Ye! Ada anak-anak kecil kita di bawah usianya lima tahun yang boleh membaca sendiri tanpa diajar sesiapa. Geniusnya memang luar biasa.
Namun ada perkara yang mak ayah harus kenal pasti terlebih dahulu. Ada anak-anak yang normal boleh membaca namun ada pula yang dibimbangi punya simptom autisme.
Perkongsian dari OT, Siti Aisyah Rozalli ini mak ayah kena kenal pasti.
Ye ke ada anak-anak yang boleh pandai baca tanpa ada sesiapa ajar?
Haa..meh saya cerita tentang Hyperlexia. Hyperlexia ni, bukan penyakit tau. Tapi, ianya adalah satu kondisi kanak-kanak yang Allah kurniakan mereka kebijaksanaan yang lebih sikit, untuk pandai word-decoding tanpa sesiapa ajar.
Word-decoding ni apa? Ianya adalah kemampuan untuk kenal bunyi huruf, gabungkan dan hasilkan bunyi dari perkataan yang ditulis.
Senang cerita, anak-anak hyperlexia ni, diorang pandai baca, tanpa ada sesiapa yang ajar. Dan satu lagi ciri pentingnya adalah, biasanya mereka ni tak faham lagi pun apa yang diorang baca.
Ye lah. Umur baru 2 tahun. Tiber dah pandai baca perkataan “Redang” kat baju ayah dia. Tapi, “Redang” tu dia tak tahu pun apa benda.
Ni yang dimaksudkan dengan baca, tapi tak faham. Sebab kapasiti bahasa dia belum banyak. Walaubagaimanapun, hyperlexia ni, ada 3 jenis tau.
1. Anak ni, NORMAL. Perkembangan semua normal, takde delay. Tapi, pandai baca superb tanpa orang ajar. Memang nampak geniusnyalah sangat.
2. Anak AUTISM. Dah confirm diagnosis autism oleh doktor. Yang ni, memang kami di GymCademy sangat biasa jumpa. Ada yang non-verbal pun. Tapi, pandai mengeja, pandai baca.
3. Anak-anak yang ada CIRI-CIRI AUTISM, tapi bukan autism. Yang ni kadang ada speech delay sikit, lewat perkembangan sikit, tapi dengan terapi dan bantuan yang cukup, mereka overcome ciri-ciri tu bila makin besar.
Memang pandai baca awal, tanpa perlu ajar. Tapi, sebab ada delay dan ciri-ciri autism tu, mereka akan struggle sikit masa kecil.
Jadi…Begitulah cerita tentang hyperlexia ni. Jelas? Tapi, normally. Memang anak-anak yang nak belajar membaca, kena diajar membaca tau. Baru boleh baca.
Kalau anak tu hyperlexia, saya akan suggest untuk jumpa pakar, just to make sure anak tu ada ciri autism atau tidak. Owh.
Dan jangan sesuka hati je label anak murid kita yang dah 6 tahun, baru pandai baca sikit-sikit, tapi tak faham tu hyperlexia.
Menarik: Rawatan Best Snek Pantang Sedap, Suraya Mother Care Beauty Tawarkan Servis Terbaik!
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!.
Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!