Model & deejay Adiela Ridzuan berkongsi kisahnya bersalinkan anak keduanya pada usia kandungan 33 minggu.
Kelahiran pada sebelum kandungan mencecah usia 37 minggu adalah dikategorikan kelahiran pramatang. Melalui Instagram, Adiela yang bertugas di Zayan berkongsi tentang kemungkinan punca yang menyebabkan dia bersalin awal.
adielaridzuan Ramai sangat yang tanya kenapa sis terbersalin awal untuk pregnancy kalini? sebab sis lasak sangat ke pg Kashmir naik kuda lah main salji lah? haha lepastu ramai jugak nak tahu birth story Jasmine hihi.
AIR KETUBAN PECAH & DISUNTIK UBAT MATANGKAN PARU-PARU
masa 32weeks 6days, petang tu air ketuban pecah jadi sis terus pergi hospital tp takde contractions pun masa tu n bukaan baru 2cm. Memandangkan terlampau awal lagi untuk baby keluar dan lungs dia masih tak matang, jadi doc nak tahan kalau boleh sampai 35weeks tapi dalam masa yg sama doc cucuk 2 dos Dexa (ubat matangkan paru paru baby) incase baby nak keluar awal, paru paru dia dah matang.
Ads
BUKAAN CEPAT DALAM MASA 1 JAM 3CM KE 10CM Esoknya dah 33weeks, lepas isya’ tiba tiba start contractions yang sangat kuat. Bila check baru 3cm, tapi makin lama makin kuat tahap tak tahan dah naik kejang kaki menahan sakit fuhh berpeluh gaiss. Masa tu sis sorang2 je menahan sakit yg teramat sangat, dengan air mata dh tak tahu berapa baldi sebab sakit gila.
DALAM LIF DAH TERAN
Rupanya dalam masa sejam tu kepala baby dah nampak dah, terlampau cepat contractions dari 3cm ke 10cm, cepat2 nurse n doc tolak pg labour room tapi punya la Jasmine tak sabar nak tengok dunia, dalam lif nak ke labour room sis dah teran dia keluar ahahaha dah tak tahan sakit sangat, i ols buat kerja sorang2 tak tunggu doc dah.
Ads
JASMINE DIRAWAT DI NICU SELAMAA 14 HARI Mama simpan cerita kelakar nie, nanti bila Jasmine dah faham kita boleh gelak sama sama k! haha tapi she is so small, only 1.94kg so kena duduk NICU for 14days tapi Alhamdulillah Jasmine sangat kuat dan progress dia cepat. Dia dh boleh discharge bila dh cukup 35weeks tanpa sebarang masalah Alhamdulillah.
PREGGY MOMS KENA KAWAL EMOSI Berbalik kepada kenapa sis terbersalin awal, sebenarnya ada betulnya jugak sebab terlebih lasak PLUS masa tu sis agak stress. itu pun mengundang kepada early labour. Jadi nasihat sis pada preggy moms, kena kawal emosi.
Ads
Jangan biarkan stress buat korang terbersalin awal. Dapatkan support orang2 berdekatan kalau stress. kena bertenang je. kita tengah bawak satu nyawa baru, kalau boleh biar dia keluar dengan sihat dan kuat. kita pun tak risau dan kita pun boleh berpantang dengan tenang takyah ulang alik hospital mcm sis haritu. tapi kalau Allah dah tulis memang akan terbersalin sebelum waktunya, insyaAllah itula yg tebaik untuk kita.
Sebut sahaja menu pantang, pasti tergambar ikan kukus atau bakar dengan lauk pauk ringkas dengan sepinggan nasi panas. Memang sedapnya lain macam.
Apa kata kali ini kita cuba menu pantang air tangan ibu dengan Sambal Kecur yang merupakan menu istimewa untuk orang berpantang. Ia biasanya dimakan bersama ikan masin salai atau ikan haruan bakar. Diulamkan bersama bunga kunyit. Wah memang sedap!
Jom intai resepi yang dikongsikan oleh Atailla Zainuddin ini. Boleh dijadikan menu wajib ketika berpantang nanti!
Antara menu pantang bersama ibu di kampung lepas bersalin anak yang ke-2. Dah lama simpan, baru arini nak share.
Saya memang suka makan ulam, hadap lauk pantang hari-hari pun sy tak kisah. Mostly lauk pantang cuma menu ikan (tenggiri,jenahak,merah,kerisi,cencaru, siakap,bilis) yang dibakar, goreng, stim atau sup. Dah hujung-hujung pantang saya teringin makan ayam kampung masak ungkep & daging blackpepper, saya pantang 44 hari je.
Tapi lauk pantang yang paling saya suka ialah homemade crispy peria, garlic & sambal cekur dengan isi ikan tenggiri yang ibu saya buat, sedap sgt!
Gaul dengan nasi panas pun dah cukup selera, sebab tu penuh nasi sepinggan. Saya share resepi kat bawah ni kalau nak cuba.
Resepi sambal cekur dgn ikan tenggiri:
Sepotong ikan tenggiri yg digoreng/bakar (ikan lain pun boleh)
3 biji cekur
1 biji bwg merah
1 biji bwg putih
Sedikit lada hitam/cili api
Sedikit perahan air limau
Tumbuk semua bahan sehingga lumat kemudian perasakan ikut selera masing-masing. Siap!
