Pernah lihat anak berumur 4-6 tahun yang menjerit-jerit mahukan sesuatu? Tidak mahu mengendahkan arahan dan pesanan ibubapanya? Tetap mahu dibuat dengan mengikut kehendak dan kemahuannya sendiri? Mahukah anda tahu kenapa jadi begini?

Terlalu Lama dedahkan Anak-Anak Pada TV & Ipad Tak Membantu Merangsang Untuk Berfikir!

PENTINGNYA MERANGSANG OTAK ANAK-ANAK

Seorang anak kecil itu meningkat saiz otaknya sehingga 90% saiz otak orang dewasa dalam usia 0 hingga 6 tahun. Jika saiz otak meningkat, begitu juga kebolehan otak.

Maka bila otak anak tidak dilatih untuk berfikir, maka anak itu tidak akan meningkat kemahirannya berfikir.

IKLAN

Tapi bukan itu sahaja, kerana otak ini juga mengawal perasaan iaitu bahagian otak tengah, maka jika otak anak tidak dirangsang pada usia 0-6 tahun, itulah yang menyebabkan anak kecil itu tidak bijak mengawal perasaannya bila usianya sudah sepatutnya boleh mengawal perasaan.

Itulah antara yang menyebabkan anak itu suka mengamuk dan tidak memikirkan perasaan orang lain.

MAKA, BAGAIMANA UNTUK MERANGSANG OTAK ANAK-ANAK KECIL?

IKLAN

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan.

Jawapan singkatnya ialah pastikan apa yang kita buat melibatkan penglihatan, pendengaran, pergerakan dan yang penting membolehkan anak-anak itu berfikir.

IKLAN

ELAKKAN

Mendedahkan anak-anak kepada TV dan ipad terlalu lama tidak membantu merangsangkan anak-anak berfikir kerana jika terlalu lama sehingga berjam-jam, penglibatan anak-anak adalah pasif. Kepasifan ini menyebabkan otak anak kurang aktif.

Sebenarnya, tak susah sangat melayari alam keibubapaan kalau kita faham perkembangan psikologinya, keperluannya, apa yang sepatutnya kita tahu pada sesuatu fasa dan sebagainya.

Sumber: Ibu Rose

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI