Anda mahu bayi genius atau perkembangan bayi normal? Rata-rata mak ayah akan pilih nak bayi genius. Kalau saya pun sebagai ibu normal nak anak saya genius, nak anak cepat pandai dan nak anak nombor 1 dalam segala aspek. Disebabkan semua mak ayah berlumba-lumba nak anak genius, maka kini banyak sangat program parenting yang bertajuk:
“Bayi Genius”
“Bayi bijak”
“Bayi pandai sejak dari lahir”
“Bayi hebat membaca sejak lahir”
“Bayi hafaz Al-Quran sejak lahir”
“Bayi boleh jalan umur 7 bulan”
Menurut Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi, bila nampak sahaja kelas yang bertajuk sebegini berpusu-pusu mak ayah nak join dengan mengharapkan anak cepat pandai tanpa usul periksa kaedah yang digunakan betul atau salah. Siapa yang anjurkan pun dah tak kisah. Disinilah timbul program-program yang terpesong dalam parenting.
Saya tak kata cara saya sahaja betul, cara orang lain semua salah. Tetapi saya katakan ini berdasarkan pengalaman sepanjang menjadi terapis kanak kanak. Semua maklumat yang saya sampaikan tak kira semasa sesi terapi atau kelas ajuran saya semuanya ada kajian saintifik dilakukan bukan sekadar “pengalaman menjadi ibu” atau “cara saya didik anak saya” dan sebagainya. Hakikatnya, terdapat segelintir orang ternama yang memberikan nasihat parenting kepada berjuta “followers” hanya berdasarkan “pengalaman sendiri”, tanpa mengetahui benar atau salah.
Dikelas saya pun tak ada langsung point “anak genius” sebab saya percaya setiap perkembangan anak berbeza dan setiap anak ada kelebihan tersendiri. Tak perlu pun sejak bayi dah letakkan target anak menjadi doktor atau bagi baca buku berilmiah dari bayi tetapi bantulah anak berkembang dengan NORMAL dan seimbang.
Kalau kita terlampau tekankan satu aspek, nescaya aspek lain pasti akan tertinggal tanpa kita sedar.
SALAH FAHAM TENTANG FLASHCARD
Saya semakin risau dengan penggunaan flashcard yang berlebihan pada bayi baru lepas lahir malah terdapat orang ternama pun tidak ketinggalan menggunakan flashcard untuk bayi mereka. Ada yang memang ada ilmu menggunakannya, ada yang tidak. Yang saya paling risau bila ramai “followers” yang meniru cara yang salah.
Jadi, saya nak beri pencerahan serba sedikit tentang flashcard kerana penggunaan flashcard untuk bayi ada caranya tersendiri.
Flashcard yang jenis hanya berwarna hitam, putih dan merah memang paling sesuai digunakan untuk bayi baru lepas lahir kerana waktu ini penglihatan bayi masih kabur dan warna yang kontras tinggi membantu bayi untuk melihat dengan lebih jelas. Flashcard gambar-gambar yang komplek seperti haiwan, buah atau pokok bunga yang berwarna pula kurang sesuai untuk bayi bawah 3 bulan.
Untuk bayi menerima input dari apa yang dilihat, mengambil masa. Tiada gunanya kalau tunjuk 1 flashcard kurang dari 5 saat kerana semasa ini bayi boleh melihat tetapi belum dapat memproses maklumat dalam masa yang begitu singkat. Itu baru satu flashcard. Jika menunjukkan banyak flashcard secara bertukar-tukar dengan laju, bayi memang tidak dapat proses maklumat tersebut langsung.
Bayi baru lepas lahir nak terima dan memproses bunyi pun ambil masa yang lama. Kalau mak ayah hanya cakap cepat-cepat, memang bayi tak akan dapat apa-apa kerana deria bunyi mereka pun masih belajar untuk fokus dengan bunyi. Bayangkan kita belajar bahasa Jepun tetapi guru mengajar sambil bercakap dengan laju menggunakan bahasa jepun, memang confirm masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Tiada gunanya mengajar anak semua diatas semasa masih bayi sebab waktu ini anak lihat A bukan sebagai satu huruf tetapi sebagai simbol sahaja menyebabkan risiko anak tersalah konsep bila betul-betul nak belajar A sebagai huruf A.