Alhamdulillah, lepas 2 minggu pantang (bersalin normal), luka jahitan dah kering, dah tak sakit bila berjalan, nak membuang pun tak rasa seriau lagi, jalan pun laju je, tapi lepastu kena sound dgn ibu, katanya jalan tu slow2 sikit kang melecet, duduk bersila pun kena sound. (2 minggu dah pakai seluar yang loose)
Selamat berpantang buat mommies semua! Semoga dipermudahkan segala urusan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
“Bukan untuk mencari salah siapa tetapi tujuan saya berkongsi pengalaman yang dialami anak saya adalah untuk meningkatkan kesedaran dan memberi peringatan kepada ibu bapa supaya perkara sama tidak berlaku kepada anak mereka,” kata Salahuddin Haris Yoganathan.
Salahuddin, 38, memberi reaksi mengenai hantaran dimuat naik di Facebook miliknya beberapa hari lalu berhubung nasib anak sulungnya, Asha Azaleah Natasha Nathan, 6, yang mengalami keracunan makanan hingga ditahan di hospital selama empat hari.
Salahuddin turut berkongsi bahaya makanan ringan tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kebimbangannya jika produk itu dijual secara berleluasa di pasaran.
Bercerita lanjut, Salahuddin berkata, makanan ringan di dalam kotak berisi coklat, gula-gula dan mainan itu dibeli di sebuah kedai berhampiran rumahnya di Taman Sri Gombak, Gombak, Jumaat lalu.
Katanya, dia membeli makanan ringan itu bagi memenuhi permintaan anak.
“Namun, sebaliknya berlaku pada hari berkenaan apabila Asha mengalami muntah dan cirit birit tidak lama selepas makan makanan itu.
“Bimbang dengan keadaannya, saya dan isteri, Siti Julaikah Podo, 38, membawa Asha ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.
“Doktor memberikan ubat untuk dimakan tetapi keadaan Asha bertambah serius apabila muntah kira-kira 20 kali selepas menjamah makanan sebaik pulang ke rumah.
“Melihat keadaan itu, saya membawa Asha semula ke hospital dan akhirnya, dia ditahan di wad kanak-kanak sebelum dibenarkan pulang tengah hari semalam,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Bagi mendapatkan kepastian, Salahuddin bertemu semula dengan peniaga kedai runcit terbabit untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan ringan itu.
Pada masa sama, beliau turut membuat semakan berdasarkan maklumat tertera di kotak makanan itu dan mendapati ada logo halal, namun tiada pengesahan KKM dan produk itu menggunakan gambar kartun serta animasi terkenal yang diragui hak ciptanya.
“Saya ke kedai berkenaan untuk bertanya sendiri dengan peniaga itu dan terkejut apabila dia memaklumkan terlupa memberitahu yang makanan ringan itu sebenarnya tidak boleh dimakan.
“Ikutkan hati memang marah, tetapi saya cuba kawal emosi dan memberi peringatan kepadanya supaya tidak menjualnya lagi.
“Saya ada tanyakan hal ini kepada penduduk setempat menerusi Kumpulan WhatsApp dan menurut mereka, makanan ringan itu turut dijual di depan kawasan sekolah,” katanya yang juga bapa kepada empat cahaya mata.
Salahuddin berkata, dia sudah membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Gombak dan menghantar aduan kepada KKM supaya menjalankan siasatan terhadap pengeluar produk berkenaan.
Menurutnya, KKM sudah memberi maklum balas dan memberi jaminan untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung aduan itu.
“Saya harap pihak berkuasa bertindak segera dengan melakukan pemantauan berterusan dan mengambil tindakan sewajarnya supaya tiada lagi kanak-kanak menjadi mangsa.
“Bagi ibu bapa pula, jadikanlah apa yang berlaku terhadap anak saya sebagai pengajaran untuk anda lebih berhati-hati,” katanya.
Sepanjang tempoh kehamilan, perubahan melibatkan emosi ibu mengandung adalah perkara biasa. Tetapi jika berlebihan, ia berisiko membawa bahaya kepada ibu dan kandungan.
Siapa yang tidak seronok saat berbadan dua. Namun mengandung turut boleh menimbulkan pelbagai emosi kepada anda termasuklah rasa cemas atau tertekan. Tetapi ia adalah 1 keadaan normal untuk dialami wanita yang hamil.
Umumnya, tekanan yang berlaku adalah 1 reaksi normal terhadap perubahan besar seperti kehamilan.
Dalam beberapa keadaan, tekanan dialami boleh dianggap 1 perkara baik kerana mendorong individu untuk bertindak dalam berdepan cabaran baharu.
Walau bagaimanapun, stres secara berlebihan dan terlalu membebankan bagi wanita yang sedang hamil boleh mengakibatkan masalah kesihatan kepada diri anda dan juga kandungan.
Tekanan mempengaruhi tempoh kehamilan
Emosi ibu mengandung yang turun naik bersama rasa tertekan adalah perkara biasa sepanjang tempoh kehamilan.
