Tugas menguruskan rumah tangga dan membesarkan anak tidak pernah berhenti. Satu kepenatan yang tak termampu dizahirkan dengan kata-kata.
Bila terasa penat melampau, selain merehatkan diri atau me time bersama kawan-kawan, jangan lupa amalkan Zikir Fatimah untuk menghilangkan rasa kepenatan ini.
Mudah sahaja untuk dihafal, berikut merupakan perkongsian zikir yang boleh diamalkan serta kisah dari Rasulullah SAW dan puterinya.
Dalam Islam sendiri telah tersedia penawar kepenatan untuk ibu-ibu melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah s.a.w kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah SAW, Saidatina Fatimah RA mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib RA tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah SAW dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Ads
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu baginda bersabda; “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta?
Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Ads
Jadi amalkanlah zikir ini jika rasa terlampau penat melakukan tugas-tugas harian. Lakukan setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali Subhanallah – 33 kali Alhamdulillah – 33 kali
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
“Hati-hati nak angkat berat tu, jatuh peranakan nanti”. Pesanan sebegini selalu kita dengar dari mak-mak kita atau orang yang lebih berusia. Apa itu peranakan jatuh?
Bagi yang belum pernah berdepan situasi ini pasti terasa ia satu istilah yang menakutkan. Rasa sakit pada bahagian pinggul dan ke bawah pastinya buat ibu tidak selesa dan terpaksa menanggung kesakitan.
Menurut Dr Muhammad Izzat, jangan menakutkan ibu dengan hal yang tidak pasti. Peranakan jatuh disebabkan oleh perkara-perkara tertentu. Dan ini penyebab yang dikongsikan oleh beliau.
Sebab peranakan jatuh!
Umur : Makin tua sesorang wanita tu, makin senang nak dapat peranakan jatuh disebabkan otot yang menyokong rahim dah kurang anjal akibat penuaan
Mengandung & bersalin : Lagi banyak beranak lagi senang dapat peranakan jatuh
Obesiti : Lagi obes sesorang wanita tu, lagi tinggi peluang untuk dapat peranakan jatuh. Tekanan yang tinggi dalam pada abdomen wanita yang obes boleh menekan rahim supaya terkeluar.
Merokok : Merokok boleh sebabkan seseorang wanita tu batuk batuk. Batuk berpanjangan boleh beri tekanan pada rahim
Pekerjaan : Pekerjaan harian yang angkat benda-benda terlampau berat untuk jangka masa panjang boleh tinggikan peluang dapat rahim jatuh
Sembelit : Yang slalu meneran masa nak membuang untuk sembelit untuk suatu jangka yang panjang boleh sebabkan rahim jatuh.
Sejarah keluarga dengan peranakan jatuh : Mak, atau adik beradik yg ada masalah sama, boleh dapat kat kita gak.
Peranakan jatuh BUKAN disebabkan tak makan jamu dan tak berurut. Toksah la takutkan ibu-ibu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Respiratory Syncytial Virus (RSV) adalah jangkitan virus yang mudah merebak terutama dalam kalangan kanak-kanak. Azrinaz Mazhar Hakim melalui perkongsian dilaman Instagramnya memaklumkan tentang anak perempuan dan dirinya dijangkiti Respiratory Syncytial Virus (RSV).
Virus itu sering menyerang saluran pernafasan. RSV boleh menjadi serius terutama kepada kanak-kanak berusia setahun ke bawah dan warga emas. Gejala biasanya bermula dalam masa tiga hingga enam hari selepas dijangkiti virus itu dan antara simptomnya termasuk demam, selesema, batuk dan kurang selera makan.
Azrinaz & Anak Perempuan Dijangkiti Respiratory Syncytial Virus (RSV)
Dalam perkongsian tersebut, menurut Azrinaz, anaknya Malaykha telah dimasukkan ke hospital pada 27 Feb kerana demam virus RSV. Ujar Azrinaz, dia menjaga anaknya setiap malam bagi memastikan anaknya segera pulih.
Tidak lama selepas Malaykha keluar dari hospital, anak perempuan keduanya Atheera pula jatuh sakit. Bagaimanapun Azrinaz berjaya mengambil langkah berjaga-jaga dan memberi ubat/fisio dan lain-lain rawatan di rumah.
“Seminggu kemudian, saya mula berasa lemah dengan demam panas dan menggigil. Pada mulanya, saya fikir ia hanya demam biasa, tetapi selepas 2 hari demam panas yang berterusan, saya terpaksa mendapatkan rawatan perubatan kecemasan. Doktor mendiagnosis saya mengalami demam virus yang sama seperti dialami anak perempuan saya.
“Demam ini menyebabkan sedikit bengkak di bahagian hati. Saya telah menjalani pelbagai ujian, termasuk ujian darah, x-ray, dan ujian air kencing, dan menjalani ultrasound, ECG, dan ABPI, diambil darah setiap pagi untuk analisis makmal dalam dan luar negara.
“Semasa demam saya bertambah baik, saya mengalami kesakitan yang teruk di sekitar muka kiri saya, disertai dengan migrain dan sakit gigi yang tidak dapat ditanggung. Selepas berunding dengan pakar E&T dan menjalani imbasan CT, didapati bahawa virus itu telah menyebabkan keradangan di sekitar sinus saya dan meninggalkan pengumpulan lendir yang ketara.
“Saya bukan pesakit resdung. Saya kemudiannya diberi antibiotik dan steroid selama seminggu. Walaupun saya telah keluar dari hospital, saya masih perlu berulang alik sebanyak tiga kali sehari ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan.
Atas nasihat doktor, Azrinaz disarankan menjalani pembedahan. Pembedahan tersebut berlangsung selama 5 jam. Kini, Azrinaz sudah pulang ke rumah untuk berehat dengan pemantauan yang ketat.
Berikut perkongsian penuh Azrinaz dilaman Instagramnya:
Doktor mungkin mengesyaki jangkitan RSV berdasarkan ujian fizikal serta tempoh masa jangkitan berlaku.
Semasa peperiksaan, doktor boleh mendengar bunyi paru-paru dengan stetoskop untuk memeriksa bunyi berdehit atau bunyi yang tidak normal.
Doktor anda juga boleh menggunakan kaedah:
*Pemantauan kulit tanpa rasa sakit (pulse oximetry) untuk memeriksa sama ada tahap oksigen yang terdapat di dalam aliran darah adalah lebih rendah daripada biasa
*Ujian darah untuk memeriksa bilangan sel putih atau untuk mencari kehadiran virus, bakteria atau organisma lain
*X-ray pada bahagian dada untuk memeriksa radang paru-paru
*Ujian makmal bagi cecair rembesan pernafasan dari hidung anda untuk mengenal pasti virus
Bagaimana masalah pernafasan ini akan dirawat?
*Rawatan untuk jangkitan ini secara amnya melibatkan langkah penjagaan diri untuk menjadikan anak anda lebih selesa (penjagaan sokongan).
*Tetapi dalam kes yang teruk, penjagaan hospital mungkin diperlukan.
Penjagaan sokongan
*Doktor anda boleh mencadangkan ubat yang boleh dibeli di farmasi seperti acetaminophen (Tylenol dan yang lain) untuk mengurangkan demam.
*Doktor juga boleh menetapkan antibiotik jika terdapat komplikasi bakteria, seperti radang paru-paru bakteria.
*Berikan banyak cecair dan perhatikan tanda-tanda dehidrasi, seperti mulut kering, kurang pengeluaran urin, mata ke dalam atau mengantuk.
Penjagaan hospital
*Penjagaan di hospital untuk jangkitan RSV dalam kes-kes yang teruk mungkin diperlukan untuk memberikan cecair intravena (IV) dan oksigen yang lembap.
*Bayi dan kanak-kanak yang dirawat di hospital juga boleh disambungkan kepada pengudaraan mekanikal – mesin pernafasan – untuk memudahkan pernafasan.
*Dalam beberapa kes yang teruk, bronkodilator nebulized seperti albuterol (ProAir HFA, Proventil-HFA, Ventolin HFA) boleh digunakan untuk melegakan kesakitan. Ubat ini membuka laluan udara di dalam paru-paru.
*Adakalanya, nebulized dalam bentuk ribavirin (Virazole), yang merupakan agen antivirus, boleh digunakan.
*Doktor anda juga boleh mengesyorkan suntikan epinefrin atau bentuk epinefrin yang boleh disedut melalui nebulizer (racemic epinephrine) untuk melegakan gejala jangkitan pernafasan RSV.
Untuk info, Azrinaz pernah bernikah dengan Sultan Brunie, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin Wad’daulah pada 2005, namun bercerai lima tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup, baginda Sultan dan Azrinaz dikurniakan dua cahaya mata iaitu Pengiran Abdul Wakeel dan Putri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Azrinaz kemudian mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan pilihan hatinya iaitu Fairos Khan Abdul Hamid pada Mei 2018. Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha, dan Atheera Madinah.
Dalam tempoh 15 hari berpantang anak kedua, isteri disahkan positif denggi hingga hampir dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Hati suami mana tak sedih waktu itu melihat isteri yang dah lemah melahirkan anak diuji dengan ujian kali kedua masuk ke hospital sedangkan pada tempoh itu bayi masih memerlukan susu ibunya.
Perkongsian di instagram Reza Hasbi yang juga seorang pelakon menunjukkan kuatnya seorang isteri walaupun sedang bertarung sakit.
2019 ALLAH beri kami ujian yang bertimpa-timpa. Ujian itu sebab ALLAH sayangkan kita. Sakit itu sebab ALLAH nak hapus dosa. Tak beriman seseorang itu selagi tidak diuji. ALLAH nak angkat darjat kita itu la kata-kata aku tiap kali aku temankan isteri aku.
Fikir anak sayang kuatkan semangat awak @rdr7_ anak kedua kita memerlukan susu awak.. baru 15 hari berpantang isteri saya kena tahan wad disebabkan positif DENGGI dan hampir dimasukan ke ICU. Saya minta maaf sebab baru nak share benda ni.
Selama empat hari isteri terlantar di hospital hanya Allah yang tahu perasaan ini. Dalam tempoh itu juga saya rasa susah hati dan tak boleh buat apa-apa memikirkan keadaan isteri.
Alhamdulillah kini isteri dah pun kembali sihat dan mula boleh menyusu anak dengan baik.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.