Pernah lihat anak berumur 4-6 tahun yang menjerit-jerit mahukan sesuatu? Tidak mahu mengendahkan arahan dan pesanan ibubapanya? Tetap mahu dibuat dengan mengikut kehendak dan kemahuannya sendiri? Mahukah anda tahu kenapa jadi begini?
PENTINGNYA MERANGSANG OTAK ANAK-ANAK
Seorang anak kecil itu meningkat saiz otaknya sehingga 90% saiz otak orang dewasa dalam usia 0 hingga 6 tahun. Jika saiz otak meningkat, begitu juga kebolehan otak.
Maka bila otak anak tidak dilatih untuk berfikir, maka anak itu tidak akan meningkat kemahirannya berfikir.
Tapi bukan itu sahaja, kerana otak ini juga mengawal perasaan iaitu bahagian otak tengah, maka jika otak anak tidak dirangsang pada usia 0-6 tahun, itulah yang menyebabkan anak kecil itu tidak bijak mengawal perasaannya bila usianya sudah sepatutnya boleh mengawal perasaan.
Itulah antara yang menyebabkan anak itu suka mengamuk dan tidak memikirkan perasaan orang lain.
MAKA, BAGAIMANA UNTUK MERANGSANG OTAK ANAK-ANAK KECIL?
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan.
Jawapan singkatnya ialah pastikan apa yang kita buat melibatkan penglihatan, pendengaran, pergerakan dan yang penting membolehkan anak-anak itu berfikir.
ELAKKAN
Mendedahkan anak-anak kepada TV dan ipad terlalu lama tidak membantu merangsangkan anak-anak berfikir kerana jika terlalu lama sehingga berjam-jam, penglibatan anak-anak adalah pasif. Kepasifan ini menyebabkan otak anak kurang aktif.
Sebenarnya, tak susah sangat melayari alam keibubapaan kalau kita faham perkembangan psikologinya, keperluannya, apa yang sepatutnya kita tahu pada sesuatu fasa dan sebagainya.
Sumber: Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Yang Banyak Bercakap Lebih Tajam Memorinya! Ibu Ayah Banyakkan Tanya Soalan Pada Anak
Bagi kebanyakan kanak-kanak, memori biasanya bermula dengan peristiwa peribadi tertentu seperti kelahiran adik -beradik yang lebih muda atau percutian istimewa. Sebagai ibu bapa, kita pastinya berharap anak-anak mendapat pelbagai pengalaman positif semasa alam kanak-kanak mereka.
Usia memori
Kebanyakan daripada kita tidak boleh mengingat sebarang kejadian yang berlaku sebelum ulang tahun ketiga atau keempat kita. Dan, kadangkala, kita hanya mampu untuk mengingat beberapa kenangan atau memori sekali-sekala. Meskipun kanak-kanak boleh dan mampu membentuk memori pada usia muda, namun ia akan pudar dari semasa ke semasa. Memori-memori ini akan digantikan dengan memori ‘pertama’ yang lebih baru sehinggalah kanak-kanak itu berusia antara umur 7 dan 10 tahun. Pada ketika ini, memori awal mula terbentuk. Pakar merujuk kepada kitaran mengingat dan memadam ini sebagai amnesia di alam kanak-kanak. Kejadian amnesia kanak-kanak ini adalah normal sepenuhnya dan cenderung mempunyai kesan sampingan pada perkembangan tipikal otak yang kanak-kanak alami.
Pakar juga percaya bahawa bayi tidak mempunyai binaan saraf canggih yang diperlukan untuk membentuk dan menahan pembentukan memori yang lebih kompleks. Otak bayi dan anak kecil seolah-olah seperti kolander dengan lubang besar yang cuba untuk mengekalkan cebisan-cebisan kecil memori. Skil bahasa yang lebih banyak boleh membantu kanak-kanak menghuraikan ingatan mereka dengan lebih baik, seterusnya terpahat dalam fikiran mereka.
Bila kanak-kanak mula mengingat sesuatu perkara?
Meskipun baru masuk dua bulan pertama, bayi akan mengenali wajah dan suara yang biasa mereka lihat/ dengar setiap hari. Bayi baru lahir boleh mengenal suara ibu mereka semasa lahir. Bayi yang menyusu badan pula mampu mengenali bau ibu kereka selepas usia seminggu. Jenis pengenalan ini adalah petunjuk pertama memori, walaupun ia berbeza daripada mengingat perincian episod yang berlaku.
