehingga ke hari ini lebih 118,000 orang di 114 negara telah dijangkiti Covid-19 dan telah meragut 4,291 nyawa, malah angka tersebut dijangka terus meningkat.

Justeru itu, dalam mengurangkan risiko jangkitan virus tersebut, langkah-langkah pencegahan amatlah disarankan kepada orang ramai. Salah satunya adalah dengan kerap mencuci tangan sama ada menggunakan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.
Tapi mungkin ada yang tertanya-tanya apakah boleh menggunakan hand sanitizer yang beralkohol semasa melalukakn solat. Apakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya.
Ketahui penerangan yang terperinci oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri merangkap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tentang persoalan ini.
Hukum Gunakan Hand Sanitizer Beralkohol Ketika Solat.
Soalan
Assalamualaikum Dato. Terdapat masjid yang meletakkan pencuci tangan pada pintu masjid. Jadi, bolehkah menggunakan hand sanitizer ketika melakukan solat adalakah ia dikira najis disebabkan ada alkohol di dalamnya. Mohon pencerahan Dato. Terima kasih
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Dalam melakukan ibadah solat, di antara syarat sah solat yang wajib dipatuhi adalah menghilangkan najis yang terdapat pada badan dan pakaian. Persoalan pada kali ini adalah untuk menjelaskan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) ketika hendak melakukan solat. Justeru sebaiknya kita membahaskan tentang apa yang terdapat pada kandungan dan bahan yang digunakan di dalam hand sanitizer (Pencuci tangan) itu sendiri.
Hand Sanitizer (Pencuci Tangan)
Penggunaan sanitizer adalah bertujuan untuk membunuh bakteria yang terdapat pada permukaan kulit. Ia juga merupakan bahan yang efektif dalam membunuh kuman dan bakteria berbanding mencuci tangan menggunakan air dan sabun.
Menurut garis panduan daripada Food and Drug Administration (FDA) setiap kandungan produk hand sanitizer yang dipasarkan mestilah mengandungi ethyl alcohol (ethanol), isopropyl alcohol (isopropanol) atau benzalkonium klorida sebagai bahan utama.[1]
Selain itu, terdapat juga hand sanitizer yang menggunakan bahan selain daripada alcohol untuk membunuh mikroorganisma dan bakteria seperti povidone-iodine atau triclosan.
Sukatan yang digunakan mengikut jenis bahan yang diletakkan di dalam hand sanitize (Pencuci Tangan). Mengikut World Health Organization (WHO) menetapkan garis panduan dengan menyatakan bahan kimia yang digunakan di dalam 10liter hand sanitizer mestilah mengandungi 8333ml daripada 96% ethanol, 417 daripada 3% hydrogen peroxide dan145 daripada 98% glycerol atau 7515ml daripada 99.8% isopropyl alcohol, 417ml daripada 3% hydrogen peroxide dan 145% daripada 98% glycerol. [2]
Hukum Penggunaan Alkohol
Menuru jumhur ulama alkohol merupakan najis kerana ia termasuk di dalam cecair yang memabukkan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/183-184). Ini seperti hadis yang diriwayat oleh Ibnu Umar RA, sabda Nabi SAW:
كُلَّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَأَنَّ كُلَّ خَمْرٍ حَرَامٌ
Maksudnya: “Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram.”
Riwayat Muslim (2003)
Selain itu, Prof. Dr Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari menyebut di dalam kitabnya menyatakan para ulama berselisih pandangan tentang sama ada arak najis atau tidak. Pada dasarnya, ulama bersepakat tentang arak adalah najis, tetapi mereka berselisih tentang sifat kenajisannya. Segolongan ulama berpendapat arak merupakan najis dari segi ainnya. Manakala menurut pendapat yang lain arak tidak najis dari segi ainnya. Sebaliknya najis dari segi maknawi iaitu tidak boleh diminum kerana ia merupakan sesuatu yang kotor sperti dadah dan seumpanya. (Lihat Isu-isu Fiqh Halal & Haram Semasa, hlm. 598)
Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2005 (ms. 74) juga menyatakan: “Alkohol sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun. Adapun barangan kosmetik yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis. Dengan ini juga, sah sembahyang seseorang yang memakai baju yang telah disembut dengan minyak wangi yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.”
Selain itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alcohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
- Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
- Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
- Tapai halal dimakan.
- Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
- Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Begitu juga boleh rujuk artikel di laman web PMWP yang bertajuk IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-185: MENGGUNAKAN ALCOHOL SWAB DAN MINYAK WANGI BERALKOHOL untuk maklumat lebih lanjut.