Ini kerana proses mengandung itu sendiri mendatangkan banyak perubahan dalam kehidupan, sama ada secara fizikal mahupun mental.
Tahap tekanan yang tinggi dan berterusan untuk jangka masa panjang boleh menjejaskan kesihatan, seperti mewujudkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
Semasa mengandung, tekanan berlebihan mengembangkan kemungkinan untuk mempunyai bayi pramatang, iaitu bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke-37 kehamilan.
Di samping itu, stres yang berterusan boleh meningkatkan risiko bayi lahir dengan berat badan rendah, yang kurang daripada 2.5 kilogram (kg).
Bukan itu sahaja, bayi yang lahir secara pramatang atau berat lahir yang rendah mempunyai risiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan.
Punca perubahan emosi ibu mengandung
Bagi kebanyakan wanita yang hamil, mendapat perkhabaran bahawa mereka berbadan dua juga boleh menjadi 1 pengalaman yang memberikan tekanan.
Dalam keadaan tersebut, anda akan berasa seperti hilang kawalan atau tidak mempunyai sumber dan sokongan yang mencukupi untuk menguruskan apa yang bakal anda lalui sepanjang tempoh kehamilan.
Antara punca tekanan biasa bagi setiap wanita yang mengandung adalah:
Anda mungkin berdepan ketidakselesaan semasa tempoh kehamilan seperti mabuk pagi, keletihan, sembelit, atau sakit belakang
Perubahan hormon mengakibatkan perubahan emosi. Mood swings menjadikan tekanan lebih sukar diatasi
Kerisauan tentang apa yang dijangkakan semasa proses kelahiran dan bagaimana untuk menjaga bayi
Jika anda bekerja, kebimbangan untuk uruskan tugasan kerja dan persiapan untuk mengambil cuti bersalin
Kerisauan tentang makanan dan minuman yang diambil mungkin memberi kesan kepada bayi
Perkara lain yang boleh menjejaskan emosi ibu mengandung termasuk:
Menunggu keputusan pemeriksaan pranatal
Pengalaman kehamilan lepas seperti keguguran atau kematian bayi
Kehamilan mengejut yang tidak dirancang
Berdepan perubahan fizikal semasa mengandung
Komplikasi kehamilan
Menjadi ibu bapa tunggal dan risau tentang bagaimana untuk menghadapinya
Masalah dalam perhubungan dengan pasangan atau keluarga
Masalah kewangan
Kehilangan atau bertukar pekerjaan
Kesedihan seperti kematian ahli keluarga
Masalah kesihatan seperti kemurungan atau penyakit mental
Jika anda mengalami lebih daripada 1 yang disenaraikan di atas dalam masa yang sama, bermakna anda berdepan tekanan yang banyak.
Bagaimana tekanan menjejaskan kehamilan?
Hubung kait antara tekanan dan kehamilan masih tidak dapat difahami dengan jelas. Tetapi sesetengah tekanan melibatkan hormon memainkan peranan ke atas komplikasi ketika mengandung.
Tekanan yang kronik atau berpanjangan boleh menjejaskan sistem imun yang melindungi diri daripada jangkitan.
Ini sekali gus meningkatkan risiko jangkitan pada uterus dan ia boleh mengakibatkan kelahiran pramatang.
Masalah lain yang boleh dialami:
Tidak cukup tidur
Tidak selesa sepanjang tempoh kehamilan seperti kesukaran untuk tidur, sakit badan dan mabuk pagi yang dirasakan lebih teruk apabila tertekan.
Pemakanan
Emosi ibu mengandung yang terjejas berkemungkinan menyebabkan mereka mengalami masalah berkaitan selera makan. Ia sama ada kurang atau terlebih makan.
Kesannya anda akan mengalami masalah kurang berat badan atau terlebih. Risiko untuk penyakit diabetes gestasi dan kelahiran pramatang adalah tinggi.
Tekanan darah tinggi
Stres berlebihan ketika tempoh kehamilan cenderung menyebabkan anda mengalami tekanan darah tinggi.
Keadaan itu meletakkan anda kepada masalah pre-eklampsia, kelahiran pramatang dan bayi lahir dengan berat yang rendah.
Bukan itu sahaja kesan kepada si manja, bayi dalam kandungan juga boleh berdepan gangguan tumbesaran serta menjejaskan tempoh kehamilan anda.
Tekanan kronik secara tidak langsung mendedahkan bayi dengan risiko perkembangan fizikal dan mental termasuklah tingkah-lakunya ketika melangkah ke alam kanak-kanak.
Mengawal perubahan emosi ibu mengandung
Sangat penting untuk menjaga perkembangan mental dan emosi sepanjang tempoh kehamilan, dan bukan sekadar menjaga kesihatan fizikal semata-mata.
Apabila anda berasa gembira dan sihat, anda pasti dapat mengatasi dan mengawal tekanan yang dihadapi.
Sudah tentu ia akan mengurangkan risiko untuk mengalami sebarang kesan yang tidak diingini kepada diri atau bayi dalam kandungan.
Kredit: Hello Doktor, Public Health Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.