Pengenalan memori bayi – kemampuan untuk mengenal individu dan objek yang mereka pernah lihat sebelumnya selepas beberapa waktu – akan semakin meningkat semasa tahun pertama mereka.
Menjelang 9 bulan, bayi boleh mengingat maklumat dengan lebih spesifik seperti di mana letaknya mainan mereka di rumah. Bayi juga boleh meniru perbuatan yang mereka lihat seminggu sebelumnya. Kemahiran ini menunjukkan bahawa kanak-kanak pada usia ini boleh mengingat semula memori. Ini adalah kemampuan untuk mengingat beberapa perincian pada pengalaman tertentu untuk jangka pendek, meskipun mereka tidak mampu untuk mengingat keseluruhan pengalaman. Memori untuk peristiwa tertentu tidak akan berkembang sehinggalah bayi berusia antara 14 dan 18 tahun.
Pengaruh memori kanak-kanak
Perbualan adalah salah satu cara bagaimana ibu bapa boleh memberikan impak yang besar pada memori kanak-kanak, dan bagaimana mereka boleh menyokong perkembangan anak dengan lebih awal dan menguatkan memori. Pakar memberitahu bahawa kanak-kanak yang bercakap lebih kerap mengenai diri mereka mempunyai lebih peluang untuk menajamkan ingatan memori mereka.
Sebagai ibu bapa, anda boleh bertanyakan bayi anda beberapa soalan terbuka untuk mereka menghuraikan pengalaman peribadi seperti, “Cerita lagi pada ibu,” dan “Apa jadi selepas itu?” Ini akan menyediakan anak anda peluang untuk lebih faham akan perasan dan konsep yang berkait dengan peristiwa, seterusnya meningkatkan kebarangkalian untuk mereka mengingatinya. Diharapkan bahawa aktiviti ini boleh meningkatkan peluang memori pertama mereka sebagai perkara yang menyeronokkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Berkira Belikan Anak Mainan, Tak Kisah Walau Pun Semurah RM1. Undang Rahmat & Keberkatan
Buah tangan walau pun semurah RM1 diberi kepada anak boleh buat mereka gembira. Murah mahal tak menjadi ukuran buat mereka yang masih kecil dan naif. Kegembiraan jiwa kecil ini secara tidak langsung mengundang rahmat dan kebaikan kepada kehidupan.
Perkongsian Encik Mohamad Fadzil ini mengubah persepsi sesetengah ibu bapa yang beranggapan membelikan si manja mainan dengan kerap boleh menyusahkan. Ia malah membuatkan anak-anak jadi obses kepada mainan.
Apa yang dikongsikan beliau ini diharapkan boleh memberikan paradigma hubungan antara bapa dan anak. Dengan bermodalkan duit membeli mainan yang murah untuk menggembirakan anak anda sebenarnya mengundang rahmat dan keberkatan dalam keluarga. Berikut ialah perkongsian bapa ini;
Pagi tadi, selepas berjumpa dengan team biz d Bangi Gateway, saya berjalan melihat pelbagai ragam biz di kompleks tersebut bersama sifu saya, Tuan Azlan Ismail.
Sambil berjalan, saya singgah di 1 booth yang menjual ribuan mainan kanak-kanak. Saya pilih yang menarik dan paling murah untuk dibawa pulang utk anak-anak saya.
Tuan Azlan bertanya, ko beli untuk anak ko ke? Saya menjawab, “Tak… untuk isteri aku”. Saya suka unuk tak menjawab kebanyakan soalan kerana saya tahu dia akan ketawa. itu lebih baik dari dia tdk ketawa dengan jawapan sebenar kerana pada hakikatnya of course saya beli utk anak-anak. Apakejadahnya beli mainan untuk isteri. Kalau beli gelang emas ke patutlaa jugak.
KITA DULU HALAMAN LUAS, ANAK SEKARANG JENGUK TINGKAP JE NAMPAK JALANRAYA
Sentuh bab mainan ni… ada sedara mara yang gemar perli saya yang mana mereka tak ajar anak mereka beli mainan seperti saya. Saya tak kata mereka salah dan saya tak kata saya betul. Bagi saya, saya ada alasan berbuat demikian.
