Pantang kita terlepas pandang, anak ke dapur dan akan buat percubaan untuk buka peti ais. Bila dah semakin mahir, makin kerap pula dia buat. Dah jadi tabiat pula! Pastinya kita akan marahkan anak kerana khuatir barang makanan di dalam itu rosak atau sebenarnya kita lebih risaukan keselamatannya.
Anak kecil anda ada tabiat ini? Dalam sehari asyik buka peti ais sahaja kerja mereka. Mama tentu naik rimas melihat tingkah laku tersebut. Memang kalau ada anak kecil yang sudah pandai explore banyak benda, peti ais boleh jadi mimpi ngeri kepada ibu bapa.
Tetapi sebelum marahkan mereka cuba fahamkan dulu apa punca si kecil suka sangat explore peti ais. Lepas dah tahu apa puncanya mungkin boleh buat langkah pencegahan dan keselamatan untuk elakkan anak daripada mendapat bahaya.
Sebenarnya ada beberapa sebab yang mungkin menyebabkan kanak-kanak kecil dari usia 10 bulan hingga 6 tahun sangat suka buka pintu peti ais. Ini antaranya:
1. Rasa ingin tahu yang sangat tinggi
Bayi dan kanak-kanak memang terkenal dengan sikap ingin tahu mereka yang tinggi. Mereka asyik lihat papa dan mama buka pintu peti ais jadi keinginan untuk mencuba turut ada dalam fikiran mereka. Bila dapat peluang memang tak akan dilepaskan.
Ads
2. Anak tertarik dengan aktiviti buka peti ais
Bentuk objek peti ais itu sendiri sangat menarik perhatian si kecil. Apatah lagi jika selalu memerhatikan orang dewasa buka dan tutup pintu peti ais serta mengeluarkan pelbagai barangan daripadanya.
3. Mula-mula nak cuba, dah mahir dia jadikan tabiat!
Biasanya mula-mula si kecil hanya kerap berdiri depan peti ais sambil cuba membuka pintunya tetapi tidak berjaya. Namun, hasil tak mengenal erti putus asa jangan terkejut kalau anak anda akhirnya berjaya membuka sendiri pintu peti ais. Kali pertama berjaya, anak anda akan ketawa gembira dan bangga dengan pencapaiannya. Selepas itu mereka akan jadikan tabiat buka peti ais sebagai satu aktiviti wajib setiap hari. Bertabahlah mama!
Oh, mereka tahu dalam peti ais ada banyak makanan dan minuman yang disimpan oleh mama.
Ads
Mungkin juga ada makanan dan minuman yang mereka tidak dibenarkan makan. Jadi si kecil berusaha untuk mendapatkan makanan dan minuman kegemarannya di dalam peti ais.
5. Anak nak latih kemahiran tangannya
Dari sudut positif, kebolehan si kecil membuka pintu peti ais adalah satu bentuk kemahiran motor halusnya apabila mereka semakin mahir menggunakan tangan. Jadi, tabiat membuka pintu peti ais boleh juga menjadi satu rangsangan positif pada perkembangan kemahiran tangannya.
Bukankah sikap semula jadi si kecil memang meniru perbuatan orang dewasa. Sebenarnya mereka sedang meneroka persekitaran dan belajar banyak perkara daripadanya dan sememangnya si kecil anda budak bijak!
Jika anak anda sudah sampai peringkat tabiat ini, sentiasa utamakan keselamatan mereka terjamin. Berikut antara langkah keselamatan yang mesti dilakukan bagi mengelakkan anak diancam bahaya.
Jangan biarkan anak berseorangan di dapur kerana bimbang dia akan buka dan masuk dalam peti ais.
Jauhkan plug peti ais daripada jangkauan si kecil.
Jangan simpan ubat atau sebarang makanan/minuman yang tidak sesuai untuk anak kecil dalam peti ais.
Jika boleh segala makanan/minuman dalam botol/bekas kaca jauh daripada capaian anak bila dia membuka peti ais.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seronoknya lihat keluarga ni bercuti selama 14 hari di New Zealand bersama anak-anak dengan menggunakan ‘Motorhome’ dan sungguh jimat. Apa lagi, tidak lama lagi cuti sekolah, selain cuti-cuti dalam negara, apa kata melancong ke luar negara.
Jika ada anak-anak masih kecil tak perlu risau, tentu ada pelbagai persediaan yang perlu tahu. Perkongsian pasangan suami isteri ini yang melancong ke New Zealand selama 14 hari bersama dua anak kecilnya boleh dijadikan panduan. Jom ikuti perkongsian di laman Facebook SomethingBorrowed byNawal ketika percutiannya pada awal tahun lepas. Gunakan kod promo ini untuk harga yang istimewa.
Nak share 14 Days DIY trip ke New Zealand 22 March hingga 4 April 2017 bersama suami dan 2 anak kecil kami iaitu 7 hari di North dan 7 hari di South. Total drive almost 4000km. Di North sewa kereta & di South sewa motorhome. Untuk motorhome, kami amik package relocation so kene drive dari North ke South.
Tip bercuti bersama anak di New Zealand
Sampai di Auckland airport, boleh cari booth information. Dekat situ bole call free je “car rental provider” untuk arrangekan shuttle. Kalau stay kat hotel pulak, cuba try cari hotel yg bagi servis free shuttle. Jimat duit untuk transport. Taxi die mahal. Masa dekat Christchurch, naik taxi ke airport dlm 10 min drive kena charge NZD25/RM80.
Drive ikut had laju. Wajib. tu pesanan driver yg amik kiteorg dari airport. Kereta max speed 100km/hr and motorhome 90km/hr.
3. Masa nak amik kereta, make sure amik gambar kereta luar & dalam. In case dieorg tak perasan, kita ada bukti. Masa nak amik kereta pulak sgt senang procedure sbb kiteorg sampai after office hour.So deal dengan 3rd party. Call and naik free shuttle ke hotel tempat dieorg letak kereta. Isi and sign borang, terus dapat kunci.
4. Sila bagi laluan dekat kereta belakang kalau line dh panjang. Ni tips dr kawan2 yg lain..dieorg mmg particular bab ni.
5. Bila check in holiday park/hotel make sure tanya dieorg dulu apa attraction yang ada sbb dieorg boleh bg discount. Dapat 10%-20% pon dah jimat banyak dah.
Kebanyakan holiday park tutup pukul 9mlm. So better arrange time untuk sampai before tu. kalau naik motorhome, x perlu book sebulan awal pon…just walk in or book hari yg sama…kalau naik kereta and nak sewa motel/air bnb tu better book awal2 sbb boleh dapat murah. Cthnya sy book motel 2 bulan awal, dapat NZD65/RM208, tapi, atas kecuaian sendiri, booking tu tercancel sbb debit card tu x valid (debit card lama). Sy pulak tak perasan email yg dieorg hantar. So nak book balik motel yg sama dh jadi NZD148/RM474. Ralat sangat..
Kalau ada anak kecik, better bawak carrier dari stroller. Attraction kat sini tak berapa nak stroller friendly. Cthnya termal wonderland tu. Jalan berbatu batu and mendaki. Kiri kanan pulak air panas..bahaya…Kalau nak naik gondola pon sama, gondola kecik boleh muat 4 org je..so tak tau la kalau bawak stroller mcm mana. maybe kene tinggal kat bawah..
Kids Carrier backpack ni boleh free check in. Masa pergi NZ naik Air Asia, kiteorg mmg beli baggage so tak tanya. Dari Christchurch ke Auckland, kiteorg naik Air New Zealand. Nasib baik tanya. Rupanya memang dieorg bagi free check in untuk kids carrier, car seat & stroller. So masa nak balik Malaysia, kiteorg tanya staff Air Asia di Auckland , die kata x sure tapi die baik hati tlg check in kan for free. Dia consider as stroller.
Drive kat NZ mmg kene selalu allow extra time. Sebab jalan die berbukit bukau. tak boleh nak ikut sgt timing based on google map/distance calculator.
Minyak make sure bila half je terus isi. Jangan amik risiko tunggu minyak tinggal 1 bar baru isi. Harga minyak pulak berbeza beza..Better isi kat kawasan pedalaman sket lebih murah berbanding town yang besar. Dekat sana dieorg based on trust. Isi minyak dulu, baru bayar.
Bila drive kat south, kene slalu berhati2 dengan “Brige 1 lane”. Make sure slow/berhenti dulu bila nampak bridge, walaupon tu jalan kita. Kalau bukan kita, org lain yang buat silap.
Kene sentiasa alert dengan signboard especially dekat south. Banyak kali jumpa kereta bertentangan bg lampu dan tulis signboad “Wide load ahead/Oversize load”. Bila bawak motorhome mmg sah2 tak muat nak lalu so kene berhenti.
Car charger sangat membantu. kiteorg dapat pinjam free skali dengan package GPS.
Masa nak amik motorhome, kiteorg amik package GPS+Wifi NZD15/RM48 per day sebab kiteorg tak beli simcard. so senang dapat internet all the time except kawasan yg mmg out of coverage.
Kalau travel dengan anak2, siap2 la download movie cartoon semua. Boleh pakai usb kat TV dalam motorhome. Boleh bukak tv sepanjang jalan. Dieorg pon tak la boring sebab most of the time duduk dalam kereta je.
Jalan yang paling mencabar ialah jalan ke Milford Sound. tapi alhamdulillah ok je bawak motorhome ke sana as long as ikut limit die.
Kalau nak book ferry/flight, pilihlah yg ada pilihan easy change. Senang tak terikat dengan masa..boleh tukar anytime..Macam kiteorg sepatutnya naik ferry pukul 1.30ptg, tp tukar ke 9pagi free sahaja.
Bookme.co.nz memang sangat membantu untuk dapat tiket attraction dengan harga yg murah. Tapi one thing yg tak best ialah terikat dengan masa. So kiteorg beli semua ticket direct kat kaunter je. Walaupon mahal sket, at least tak la terkejar2 nak drive.
Bawak usb multiple port better dr extension. Senang nak charge skali banyak2. tak perlu bawak semua kepala cable.
Bila bawak anak2 travel, make sure kene sentiasa ada makanan. dieorg ni cepat lapar. beli roti/buah2/biskut2. Air mineral dekat supermarket murah. Avoid beli dekat kedai2 luar sbb satu mineral water around NZD4/13.
Ubat-ubatan sangat penting. Jangan lupa bawak and jangan lupa declare masa sampai airport. Bawak nose frida kalau ada baby. senang nak sedut hingus kalau selsema..Dan sila amik travel insurans. Yang ni sangat penting in case jadi apa2. Nauzubillahiminzalik. Travel insurans tak la mahal sgt. dalam RM100++ untuk kami sekeluarga
Check cuaca setiap hari. Cuaca kat sana selalu berubah ubah. Untuk anak2, better bawak payung/raincot/waterproof hooded jacket.
Bila jumpa satu supermarket yang ada jual daging/ayam halal, beli je trus byk2 buat stock. tak semua tempat ada jual daging halal. Kiteorg beli stock dekat Auckland bawak all the way to South.
Bila book powered campsite untuk motorhome, jangan lupa request nak dekat dengan playground/toilet. Tu je hiburan untuk anak2 kecik, Dekat south tak banyak attraction untuk kids, so nak happykan dieorg, playground la jawabnya..kebanyakkan top 10 holiday park ada yg jumping pillow. All time fav budak2 ni.
Kalau amik motorhome, make sure dump waste & top up air setiap hari sebelum start perjalanan. Takde la risau air x cukup or toilet penuh. Toilet dalam motorhome memang sgt2 membantu dan menyenangkan perjalanan kami. Nak bersihkan pon senang je tak geli pon sbb dah letak chemical yg larutkan najis. so bila buang, keluar air warna biru je.
Untuk motorhome, sila download Apps campermate. Sangat membantu untuk cari campsite/dump station etc. Sometimes ada promo campsite 30-40% untuk apps user within 100km
Bawak selipar. senang sangat nak ke toilet/amik wuduk.
Kalau nak jimat duit, cari freedom camping. max boleh 2 hari free, 1 hari bayar sebab motorhome ni boleh tahan 48jam tanpa charge elektrik, Banyak je tempat yg boleh freedom camping (untuk self contained vehicle yg ada toilet). ataupon kalau x jumpa freedom camping, boleh check in campsite tapi amik yg unpowered site lg jimat dan boleh pakai semua facilities yg ada jugak.
Bawak powerbank 2,3 unit. membantu bila freedom camping sbb xde elektrik. So nak charge hp boleh pakai power bank je, Make sure bila check in dekat powered campsite, charge semua gadget..
. Bawak spec mata. cahaya matahari kat sana sangat silau. Memang susah nak drive kalau tak pakai spec.
Dekat sana banyak Asian market, Boleh cari rempah ratus kat sana, Kalau suka pedas, boleh cuba bawak cili padi dr Malaysia. x pasti lepas ke tak tapi cili kat sana sgt mahal! 4 biji je NZD6
Kalau nampak signboard yg tulis scenic view/look out point, sila berhenti. mmg view die SubhanaAllah.. Cantik sangat! Summary: – Kalau ada peluang ke sana lagi, will definitely go to south and sewa motorhome. Senang bila ada anak yang nak ke toilet atau lapar. boleh terus masak anytime je.
Mudah guna motohome bila bercuti bersama anak-anak
Untuk ada anak kecik, bonus point. My daughter kadang sampai 4 kali sehari pegi toilet. kalau die nak ke toilet tu mmg dan dan tu jugak la. so bila drive kereta mmg kene sentiasa tanya and behenti ke toilet. + Masa bawak kereta, bangun pagi kene buat bekal makanan siap2 untuk lunch and snack. Bila bawal motorhome, behenti je mana2 rest area untuk masak & picnic + Boleh drive ikut waktu kita. If let say terlambat sbb byk behenti, drive je sampai mana yg termampu. then cari freedom camping tido. Tak terikat dengan office hour campsite + Ada Tv. Anak2 enjoy tgk tv sepanjang perjalanan. Kalau bawak kereta, dieorg tgk hp. Tapi hp ni limited sket la sbb xleh download movie byk2. + Bila anak crancky, boleh bukak fridge makan ice cream sambil jalan. Jimat masa CONS + Nak mandi kene cari campsite. Sbb Water tank tu tak la byk sgt. kalau mandi kerbau boleh la.. + Size besar so agak ssh nak cari parking. Tapi parking tetap ada cuma kene cari jauh sket..kalau pegi supermarket, cari parking lot yg depan belakang kosong. so amik 2 lot tuk parking + Hari hari kene buat dumping & isi air..amik masa 1/2 jam jugak untuk buat tu. Tapi bila dah get used to it, dah x rasa beban pon So far, memang puas hati sgt sewa motorhome ni. Kalau nak rasa pengalaman baru, sila la cuba…Satu kepuasan bila dapat bawak tu..
Ps: Masa booking motorhome, sila request nak auto/manual.. dieorg tak boleh janji bg apa yg kita nak, tapi dieorg akan buat remark and cuba tunaikan. Macam sy mmg x reti drive manual, berdoa sangat sangat supaya dapat auto. Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan di sana.
Menariknya percutiannya cara ini. Memang bagus panduan yang berdasarkan pengalaman yang dikongsi oleh pasangan suami isteri ini. Semoga bermanfaat untuk ibu ayah yang merancang bercuti ke luar negara.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ajar anak menulis dan memegang pensel bukanlah perkara yang mudah seperti yang kita jangka. Kalau tak kena cara, anak boleh mengamuk dan kita juga lebih mudah putus asa. Hal ini mungkin menjadi lebih sulit jika anak sudah mencapai satu posisi yang ‘pelik’ untuk memegang pensel.
Memegang pensel bukan hanya melibatkan kemahiran motor halusanak, malah ia juga melibatkan kemahirannya untuk mengawal otot-otot pada tangan dan bahu. Dengan teknik yang sesuai untuk ajar anak menulis, mereka akan dapat melakukannya dengan baik walaupun secara santai.
Aktiviti mengumpal kertas dan menjadikan seperti sebiji bola serta dilemparkan ke dalam bekas sasaran boleh meningkatkan koordinasi mata dan tangan anak untuk memegang pensil dan menulis.
Berikut antara perkongsian dari seorang ibu, Puan Aminah Hussain membantu anak-anaknya meningkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan.
Semasa hendak memasukkan anak saya ke tadika semasa umurnya 5 tahun, saya ada berjumpa dengan bakal gurunya. Bakal gurunya yang saya mesra dipanggil ummi beritahu, jika boleh ajarlah anak pegang pensil dengan betul dulu.
Jika datang dengan menggenggam pensil, nampak gaya ummi kena bekerja keras untuk melatih anak ini supaya mahir menulis dan membaca.
Pernah tak kita marah anak tuang air ke dalam cawan dan air tu tumpah? Sebenarnya anak kekurangan “eye-hand coordination skill” atau bahasa melayunya anak kekurangan kemahiran koordinasi mata dan tangan.
Bahasa lebih mudahnya ialah mata dan tangan menjalankan aktiviti serentak. Koordinasi mata dan tangan ini sangat diperlukan untuk anak kita pandai memegang pensil dan menulis.
Selain itu anak akan lebih mahir memasukkan sesuatu dalam bekas.
Banyak aktiviti mudah yang kita boleh main dengan anak dirumah. Salah satunya yg saya kongsikan pada gambar.Ini saya panggil main bola keranjang dalam rumah ini atau “indoor basketball”.
Boleh mula dari anak umur 2 tahun lagi. Gunakan apa yang ada dalam rumah saja. Bakul boleh, besen boleh dan sebagainya.
Menangani anak-anak yang nakal merupakan satu tugas yang mencabar kepada ibu bapa. Kalau dilihat daripada perkembangan anak-anak, memang semua anak-anak akan melaluoi fasa ini.
Ya, semua anak akan mengalami fasa ‘nakal’ atau aktif sebenarnya. Kita yang sudah jadi mak ayah pun sama juga. Menurut Terapis Cara Kerja, Puan Maryam Jamadi, fasa ‘nakal’ ini selalunya bermula semasa fasa autonomi (18 bulan – 3 tahun) dalam perkembangan emosi dan sosial.
Anak akan mula mengamuk apabila tidak mendapat apa yang dikehendaki, nak lari ke sana ke mari ke tempat yang dia mahu, ambil apa yang dia mahu dan sebagainya. Waktu inilah fasa kritikal membentuk tingkahlaku anak. Kalau mak ayah abaikan waktu ini, tingkahlaku negatif anak akan menjadi semakin berpanjangan.
Berikut dikongsikan tip penyelesaian masalah tingkahlaku anak yang biasa ada pada semua anak. Sesuai untuk anak berumur 18 bulan ke atas. Tip ini adalah perkongsian daripada Puan Maryam Jamadi
MASALAH ANAK DAN PENYELESAIAN
1. Anak terlampau aktif di luar rumah
Ramai orang ingat semakin kita kurung anak, semakin anak dapat dikawal. Sebenarnya tidak, semakin kita kurung semakin anak susah dikawal. Konsepnya sama dengan semasa anak baru “dapat kaki”, asyik nak berjalan sahaja sampai dah tak fikir apa-apa. Tetapi pasti sampai satu masa, anak akan mula kurangkan aktiviti berjalannya berbanding masa mula-mula “dapat kaki”. Betul tak?
Agak-agak kalau kita sekat anak dari berjalan dengan ikat kakinya, dia akan berhenti berjalan? Masa diikat sahaja anak berhenti berjalan, bila buka ikatan lagi kuat anak nak berjalan. Sama juga bila kita kurung anak, bila dilepaskan makin susah dikawal.
Dunia ini terlampau kecil bagi anak sehinggakan benda kecil pun dapat buat anak bahagia. Bawa pergi “shopping mall”, tak beli apa-apa pun anak dah bahagia sehingga nak lari kesana kemari.
Percaya tak kalau saya kata, ada perbezaan tahap aktif pada anak jika kita bandingkan anak yang mak ayah bawa keluar setiap hari dan anak yang mak ayah bawa keluar sebulan sekali? Sangat-sangat berbeza. Sebab itu, setiap kawasan perumahan pasti ada taman permainan kerana taman permainan adalah keperluan WAJIB untuk perkembangan anak-anak kita.
Kalau perasan anak susah dikawal apabila pergi ke taman permainan, bawalah mereka ke sana selalu. Kalau anak susah dikawal apabila pergi pasaraya, bawalah mereka pergi untuk “window shopping”. Tetapi kalau perasan anak sangat susah dikawal semasa di luar rumah, saya sarankan cari tempat yang:
– Kurang padat supaya anak mudah dikawal dan tidak mengganggu orang lain.
– Selamat (tiada barang mudah pecah dan tajam).
– Ada kawasan lapang untuk anak berlari. Kalau anak lari laju, mak ayah pakailah kasut sukan supaya senang nak kejar.
– Keluar dengan pasangan atau kawan supaya ada orang lain, elakkan bersendirian.
– Pakaikan “baby harness”.
2. Anak pantang tengok sesuatu benda
(Pantang tengok gadget/TV tak termasuk dalam kategori ini ya.)
Contoh: Anak pantang nampak tangga. Semakin mak ayah halang anak naik tangga, selama-lamanya anak akan pantang nampak tangga. Jadi, caranya banyakkan lagi “main tangga” tetapi dengan pantauan dan selagi ia selamat sebab lambat laun anak perlu juga belajar naik dan turun tangga.
Anak saya sendiri, saya dah dedahkan dengan tangga sejak dia umur 6 bulan waktu sibuk nak merangkak tetapi dengan pantauan. Hasilnya umur 1 tahun lebih, anak dah tak “heran” dengan tangga. Tangga tetap ada pagar untuk keselamatan tetapi setiap kali naik dan turun beri anak cuba sendiri, mak ayah jaga di belakang/bawah anak macam penjaga gol.
Sama juga kes anak asyik nak berlari naik turun escalator. Semakin dihalang, semakin anak nak berlari ke sana. Kalau ada yang macam ini, luangkan masa untuk naik dan turun dengan anak berulang kali. Semakin awal kita dedahkan sehingga mereka jemu, semakin mereka kurang berlari ke arah tempat itu tetapi kena hati-hati dengan kaki tersepit di penghujung escalator. Cara saya, saya akan angkat anak sedikit sebelum sampai penghujung escalator.
3. Anak bising di kedai makan
Kadang-kadang ada situasi dimana kita tak boleh elak masa anak tengah ada mood nak buat bising atau mengamuk di kedai makan. Cara terbaik untuk mengawal anak dikedai makan adalah anak pun perlu sibuk makan sekali. Kalau tidak, mak ayah boleh cuba tips di bawah:
-Kenal pasti mood anak sebelum pilih kedai makan.
– Cari meja yang paling hujung dan kawasan kurang padat.
– Bawa mainan jika anak tidak makan bersama mak ayah.
