Susu diketahui mempunyai banyak manfaat. Selain kaya dengan kalsium, susu juga adalah minuman yang memberikan pelbagai sumber nutrisi seperti protein, karbohidrat, lemak dan vitamin.
Walau bagaimanapun, adakah kebarangkalian susu boleh membahayakan kesihatan jika diambil terlalu banyak?
Berikut merupakan alasan mengapa minum susu terlalu banyak boleh memberi kesan buruk, sama seperti jika tidak minum cukup susu:
Berat berlebihan dan obesiti
Menurut kajian yang dijalankan selama 3 tahun dalam kalangan kanak-kanak sekolah, mereka yang diberikan 3 gelas susu atau lebih setiap hari adalah lebih berat daripada kanak-kanak yang minum susu dalam jumlah yang lebih rendah.
Kajian menunjukkan bahawa penambahan pengambilan susu; tidak kira susu skim atau lemak penuh, tiada kaitan dengan kawalan berat badan, tetapi dikaitkan dengan obesiti kanak-kanak.
Kajian membuktikan bahawa walaupun tiada hubungan antara kenaikan berat badan dan lemak tenusu, namun kandungan kalsium dalam produk tenusu sebenarnya menggalakkan kenaikan berat badan.
Ads
Kekurangan zat besi dan anemia
Minum banyak susu boleh menyebabkan kalsium yang ada dalam susu, menghalang penyerapan dan penghasilan zat besi. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa paras zat besi kanak-kanak menurun dengan drastik selepas minum susu berlebihan.
Tambahan pula, memandangkan susu merupakan minuman yang tinggi tenaga yang menggalakkan kekenyangan pada tempoh yang lama, maka kanak-kanak yang minum terlalu banyak susu akan rasa kenyang sehinggakan mereka tidak mahu makan sebarang jenis makanan.
Kekurangan zat besi menghalang pengeluaran darah dan penghantaran oksigen, yang akan mengganggu prestasi kognitif dan perkembangan kanak-kanak.
Ads
Kekurangan zat besi yang berpanjangan menjurus kepada anemia, iaitu keadaan yang menimbulkan pelbagai bahaya pada kesihatan seperti lemah fizikal, kesukaran memberi tumpuan, sakit dada, tekanan darah rendah, dan peningkatan kecenderungan kepada jangkitan.
Pengambilan kerap dan berpanjangan untuk makanan yang tinggi tenaga, tetapi rendah serat seperti susu boleh membawa kepada sembelit atau pergerakan usus terbantut disebabkan kurangnya pengambilan serat – komponen penting untuk pergerakan usus yang sihat dan normal bagi semua peringkat umur individu.
Kanak-kanak yang kuat minum susu juga selalunya terlalu kenyang untuk makan makanan serat lain. Selain itu, prosedur pempasteuran atau UHT (Suhu Ultra Tinggi) juga dipercayai memusnahkan semua enzim yang diperlukan untuk susu dicerna dengan betul dalam tubuh.
Intolerans laktosa dan alahan
Ads
Jumlah susu yang boleh diminum oleh kanak-kanak bergantung kepada berapa banyak laktosa yang boleh dihasilkan. Sesetengah kanak-kanak mungkin boleh minum beberapa gelas susu sehari, sementara sesetengah yang lain hanya boleh minum beberapa hirupan susu sahaja.
Tanda-tanda intolerans laktosa termasuklah kejang dan kembung perut, serta cirit-birit. Sementara, alahan protein susu boleh menyebabkan simptom yang teruk seperti muntah-muntah, gatal, berdehit, atau juga anaphylaxis – masalah dengan pernafasan.
Pengambilan susu: Berapa banyak yang dianggap terlebih susu?
Kajian dilakukan oleh Canadian Institutes of Health Research dan St. Michael’s Hospital Foundation terhadap 1311 kanak-kanak sihat di Toronto, yang berusia lingkungan umur 2 hingga 5 tahun.
Pemerhatian kajian adalah pada paras vitamin D dan zat besi dalam sampel darah kanak-kanak, di samping memantau jumlah susu yang mereka ambil setiap hari, penyelidik menyimpulkan bahawa kanak-kanak disarankan minum susu sebanyak 500 mililiter setiap hari untuk mendapatkan paras zat besi dan vitamin D yang secukupnya.
Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak boleh minum susu lebih daripada 700 ml setiap hari.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bella atau Sophea Isabella adalah anak sulung pasangan Datuk Dr Sheikh Muszaphar & Datin Dr Halina. Baru berusia 7 tahun tapi pencapaiannya dalam taekwondo amat mengagumkan kerana sudah menerima tali pinggang merah hitam.
Datin Dr Halina berkongsi perasaannya di Instagram dengan memuat naik gambar yang memaparkan baju & tali pinggang taekwondo Bella. Rasa sebak bagi ibu apabila melihat pencapaian anak dan secara tidak langsung merasakan anak sudah membesar dengan pantas.
drhalina So proud of Little B… Poom belt with her name on it! Not so little anymore.. Why am I so emo looking at the belt.. ?
Pencapaian Bella sangat baik bagi kanak-kanak seusianya.
Netizen mengucapkan tahniah kepada Datin Dr Halina & Bella atas pencapaian ini. Manakala mereka yang di kalangan ibu berkongsi pengalaman dan perubahan emosi ketika melalui momen sebegini dalam perkembangan anak. Ada netizen berseloroh, Bella dah boleh jadi bodyguard mommy!
Keajaiban anak kembar menjadikan ia sangat unik. Nak tahu lanjut mengenai anak kembar dan kelahiran anak kembar, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma bertajuk ‘Dunia Si Kembar’ Selasa depan, 23 Oktober 2018 jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima dan Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Aina…tutup peti ais tu. Kenapa asyik bukak je? Nanti habis rosak barang dalam tu!” Anak anda yang kecil ada tak buat tabiat ini? Dalam sehari asyik buka peti ais sahaja kerja mereka. Papa dan mama tentu naik rimas melihat tingkah laku tersebut. Memang kalau ada anak kecil yang sudah pandai ‘explore’ banyak benda, peti ais boleh jadi mimpi ngeri kepada ibu bapa.
Tetapi sebelum papa dan mama marah mereka cuba fahamkan dulu apa punca si kecil suka sangat ‘explore’ peti ais. Lepas dah tahu apa puncanya mungkin boleh buat langkah pencegahan dan keselamatan untuk elakkan anak daripada mendapat bahaya.
Sebenarnya ada beberapa sebab yang mungkin menyebabkan kanak-kanak kecil dari usia 10 bulan hingga 6 tahun sangat suka buka pintu peti ais. Ini antaranya:
1. Rasa ingin tahu yang sangat tinggi
Bayi dan kanak-kanak memang terkenal dengan sikap ingin tahu mereka yang tinggi. Mereka asyik lihat papa dan mama buka pintu peti ais jadi keinginan untuk mencuba turut ada dalam fikiran mereka. Bila dapat peluang memang tak akan dilepaskan.
2. Menarik perhatiannya
Bentuk objek peti ais itu sendiri sangat menarik perhatian si kecil. Apatah lagi jika selalu memerhatikan orang dewasa buka dan tutup pintu peti ais serta mengeluarkan pelbagai barangan daripadanya.
3. Kagum dengan pencapaian sendiri
Biasanya mula-mula si kecil hanya kerap berdiri depan peti ais sambil cuba membuka pintunya tetapi tidak berjaya. Namun, hasil tak mengenal erti putus asa jangan terkejut kalau anak anda akhirnya berjaya membuka sendiri pintu peti ais. Kali pertama berjaya, anak anda akan ketawa gembira dan bangga dengan pencapaiannya. Selepas itu mereka akan jadikan tabiat buka peti ais sebagai satu aktiviti wajib setiap hari. Bertabahlah mama!
4. Cari makanan atau minuman kegemaran
Oh, mereka tahu dalam peti ais ada banyak makanan dan minuman yang disimpan oleh papa dan mama.
Mungkin juga ada makanan dan minuman yang mereka tidak dibenarkan makan. Jadi si kecil berusaha untuk mendapatkan makanan dan minuman kegemarannya di dalam peti ais.
5. Melatih kemahiran tangan
Dari sudut positif, kebolehan si kecil membuka pintu peti ais adalah satu bentuk kemahiran motor halusnya apabila mereka semakin mahir menggunakan tangan. Jadi, tabiat membuka pintu peti ais boleh juga menjadi satu rangsangan positif pada perkembangan kemahiran tangannya.