Di masa sy kecil, sy tak tinggal di kawasan apartment seperti sekarang. Di tempat saya membesar ada sungai, biji getah, main guli, rounders dan lain-lain. Itu semua lebih berharga dan seronok dari mainan.
Anak saya kini tak berpeluang membesar dengan semua tu. Sekarang jenguk je luar tingkap da nampak jalan raya. Rumah saya dulu nak kena jalan minimum 200 meter baru jumpa jalan raya.
Saya teringat akan kata-kata sorang ustaz sewaktu nak pulang dari keluar berdakwah 40 hari. Dia kata, “anta ada anak? kalau ada, sebelum balik, belilah apa-apa buah tangan untuk org yang ditinggalkan. Anak-anak belikan mainan. Bukankah 1 rahmat apabila anak-anak kita yang sedang menunggu di rumah utk menyambut kita, kita pula menyambut mereka dengan buah tangan?”
Semenjak dari itu, walaupun saya keluar untuk urusan dunia, walaupun 1 hari, jika ada peluang, jika ada sedikit duit dan jika terjumpa kedai mainan yg murah-murah, saya akan beli mainan yg biasa-biasa, kerana bagi saya tiada yang lebih berharga dari melihat anak-anak gembira setiap kali kita pulang membuka pintu rumah dgn melihat anak-anak menyambut dengan penuh pengharapan yabg kita akan bawa pulang sesuatu. Tak perlu mahal. Murah-murah pun dah mampu buat mereka tersenyum gembira.
Saya akan meluangkan masa 5 hingga 10 min melihat mereka bermain dengan apa yang dibelikan walaupun harganya cuma RM2. Cukup puas untuk saat singkat tersebut.
WALAU PUN KERAP BELI MAINAN, ANAK TAK OBSES MAINAN
Namun walaupun saya kerap membeli mainan murah, anak saya bukanlah seorang yang gila mainan dan jenis yg meraung bila sy tak belikan mereka mainan jikalau berjalan di luar. Mereka faham bila saya katakan “mainan ni mahal, nanti kita cari kedai 2 ringgit ye beli mainan”.
Dan anak sulung saya bila berjumpa kedai yg menjual mainan, dia sering meminta kebenaran dari saya, ” Abah… kita nak tengok je, boleh? Kita x beli… kita nak tengok je kedai tu jual mainan apa…” Cukup 1 ke 2 minit dia melihat, dia akan kembali kepada say atanpa cakap apa-apa pun. Bagi saya itu sudah cukup baik dari anak-anak menangis tak dapat mainan.
CARA BINA HUBUNGAN KEKELUARGAAN
Justeru masing-masing mempunyai alasan dan cara untuk bina hubungan kekeluargaan. Tak perlulah kata kita bagus dengan cara kita dan orang lain tak bagus. Semua orang bagus. Saya denagn cara saya, dia dengan cara dia. Sebab kita tak tau apa kemampuan, suasana dan cara hidup kita yang of course sangat-sangat berbeza dari semua sudut baik saiz rumah, saiz hutang, saiz masa, saiz perangai, saiz bilangan anak dan lain-lain saiz.
P/s : Buah tgn RM1 untuk dibawa pulang hr ini. Yang murah pun boleh lahirkan kecintaan dalam hubungan antara anak-anak.
Benarlah sabda Nabi SAW
Dari Abu Hurairah ra, bersabda Nabi Muhammad SAW, “Hendaklah kalian saling memberi hadiah, niscaya akan saling mencintai.” (HR. Bukhari)
“Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.” (HR. Thabrani)
Sumber: Mohamad Fadzil
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cerewet Makan Tapi Anak Obes, Pakar Ini Bagi Tip Nak Galak Anak Makan Lebih Sihat Bukan Makanan Tinggi Kalori
Bila ada anak-anak yang mengalami masalah berlebihan berat badan, tentu ramai yang ingat mereka makan tak memilih. Tapi mungkin juga terlalu memilih makanan membuatkan mereka menjadi ‘overweight’ atau obese.
