Biasanya ibu pertama kali mengandung mereka masih dalam fasa nak belajar sesuatu yang baru. Mungkin apa yang kita buat sebelum mengandung terpaksa dihadkan.

Bagi sesetengah wanita, apabila disahkan mengandung ada yang langsung tak boleh buat kerja berat, kena rehat yang cukup ataupun alahan hingga hampir bersalin. Namun ada bakal ibu yang rezekinya langsung tiada alahan dan kuat seperti sebelum mengandung.

Dalam hal ini kita tak boleh nak bandingkan setiap orang tak sama. Perkongsian dari Fizah Sobri mengenai pengalamannya bersalin anak pramatang dua tahun lalu kerana terlalu aktif waktu hamil boleh dijadikan pengajaran bersama.

Pengajaran untuk mak-mak mengandung. Terutama yang pertama kali mengandung.

  1. Jangan terlalu gagah memandu. Tak kira manual atau auto
  2. Jangan rajin sangat kemas rumah kalau tak larat . Biarkan je dulu, buat sikit-sikit
  3. Kalau tak larat masak jangan paksa diri. Suami pun boleh tolong atau beli yang siap masak.
  4. Bakal-bakal ayah jangan anggap isteri kita kuat. Walaupun sebelum itu seorang yang aktif.

Pengalaman yang cukup terkesan.
Satu masa dulu boleh kata saya agak aktif. Lepas kahwin pernah gugur sekali sebab berlari turun tangga tingkat 4. Gagah kan!

Lepas 6 bulan, Alhamdulillah, mengandung lagi. Teruja. Turun tangga naik tangga perlahan. Setengah jam kalau nak turun atau naik tangga.

Masa ni belajar PJJ secara part time di UTHM. Gagah jugak! Hujung minggu bawa kereta ulang alik pergi kelas. Kulai-Batu Pahat. Masa ni hamil dalam 11 minggu. Waktu ini rasa dah kuar tapi akhirnya berlaku juga pendarahan masa kat kelas. Suami nak tak nak kena datang ambil.

Esoknya kena masuk wad. Jalan dah terbuka. Sedihnya Allah yang tahu kerana doktor cakap mungkin akan berlaku keguguran. Esoknya periksa semula laluan dah tertutup. Masa tu rasa syukur dan gembira sangat.

Akhirnya dapat juga jalani kehidupana sebagai ibu mengandung secara normal. Tak mahu ambil risiko saya tangguhkan semester belajar sebab tak boleh bawa kereta jauh.

Bayi kecil darui usia kandungan

Masa kandungan 29 minggu, rasa teruja nak tau bayi lelaki atau perempuan. Waktu tu mula la episod yang tak dijangka mungkin kesan dari pendarahan di awal kandungan.

Bila scan, baby kecil. Doktor pelik. Betul ke 29w? Tapi saya rasa memang betul. Rujuk klinik kesihatan yang selalu buat pemeriksaan.

Follow up seminggu, bayi memang kecil dari usia kandungan. Terus rujuk ke hospital. Ingat untuk refer je sekali terus kena tahan wad.

Uri tak lekat betul kat dinding rahim. 2 minggu kena tahan wad.

32 minggu bila scan aliran darah terbalik . Terus kena emergency czer. 17-june-17. Baby boy. 800g. 2.40pm

Anak saya besar tapak tangan, saya macam berkira-kira. Boleh ke si kecil ni survive? Lama saya kumpul kekuatan. Sampai jumpa satu kumpulan yang sangat membantu-Baby Premature Malaysia – NICU.

Perjalanan untuk Adam Muhammad Hadi Bin Mohamad Hanis waktu itu penuh cabarannya. Tujuh bulan berada dalam wad dan langsung tak balik rumah.
Boy
800g
32w 2d
17-6-2017
Adam Muhammad Hadi bin Mohamad Hanis

Nicu 51days. 2bulan scn a3. Naik semula nicu semingg sbb rsv virus. Turun scn sebulan . Berat drop . Transfer scn a3 . Smpai genap umur 7bulan,discharged. Tujuh bulan berada dalam wad. Maksudnya 7 bulan anak tak balik rumah langsung.
Dan akhirnyaaa . He’s back walaupun dengan oksigen. 2minggu kat rumah waktu tu banyak perubahan positif.

Last but not least. Jagalah kandungan anda.

Sumber: Fizah Sobri

 

 

Tinggalkan Komen