6. Si kecil memang bijak
Bukankah sikap semula jadi si kecil memang meniru perbuatan orang dewasa. Sebenarnya mereka sedang meneroka persekitaran dan belajar banyak perkara daripadanya dan sememangnya si kecil anda budak bijak!
Jika anak anda sudah sampai peringkat tabiat ini, sentiasa utamakan keselamatan mereka terjamin. Berikut antara langkah keselamatan yang mesti dilakukan bagi mengelakkan anak diancam bahaya.
Jangan biarkan anak berseorangan di dapur kerana bimbang dia akan buka dan masuk dalam peti ais.
Jauhkan plug peti ais daripada jangkauan si kecil.
Jangan simpan ubat atau sebarang makanan/minuman yang tidak sesuai untuk anak kecil dalam peti ais.
Jika boleh segala makanan/minuman dalam botol/bekas kaca jauh daripada capaian anak bila dia membuka peti ais.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ibu bapa tentu bimbang apabila anak tersayang disahkan autisme Lebih menakutkan apabila tidak menyedari bahawa selama ini anak menghidapi autisme. Namun, ia tidak bermakna masa depannya gelap. Jika dilihat sudut yang positif ramai penghidap austisme muncul sebagai ikon yang berjaya contohnya Bill Gates yang merupakan ikon teknologi moden yang merupakan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen).
Nyata dengan asuhan yang betul, kanak-kanak autisme boleh menjana potensi luar biasa dalam dirinya. Sebenarnya lebih awal masalah anak-anak autisme dapat dikesan adalah lebih baik, namun biasanya guru tadika yang menyedari akan kelainan perkembangan anak itu.
Ikuti kisah benar seorang bapa, Abdul Malek MB yang menyenaraikan bagaimana beliau dan isteri mengesan anaknya sebagai autism. Semoga perkongsian beliau menjadi panduan berguna untuk mengenal pasti tanda-tanda autisme sebelum langkah seterusnya mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar yang bertauliah.
Ramai bertanya berkenaan bagaimana saya dan isteri boleh kesan anak autism ?
Agak meletihkan untuk beri jawapan atau jawap persatu pada setiap individu. Jadi saya ambil keputusan untuk tulis status ini bagaimana saya dan isteri dapat kesan anak saya autism walaupun pada awalnya saya tak tau mengenai autism.
Ibrahim di diagnose dah di sahkan autism pada 30.11 pada usianya 3 tahun 1 bulan.
Pada awalnya tak berapa perasan sebab ibrahim anak sulung dan fizikalnya normal dan pembesaran fizikalnya normal. Dengan izin Allah usaha mak mertua untuk bawa cucunya di diagnose lah membawa Ibrahim kepada pakar.
Sebelum di diagnose, Mula-mula perasan dan agak pelik bila …
1- Usia Ibrahim 2 tahun hingga tarikh di diagnose langsung tak mengeluarkan suara walaupun pada usia nya setahun sudah keluar beberapa perkataan.
2- Apabila di panggil tiada sahutan dan tidak menoleh.
3- Tidak bermain permainan lego(bricks) yang di beli dan bermain dengan cara yang tak sepatutnya walaupun sudah di ajar beberapa kali.
4- Main permainan seperti lori , kereta dengan cara agak pelik. Main tayar, sembunyi dan susunkan semuanya bawah sofa.
5- Selalu bangun malam. Biasa pukul 2 pagi terjaga hingga 4/5 pagi dan adakala hingga ke subuh. Apa dia buat ? Bermain sendirian, melompat-lompat kadangkala ketawa sendirian kadangkala menangis sendirian tanpa sebab.
6- 2 minggu pertama di skool(nursery) hampir semua rakan di gigitnya. Pada ketika usianya 2 tahun 4 bulan.
7- Bila bercakap dengan dia tiada eye contact.(Kita sedang cakap dengan dia tapi dia tengok tempat lain)
Di atas adalah antara tanda / sign Ibrahim hingga membawa saya untuk hantar untuk ibrahim di diagnose.
Selepas di diagnose saya termenung lama dan merenungi perjalanan ibrahim dari sejak dia lahir. Rupanya tanda autism itu sudah ada sejak dia dari bayi lagi. Antaranya :
1- Dia adalah baby yang paling senang jaga. Menangis ketika lapar je. Lepas kenyang tido.