Melalui perkongsian pakar pemakanan Nur Hafizah M Sobri di Kelab Ibu Hamil Berpantang dan Menyusu Bayi, menyatakan bahawa kesan kepada anak yang cerewet memilih makanan ini memungkinkan anak tersebut alami masalah berlebihan berat badan atau juga obesiti.
ANAK YANG LEBIH BERAT JUGA PICKY EATER?
Bukan mereka ni terlebih zat?
Bukan yang picky eater ini jenis yang kurus kurus?
Bukan ke jenis ini taknak makan?
Haaaaa…
Mak mak ayah ayah
Antara kesan picky eater juga boleh jadi anak tersebut overweight atau pun obese
Kenapa
1. Anak hanya memilih makanan yang TINGGI KALORI
Perasan anak yang lebih berat badan akan fokus kepada protein dan carbohydrate sahaja. Tiada unsur buah atau sayur atas pinggan.
Kalau nak makan nasi..nasi dan ayam je..tu pun nak ayam goreng. Bila pinggan tidak dipenuhi dengan sayur atau buah automatic akan diisi dengan nasi atau lauk.
Maka lebih banyaklah kalori yang diambil.
2. Tak tahan kenyang lama.
Ye antara kebaikan sayur dan buah adalah membantu kita tahan kenyang dengan lebih lama.
Jika hanya fokus kepada carbohydrate dan protein dan tiada sumber serat anak tak tahan kenyang dan dalam 2 jam akan rasa lapar semula. Ini meningkatkan risiko snacking.
3. Sumber gula dari air berperisa/gula gula
Normal badan nak rasa manis tapi biarlah punca kemanisan datang dari semulajadi terutamanya buah.
Buah ada banyaaak kebaikan selain dari sumber tenaga, sumber serst ia kaya dengan vitamin vitamin yang membantu perkembangan badan anak
Vitamin A for the eyes
Vitamin C to be strong
Vitamin E healthy skin
Dan macam macam lagi..tak perlu ambil multivitamin kalau dah ambil buah.
Tapi jika anak tak dapat dari buah anak akan cari sumber lain yang senang nak dapat.
Gula gula
Chocolate
Ice cream
Maka naiklah berat dia….
Kena paksa anak makan makanan sihat
Anda sebagai ibu bapa perlu 'paksa' untuk makan sihat.
Bila 'dipaksa' akan menjadi habit yang akan diamalkan sehingga dewasa.
Tapi ada cara macam mana nak paksa.
Bukan suh pegang hidung sumbat sayur tidaakk.. tu nak trauma namanya..hahaha
Setiap usia ada caranya mengikut usia anak.
Basically ada 5:
1. Tekstur
2. Warna
3. Icon
4. Penglibatan
5. Bunyi
Tip nak galak anak ambil sayur dan buah
Tu nak terangkan panjang jugak, saya save untuk posting lagi satu ye.
For now saya bagi 3 tips untuk anak naik pengambilan sayur dan buah
Tips 1
Jangan ada bekalan gula gula/junk food di rumah (kalau ada letak di tempat yang anak takkan nampak)
Letak buah di tempat yang mudah dilihat dan dicapai.
(Unsur Icon)
Tips 2
Sediakan sayur yang BUKAN berwarna hijau.
Contoh carrot, cauliflower,taugeh..bila anak dah biasa baru ke sayur hijau.
Anak anak dah biasa kaitkan sayur hijau dengan pahit tapi sayur yang berwarna nampak lebih menarik dan tak dikaitkan dengan rssa tak sedap
(Unsur warna)
Tips 3
Libatkan mereka ketika waktu shopping.
Mak ayah pilih sayur tapi minta mereka pilih nak sayur apa nak dibeli.
Mereka perlu pilih, bila dah pilih bantu untuk bungkus dan timbang
Contoh
'Adik nak sayur kangkung ke kobis?'
'Adik nak kobis la.'
Ini akan membantu anak rasa seronok dan special
(Unsur penglibatan)
Mama papa kena ubah tanggapan bahawa si cerewet tu kurus, mungkin sahaja anak yang obes juga memilih. kaji balik pola pemakanan anak-anak dan lebihkan makanan sihat dalam menu seharian. Mulakan dari kecil untuk mereka jadikan ia rutin dan amalkan sehingga meningkat usia.
sumber: Kelab Ibu Hamil Berpantang Dan Menyusu Bayi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI