Terlalu Tegas Dengan Anak, Anak Jadi Keras Hati. Ini Realitinya Ibu Bapa Kena Faham

Share

Betullah orang kata, kerap marah, jerit-jerit pada anak kesannya anak susah dah nak dengar cakap kita.

Memang nampak anak takut, tapi anak pendam senyap-senyap hingga buat mereka keras hati. Sebab tu tak boleh tegas sangat. Paling mudah kita jadikan anak sebagai kawan dan guna teknik psikologi.

Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais yang suka berkongsi ilmu keibubapaan dan berdasarkan pengalamannya sendiri mungkin boleh jadi panduan ibu bapa mendidik anak.

Padah terlalu tegas dengan anak, anak jadi keras hati.

Selalunya rania takut kalau kena denda tidur kat luar rumah tapi kali ni dia jadi berani pula.

Siap minta bantal dan selimut sekali seolah-olah memang dah redha nak tidur di luar rumah.

Kisahnya begini,

Soal belajar saya memang tegas. Kalau tak dapat buat memang kena marah. Jika masih berulang tak dapat buat akan kena denda baca di luar rumah, tidur di luar pun selalu juga cakap tapi tak pernah lagi di laksanakan.

Kali ni respon rania sangat berbeza. Seolah-olah dia melawan dalam diam.

Bila di suruh baca dia diam sahaja. Suruh macam mana pun dia tetap berdiam diri.

Berulang kali juga mata dia menjeling. Muka memang serius teruk. Mata tak berkelip langsung. Kita pula yang takut.

Papa dia ni pun tak mahu kalah. Tetap berkeras.

“Pergi tidur luar”

Dengan muka selamba, rania ambil bantal dan selimut dia baring dekat luar rumah. Tak berbunyi langsung.

2-3 minit lepas tu tak sampai hati tengok anak terbaring kat luar rumah. Di panggil masuk tidur dalam bilik.

Terkedek-kedek dia bawa bantal dengan selimut naik katil tidurnya. Masa panjat katil tu sempat juga toleh cakap, “nak susu”..

Pergilah kita buatkan susu dia, tak cakap apa-apa bagi susu lepas tu cium dahi dia.

Tiba-tiba terdengar rania menangis.

Ingatkan apa rupanya dia menangis kesedihan.

“Papa, rania minta maaf.”, Rania cakap sambil teresak-esak air mata meleleh.

Dengan tak semena-mena suasana tegang tadi dalam sekelip mata jadi sedih. Hanya dengan satu ciuman je, semua berubah.

Betullah apa yang Dr. Taufiq Razif duk ajar dalam ebook dia. Anak ni kalau kerap di marah, di teriak dan di terjah boleh berlaku gejala 3F.

✔️ Flight ( penakut )
✔️ Freeze ( kaku )
✔️ Fight ( melawan )

Depan mata tengok anak yang baru 5 tahun dah boleh melawan dalam diam. Ini adalah “defense mechanism” otak dia. Lain orang mungkin lain defense mechanism dia.

Daripada kejadian ini saya belajar bahawa anak saya ni perlukan lebih sentuhan, ciuman dan pelukan untuk didikan itu masuk ke hati dia.

Didikan guna kekerasan dan hukuman dapat juga beri kesan tapi didikan tu hanya berkerak di luar hati. Lama kelamaan hati boleh jadi keras.

Mohd Fhais
Taubat! Nak anak lembut hati ayah dulu kena lembut hati.

 

Published by
Wan Amy