2- Meraung-raung ketakutan apabila isteri on blender untuk memasak. Apabila usianya setahun lebih, wajah dan cara ketakutan yg sama saya perasan bila dengar mesin rumput.
3- Ibrahim adalah baby yang tak pernah jatuh katil walaupun sekali. Semasa dah pandai meniarap dan merayap serta merangkak dia akan rasa dahulu sebelum turun katil.(Bijak kan ?)
Usia setahun-2 tahun
4- Flapping hand ketika usianya setahun lebih dengan sangat kerap.
5- Suka berjalan dengan jinjit kaki. Berulang-ulang kali.
6- Suka berpusing-pusing ikut kipas. Berulang-ulang kali.
7- Mula mengeluarkan words pertama iaitu bi (abi), nek(nenek) , nak, jukk (sejuk)- kemudian ketika umur 2 tahun hilang terus.
8- Nak makan atau meminum sesuatu dia rasa test di hujung lidah dulu. Kalau lembik dia tak akan makan. Kalau panas atau kelat, tawar dia tak akan minum.
9- Suka main bawah meja, bawah kerusi.
10- Trauma dengan air.
11- Ketawa dan menangis tanpa sebab. Tiba-tiba ja.
12- Tak bermain di playground.
13- Kerap bangun malam
14- Tak bermain bersama sepupu-sepupunya yang sebaya.
15- Jika nak makan dia akan bawa pinggan kepada saya atau umi dia. Jika nak minum dia akan bawa bekas air kepada kami.
Umur 2 tahun- 3 tahun
16- Langsung takde suara. Senyap je.
17- Segala permainan, peralatan semuanya akan di masukkan dan di susun bawah sofa.
18- Gila bermain dengan atv dia dan bola.
19- Menangis dan ketawa sendirian tanpa sebab.
20- Peralatan yg bergerak seperti kipas berdiri di kerjakannnya hingga patah bilah nya. Sebab suka sangat dengan angin.
21- Masih trauma dengan air. Air paras lutut sudah mengigil satu badan.
22- Flapping hand dengan lebih kerap.
23- Gigit kawan2 nursery yg mengganggu dia. Dan gigit yg satu jenis paten budak – chubby + putih.
24- Tak boleh duduk diam walau sesaat. Kecuali penat dan tido.
25- Suka memanjat. Pernah asingkan kerusi dari meja. Tapi dia pandai pilih kerusi. Dia ambil kerusi ringan di guling-gulingkan ke meja kemudian panjat.(bijak kan?)
26- Tiada eye contact. Suka melarikan mata.
27- Sukar di pegang.
28- Agak mudah tantrum. Bila tantrum melompat-lompat, guling-guling dan pernah menghantuk kepalanya di dinding.
29- Jika jatuh teruk , dia hanya menangis kurang 10 saat. Kemudian main semula.
30- Tidak bermain bersama sepupu-sepupunya. Buat hal dia ja.
31- Tukang ‘kemas’ rumah. Cadar, alas meja semua, baju semua di selongkarkan. Segala benda atas meja akan di turunkannya.
32- Jalan suka jinjit. Pijak rumput jinjit. Pegang daun hujung jari. Mengelak dari badan kena daun pokok.
33- Suka berpusing-pusing ikut kipas siling rumah. Dan suka pusing-pusing mengelilingi badan kita. Berulang-ulang kali.
34- Tak pandai bermain di playground even main gelongsor dan naik buaian pun.
35- Tidak ikut aktiviti di skool. Tapi tak kacau orang. Buat hal dia sendiri. Hanya baik dengan certain teacher ja.
36- Kerap bangun malam. Biasa jam 1 atau 2 pagi bangun dan berjaga hingga 4,5 atau kadang2 sampai lepas subuh baru tidur semula.
Saya harap terjawab soalan bagi yang bertanya. Pastikan M-chart anak di buat dengan betul dan bawalah anak cepat-cepat ke pakar yang berkaitan (pakar kanak-kanak dan bukan semua pakar kanak-kanak boleh mengesahkan anak anda autism) jika ada tanda-tanda autism yg common seperti speech delay, tak bersosial, kerap flapping, ketawa atau menangis tanpa sebab, tiada eye contact dan repetitive action, Silalah bawa untuk di diagnosis segera.
