Terlalu Lama Dengan Gajet Punca Anak Boleh Sakit Kepala. Bila Sampai Tahap Ni Jangan Dibiarkan!

Share

“Eh kamu ni, kecik-kecik lagi dah selalu sakit kepala”. Itu antara maklum balas dari sesetengah orang dewasa apabila mendengar rengekan kanak-kanak apabila mereka mengadu sakit kepala.

Apa yang perlu dilakukan ibu bapa? Bilakah anda perlu risau apabila kanak kanak mengadu sakit kepala? Adakah mereka perlukan rawatan ubat ubatan dan perhatian doktor?

SAKIT KEPALA AKUT

Sakit kepala akut berlaku secara tiba tiba dan mungkin merupakan petanda beberapa masalah berikut;

  • Jangkitan virus yang ringan seperti selesema dan demam. Bagaimanapun, jangkitan penyakit berjangkit yang serius contohnya demam denggi, malaria dan demam kepialu juga boleh menyebabkan sakit kepala akut.
  • Sinus adalah laluan udara yang terdapat di antara tulang muka dan tulang tengkorak. Kanak-kanak akan mengadu sakit kepala apabila laluan udara ini dijangkiti dan dipenuhi cecair atau lendir, keadaan ini dikenali sebagai sinusitis.
  • Masalah Penglihatan- Masalah rabun menyebabkan mereka mereka mengalami ketegangan semasa melihat. Ia juga terjadi apabila otot di sekeliling mata menjadi penat. menyebabkan sakit kepala terjadi
  • Gigi bernanah atau jangkitan gusi juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Selain dari punca punca tersebut, terdapat kanak kanak yang mengalami gejala sakit kepala yang lebih kerap. Ia di kenali dengan sakit kepala kronik.

SAKIT KEPALA KRONIK

  1. Kanak-kanak boleh mengalami sakit kepala migraine.

Di anggarkan 5.5 % kanak kanak pernah mengalami maslah ini. Risiko untuk kanak kanak mengalami migraine lebih tinggi

Sekiranya anda- ibu bapa sendiri mengalami masalah migraine. Ya, kerana terdapat pautan genetik yang kuat.

Migrain kanak-kanak adalah berbeza daripada orang dewasa: sakit kepala yang dialami boleh berlaku di kedua dua bahagian kepala dan tidak berpanjangan terlalu lama.

Sama seperti orang dewasa, kanak kanak yang mengalami migraine turut mengalami keadaan tidak selesa, rasa mual, muntah dan hanya mahu berbaring di bilik yang gelap.

Kebiasaannya , kanak-kanak perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua episod untuk didiagnosis dengan migrain.

Selain dari rawatan ubat ubatan, cara untuk melegakan migraine bagi kanak kanak adalah dengan meletakkan pek ais di kepala. Ini berkesan untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan.

  1. Sakit Kepala Tension

Sakit kepala jenis “tension headache” lebih biasa. Nama lama untuk ini situasi adalah “sakit kepala band hat”. Kanak-kanak biasanya menerangkan tekanan dan kesakitan di sekitar dahi mereka atau seluruh kepala. Kesakitan ini TIDAK berdenyut denyut seperti mana migraine.

Selalunya, walaupun mereka mengadu sakit kepala, mereka masih boleh berfungsi seperti biasa ,makan, pergi ke sekolah, dan juga bermain .

  1. Sakit Kepala & Gadget

Terdedah dengan cahaya skrin gadget dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan sakit kepala. Sedang kan orang dewasa turut alami sakit kepala jika melihat skrin terlalu lama, apatah lagi kanak kanak?

Pastikan anda hadkan masa pendedahan skrin, pastikan mereka berehat dan bergerak untuk melancarkan peredaran darah dan bernafas dengan lancar.

  1. Stress dan Sakit Kepala

Isu kesihatan mental di kalangan kanak kanak turut boleh menyebabkan mereka mengadu sakit kepala. Tanya kanak kanak mengenai keadaan mereka di sekolah. Adakah mereka mengalami sebarang masalah di sekolah? Adakah anak anak menjadi mangsa buli di sekolah? Bagaimana dengan hubungan mereka dengan rakan dan guru?

Sekiranya anda mengesyaki sebarang isu berkaitan kesihatan mental, berbicang dengan guru kaunselor untuk membantu mereka.

 

Bilakah anda perlu risau apabila kanak- kanak mengadu sakit kepala?

Situasi yang perlu anda risaukan adalah apabila kanak kanak mengadu sakit kepala untuk “kali pertama atau paling teruk”

Sekiranya anak anda TIDAK pernah mengalami sakit kepala sebelum ini, anda perlu menilainya dengan berhati-hati.

Beberapa persoalan berikut perlu di selidiki:

  • Adakah dia mengalami trauma kepala baru-baru ini, seperti terjatuh atau tercedera semasa bersukan?
  • Adakah dia mungkin di jangkiti virus?
  • Adakah dia mengalami muntah atau demam?
  • Adakah dia TIDAK dapat berjalan, bercakap, dan makan secara normal?

Jika jawapan kepada mana-mana soalan ini adalah “ya,” sudah tiba masanya untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Owh ya, anda TIDAK perlu mencari jawapan di internet kerana jawapan yang anda temui di “doctor google” mungkin akan menyebabkan anda bertambah risau!

Doktor mungkin dapat membantu untuk mengurangkan kerisauan anda dengan memberikan diagnosis dan rawatan yang sesuai.

Kesimpulan

Jangan ambil mudah mengenai gejala sakit kepala di kalangan kanak-kanak. Selidiki dengan lebih mendalam mengenai gejala tersebut, gejala gejala lain , isu persekitaran dan peristiwa penting baru-baru ini. Kebanyakan masalah sakit kepala di kalangan kanak kanak dapat di rawat dan di cegah

Dapatkan pemeriksaan dan diagnosis yang tepat dengan berjumpa doktor.

Sumber: Public Health Malaysia

Published by
Wan Amy