Ada mak ayah guna flashcard DIY tetapi yang jenis tak sesuai dengan anak. Jenis flashcard yang membantu anak adalah yang jenis gambar real dan bukannya kartun sebab waktu ini anak masih susah nak membezakan 2D dan 3D.
Cara Prof XYZ adalah semasa tahun 19xx an dimana TV pun baru tercipta. Anak zaman dulu perlukan rangsangan visual kerana dulu tak ada dan susah jumpa TV atau gadget, maka teknik flashcard nampak membantu dalam perkembangan anak tetapi anak zaman sekarang dah terlebih-lebih rangsangan visual. Dulu, mungkin banyak manfaatnya. Tetapi sekarang kalau 3 jam dengan flashcard, 5 jam dengan tv, 2 jam dengan gadget sehari memang langsung tak ada manfaatnya.
*Saya tak nak komen lagi tentang “right brain education” dengan lebih lanjut nanti terlalu panjang dan mengelirukan pembaca. Kalau ada permintaan, baru saya terangkan terperinci.
Anak yang bijak ada banyak perkara yang membantu menjadikannya bijak, seperti pemakanan, persekitaran, rangsangan deria, perhatian mak ayah pada anak, masa berkualiti dan genetik. Ada orang akan cakap, “selepas guna flashcard program XYZ, anak saya banyak improve!”. Ketahuilah, bayi kecil masih lagi dalam fasa “rapid growth” dan memang akan menampakkan improvement yang cepat dalam pelbagai bidang (Bias dalam kajian atau testimoni).
Pendapat saya, flashcard hanya banyak merangsang perkembangan visual dan auditori sedangkan ada banyak lagi komponen yang perlu diambil kira untuk perkembangan otak yang sihat. Tak ada manfaatnya kalau 5 jam masa kita dengan anak hanya “bermain” guna flashcard, tetapi 5 minit sahaja kita berkasih sayang dengan anak serta berkomunikasi bermakna dengan anak.
Untuk melahirkan anak yang bijak yang paling penting adalah masa berkualiti mak ayah dengan anak dan bukannya masa berkualiti anak dengan flashcard.
Saya risau sangat bila penggunaan flashcard ini dikomersialkan sebagai sesuatu yang kononnya sangat “merangsang perkembangan” sehingga mak ayah jadi bergantung kepada flashcard semasa mengajar anak.
Kalau nak belajar cara menggunakan flashcard juga, mohon sangat mak ayah belajar dengan orang yang sepatutnya, dan bukannya daripada golongan yang hanya mahu mengaut keuntungan dan tak ada latar belakang dalam perkembangan anak atau pendidikan.
Saya katakan ini sebab saya risau dengan generasi akan datang. Lagi-lagi apabila kes masalah perkembangan semakin ramai. Saya dah jumpa ramai sangat anak yang:
Anak yang normal pandai mengaplikasi gambar berpandukan benda sebenar, bukannya gambar ke dunia sebenar.
Mak ayah sekalian, saya mohon sangat jangan ulangi kesilapan yang sama. Kasihanilah bayi-bayi anda yang tak tahu apa-apa ini. Tak perlu terlalu berlumba nak anak cepat pandai sehingga melanggar fitrah anak.
Jika ada program parenting diluar sana yang mengajar teknik bukan-bukan, mohon dapatkan pencerahan berdasarkan kajian saintifik bukannya “testimoni anak sendiri” kerana setiap perkembangan anak berbeza.
Saya faham, kita semua mahukan yang terbaik untuk anak. Tetapi sebelum menghabiskan beribu ringgit pada program untuk menjadikan bayi anda bijak pandai, lebih baik mak ayah buat sedikit kaji selidik tentang program tersebut dan latar belakang pengasasnya.
Di luar sana terdapat banyak program parenting yang kononnya boleh menjadikan bayi bijak pandai sejak lahir, dengan marketing yang sangat menarik sehingga melibatkan orang terkenal, tetapi menggunakan kaedah yang terpesong dan tidak diiktiraf. “Terapis Jadian” pun dah ramai di Malaysia, mohon hati-hati dengan golongan ini.
Kesimpulannya, jika mak ayah mahukan “genius baby”, kita pun perlu menjadi “genius parents” dalam memilih program atau aktiviti untuk anak.
Sumber: Maryam Jamadi