Kesimpulan
Kemunculan penularan virus Covid-19 telah melanda negara kita, oleh itu perlaksanaan menjaga kebersihan merupakan faktor utama bagi mengurangkan risiko dalam jangkitan virus ini. Justeru, timbul persoalan berkenaan dengan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) semasa melakukan solat adakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya
Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan pendapat ulama yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa hand sanitizer (pencuci tangan) adalah tidak najis dan boleh digunakannya ketika hendak melakukan sembahyang serta tidak dikira menanggung najis. Ini jelas seperti yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan iaitu Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.
sumber: Muftiwp
[1] https://www.livescience.com/hand-sanitizer.html
[2] https://en.wikipedia.org/wiki/Hand_sanitizer#cite_ref-Boyce2002_5-9
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita Ini Kongsi Momen Keluarga & Kawan Dapat Tahu Dirinya Hamil. Auto Menangis!

Besarlah harapan apabila sesebuah pasangan mendirikan rumah tangga untuk mendapatkan zuriat sendiri. Ada yang rezekinya dipermudahkan untuk hamil, tidak kurang juga yang terpaksa berdepan pelbagai cabaran untuk mengandung. Bukan mudah untuk melaluinya tetapi dengan sokongan orang sekeliling pasti memberi kekuatan.
Sebuah video dikongsikan melalui akaun TikTok atkhadlh yang menunjukkan dirinya membuat ujian kehamilan dan positif. Ketika berkongsi berita gembira dengan suami, mereka berdua terdiam lalu sama-sama mengalirkan air mata.
Baca Juga:
“Bila Mengidam Pegang Memerang.” Pekerja Zoo Penuhi Permintaan Ibu Mengandung
Wanita Hamil Menangis Teringin Roti Buaya, Ibu Mentua Usaha Buatkan. Seronok Bila Dapat!
Auto Sebak Tengok Reaksi Pakcik Ni Bila Tahu Anaknya Mengandung. Sedih!

Menerusi video ini juga dapat dilihat reaksi ahli keluarga serta teman rapat pasangan ini. Semua terkejut tetapi masing-masing jelas menunjukkan rasa gembira dan teruja mereka sehingga ada yang menangis.
Saksikan video yang menyentuh perasaan ini;
@atkhadlh “Tuhan telah menjawab doaku Kau hadir menyejukkan hatiku Kau anugerah yang terindah Di hidupku” For keeps. Alhamdulillah ‘alaa kuli haal 🤍 #fyp #fypsg #pregnant #alhamdulillah ♬ Buah Hati – Armada
Antara komen yang ditinggalkan warganet;






Video yang dikongsikan sebenarnya sebagai throwback semasa dirinya di awal kehamilan. Tiga hari lepas, bakal ibu ini telah berkongsi sebuah video ‘Gender Reveal’ yang menyaksikan dirinya dan suami bakal menimang cahaya mata perempuan.

Melalui kapsyen di video tersebut, dia berkongsi yang kini kehamilan hanya tinggal satu minggu lagi untuk mencecah enam bulan. Pasangan ini telah berkahwin selama satu tahun lebih ketika dia disahkan mengandung.
Saksikan video ini;
@atkhadlh MashaAllah Tabarakallah, the response we got for our previous video was so amazing. I saw many women that are TTC and ya Allah, baik baik doa semua untuk kami. Ya Allah, semoga Engkau makbulkan doa mereka untuk mendapatkan zuriat. Just to share that we have been married for 1yr 11 months and we got to know that I’m pregnant when we were married for 1yr 6 months. Walaupun rasa seperti masih baru lagi berkahwin, kami tidak pernah merancang. Kami inginkan zuriat dari mula lagi. But it open up my eyes to see how many women have been trying for years and years and ya Allah… semoga Allah membalas kesabaran yang sangat tinggi ini. I would like to share our surprise gender reveal that was organized by my dear family last weekend. I am now 1 week away from entering the 6th month of pregnancy. Semoga Allah permudahkan semua urusan. Ameen. 🤍 #fyp #fypsg #pregnancy #alhamdulillah ♬ a thousand years (lullaby) – christina perri
“MashaAllah Tabarakallah, the response we got for our previous video was so amazing. I saw many women that are TTC and ya Allah, baik baik doa semua untuk kami. Ya Allah, semoga Engkau makbulkan doa mereka untuk mendapatkan zuriat. Just to share that we have been married for 1yr 11 months and we got to know that I’m pregnant when we were married for 1yr 6 months. Walaupun rasa seperti masih baru lagi berkahwin, kami tidak pernah merancang. Kami inginkan zuriat dari mula lagi. But it open up my eyes to see how many women have been trying for years and years and ya Allah… semoga Allah membalas kesabaran yang sangat tinggi ini. I would like to share our surprise gender reveal that was organized by my dear family last weekend. I am now 1 week away from entering the 6th month of pregnancy. Semoga Allah permudahkan semua urusan. Ameen.”
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