Sesudah di diagnose jika sah autism apply lah kad OKU secepatnya sebab bukan untuk ibu bapa tapi untuk kebajikan anak untuk di terima di pusat-pusat intervensi awal kerajaan. Yang swasta ada cuma agak tinggi kosnya. Salah satu yang termurah bawa ke NASOM. Jika mampu bawa ke pusat swasta yang kadarnya di antara 2k-3k sebulan untuk half day, bagi saya tiada masalah. Cuma still, the best terapis (terapi OT, ST, Daily routine dan diet) untuk anak2 autism kita ini adalah Ibu Bapa sendiri.
Jika anak sudah di diagnose sah autism, perkara pertama sekali buatlah sujud syukur dan belajar terima nya seadanya serta tidak membandingkan dengan kanak-kanak lain sbb anak autism berbeza dengan kanak-kanak tipikal(normal). Kemudian joinlah grup Autisme Malaysia , ramai teman sekasut anda ada di situ pinjam bahu mereka.
Jika perlu nangis , nangislah semahunya dalam doa anda. Mengadulah dengan sepenuh jiwa kepada yang Maha Mendengar ,Maha mengetahui, Maha memahami lagi Maha penyayang..InshaAllah bantuanNya akan tiba tepat pada ketika kita memerlukannya.
Pakar pengkaji belum jumpa punca sebenar terjadinya autism. Jadi, bukanlah mudah untuk menerima dengan redha anak autism bagi ibu bapa, apatah lagi orang luar (apatah lagi apabila dengar cerita dari mulut parent yg mengajar anak autism dia, didik hanya untuk mandi berdikari sendiri. Dari buka baju sampai pakai baju semula mengambil masa setahun). Segala tekanan, stress kita sama-sama kembalikan kepada yang Maha menjadikannya. Dia Maha perancang dan perangcangNya yang terbaik untuk kehidupan kita bersama anak autism yang memerlukan 25-40 jam seminggu terapi.
Yang paling nyata sekali. Allah sayang kita semua dan kita cintailah Allah semahunya kerana hanya Dia yang tahu atas anugerahNya ini. Pasti Allah sedang menyiapkan sesuatu yg terbaik untuk kita di dunia ini. Jadikan ini sebagai platform untuk menjadikan Allah bertambah sayang kepada kita sekeluarga. Kejar syurgaNya. Dapatkan redha dan rahmatNya kerana pasti Allah sediakan balasan yang sebaik-baiknya dan Bukan kah syurga itu sebaik-sebaik balasan ?
Alhamdulillah kini Ibrahim sudah banyak kemajuannya cuma masih perlu banyak lagi yg perlu dilakukan untuk Ibrahim.
Jika ada yang ingin menambah di persilakan sebab setiap satu anak autism itu berbeza-beza. Every single one is unique.
To Parent Yang Mempunyai Anak Autism. You are the best parents i have ever met in my entire life. You are Special. You are super natural parents ! Keep it up !
Hopefully me and my wife can be strong as strong as you gais and learn as much as we can from you gais. I still have looonngggg journey to walk, play and learn with my autism son with Allah permitted. Thank you for everything. May Allah bless you very very much !
Luv u gais ! Luv my life !
#beautifullife #autism #autisme #asd #semarakbiru
PS :
Wahai Allah Yang Maha Membuka. Membuka apa saja. Sesuaikan dengan lintasan hati, fikiran, doa, keperluan. Termasuk membuka hati yang beku dan keras. Termasuk buka pintu jodoh, pintu rezeki dan lain-lain.
Wahai Yang Maha Memberi Rezeki Wahai Yang Maha Mengubah Keadaan. Ubahlah keadaan kami, kepada keadaan yang lebih baik lagi. Bukan saja soal ekonomi, tentang hari-hari kami, kesulitan kami, kesusahan kami, tapi juga mengubah yang tak biasa bangun malam, jadi mampu dan biasa bangun malam. Yang biasa maksiat, jadi biasa taubat. Yang biasa bikin dosa, jadi biasa ibadah. Yang tidak biasa berjamaah di masjid, jadi mampu dan biasa berjemaah. Yang anaknya nakal dan teruk, jadi baik-baik semua anaknya. Dari suami atau isteri yang tidak atau kurang mnyenangkan hati, jadi menyenangkan atau selalu menentramkan hati.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.