– Elakkan duduk terlampau awal di kerusi bayi untuk elak anak cepat bosan.
– Bawa anak berjalan-jalan keliling kedai makan sebelum makanan sampai.
4. Anak terlampau aktif di rumah orang lain
Kalau mak ayah dah ada pengalaman anak asyik nak panjat meja, ataupun nak ambil barang perhiasan di rumah orang lain sehingga susah dikawal. Beritahu atau tanya dengan tuan rumah dahulu yang kita ada anak kecil yang tengah fasa meneroka supaya tuan rumah dapat bersedia dan simpan harta karun yang berharga sementara mak ayah beraya. Ataupun tanya dahulu, sesuai tak nak bawa anak kecil yang sedang aktif.
Jika anak dah mula memahami arahan, beritahu anak awal-awal “kawasan larangan”di rumah orang lain. Adab dirumah orang perlu sangat ditekankan pada anak dari awal. Sebelum mak ayah makan serentak, minta tolong saudara terdekat untuk tengokkan anak yang sibuk bermain.
5. Anak pecahkan cawan atau pinggan
Senang sahaja, kalau anak masih kerap jatuhkan pinggan atau cawan. Siap-siap bawa mangkuk dan cawan plastik dalam beg sebelum beraya. Air pula tuang sikit-sikit cukup 3 teguk supaya kurang risiko tumpah habis karpet rumah orang.
6. Anak main bersepah
Terapkan dan amalkan kemas mainan selepas main seawal anak umur 18 bulan. Sebelum itu mak ayahlah yang perlu tunjukkan sikap mengemas kerana anak belajar melalui pemerhatian. Lama-kelamaan anak pun akan terikut sama dan berminat nak belajar kemas mainan. Sampai satu masa, kita dah tak perlu membebel minta anak kemas mainan lepas main, cuma perlu puji sahaja.
7. Anak mudah cedera semasa bermain
Apa yang mak ayah boleh buat untuk kurangkan risiko kemalangan anak disamping dengan pemantauan, mak ayah boleh kenalkan unsur-unsur bahaya sebelum anak bermain, boleh kenalkan ciri-ciri:
– Tajam (Buju meja atau permukaan tajam)
– Bahaya (Lintas jalan)
-Tinggi (Meja atau kerusi tinggi)
– Panas (Air panas atau seterika)
– Pedas (Makanan pedas, cili dll)
– Sakit (Baling barang)
Kalau 6 ciri-ciri ini anak dah tahu, insyaAllah mak ayah tak perlu dah asyik nak kata “careful” berjuta kali semasa anak bermain.
Kesimpulannya, yang paling penting mak ayah WAJIB “kenal” anak sendiri. Kena tahu kelebihan dan kelemahan anak supaya mudah kita anak atasi tingkahlaku anak. Tip yang ini sebenarnya sangat mudah untuk dilakukan dan sebenarnya banyak yang mak ayah sudah lakukan tanpa sedar. Pendidikan anak bermula dari rumah, disiplin pun bermula dari rumah. Jangan marah anak letak kasut bersepah kalau kita pun letak kasut bersepah.
Mulakan sejak awal, jangan tunggu jadi buluh baru nak lentur. Masa itu anak pun dah “keras”. Jangan putus asa dalam mendidik anak. Kata-kata kita adalah doa pada anak. Sebab itu orang dulu-dulu bahasakan anak yang aktif ini sebagai “anak banyak akal”. Tak ada pula bahasakan “anak tarzan”, “anak nakal”, “anak degil”, “anak monyet” dan sebagainya.
Anak yang terlampau aktif di mana-mana tempat dan tidak kira situasi juga merupakan tanda-tanda ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder). Jika mak ayah mendapati anak ada masalah ini dan tidak tahu bagaimana untuk membantu anak, sila rujuk anak kepada profesional.
Sumber: Maryam Jamadi Pediatric Occupational Therapy, BEYOND Home Therapy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.