Bukan bertemankan dengan ibu dan ayah, tetapi kehadiran anak kecil yang baru berusia lima tahun ke surau untuk menunaikan solat subuh menarik perhatian ramai.
Betapa hebatnya didikan kedua ibu bapa ini hinggalah anak kecil yang baru berusia lima tahun itu kuat semangatnya malah sudah mengertikan akan tanggungjawabnya kepada agama.
Perkongsian saudara Muhammad Mustafa mengenai anak kecil ini ternyata menarik perhatian ramai.
Bukan hanya menunaikan tanggungjawabnya bersolat bahkan turut sama membawa Al-Quran sebaik habis bersolat. Hebat!
Ads
Seorang kanak-kanak berumur 5 tahun datang ke surau pagi ini untuk mendirikan solat subuh. Terlewat bangun katanya.
Datang sendiri ke surau, untuk menunaikan solat subuh. Selesai solat, dia mengambil mushaf Al-Quran untuk membaca, tanpa pantauan ibubapa.
Ads
Tahniah kepada ibubapanya yang mendidik untuk menunaikan solat di surau/masjid.
Ads
Moga adik IB menjadi contoh tauladan kepada anak-anak yang lain dan bakal mewarisi tamadun Islam suatu masa kelak.
Semoga anak kecil ini teruslah menjadi contoh dan tauladan malah menjadi inspirasi untuk anak kecil lain sepanjang perjalanan hidup mereka kelak.
Bukan ujian yang biasa-biasa buat kedua ibu dan ayah. Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pada jam 4.28 petang dan anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati seorang kanak-kanak telah meninggal dunia.
Beliau berkata, siasatan awal ke atas ibu dan bapa mangsa yang kedua-duanya berumur lingkungan 30-an mendapati ketika kejadian seisi keluarga itu sedang tidur.
“Ketika ibu mangsa bangun dari tidur, beliau mendapati anak bongsunya itu berada di bahagian luar tepi jendela di ruang tamu yang telah terbuka tetapi tidak sempat mendapatkan mangsa sebelum mangsa terjatuh ke bawah,” menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Hafiz berkata, kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan punca kematian masih dalam siasatan.
“Satu kertas siasatan kes mati mengejut telah dibuka berkait kejadian tersebut dan ibu bapa mangsa juga akan diambil keterangan dalam masa terdekat,” katanya.
Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 bagi membantu siasatan.
Liza Hanim ‘bersuara’ jaga kehormatan waktu menyusukan anak. “Ibu menyusu jaga kehormatan sebagai wanita Islam dan ibu.” Itu nasihat ringkas penuh bermakna yang dilontarkan oleh penyanyi senior, Liza Hanim, 42, ibu kepada 6 orang anak berusia antara 18 hingga 2 tahun.
Baru-baru ini kecoh di media sosial selepas seorang usahawan wanita kontroversi dengan selamba menyusukan bayinya tanpa menutup bahagian payudara ketika berada di tempat awam.
Kontroversi tersebut membuatkan Liza Hanim terpanggil untuk berkongsi pandangan di laman Instagramnya. Katanya sebagai seorang ibu yang menyusukan anak-anak sepenuhnya, beliau sangat menyokong inisiatif usahawan tersebut untuk memberikan susu ibu kepada anaknya
Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak-anak saya sepenuhnya, saya menyokong usahawan ini di dalam breastfeeding journeynya.
Bagaimanapun Liza Hanim mengingatkan semua wanita Muslim bergelar ibu agar sentiasa menjaga adab terutama ketika menyusukan anak. Beliau sendiri mengakui pernah menyusukan anak di tempat terbuka serta merakam foto namun masih menjaga auratnya.
Namun sebagai seorang saudara di dalam Islam saya memohon, tolonglah menjaga adab ketika breastfeeding in public. Saya sendiri breastfeeding anak-anak saya di mana-mana sahaja.
Malah pernah di tepi jalan di kota Seoul dan Ya saya merakamkan gambar juga. Tetapi kita harus menjaga adab. Aurat harus dijaga.
Peringatan untuk diri sendiri
Katanya peringatan tersebut juga disuarakan sebagai peringatan kepada dirinya sendiri supaya sentiasa menjaga maruah dan kehormatan diri sebagai wanita Muslim.
Bahkan ia bukan hanya tertakluk kepada wanita berhijab sahaja bahkan semua wanita bergelar ibu.
Ini bukan masalah saya berhijab dan beliau free hair. Either way, jaga kehormatan kita sebagai wanita dan ibu.
Menurut penyanyi bersuara lantang ini lagi, sedangkan ibu yang menutup sepenuhnya ketika menyusukan anak pun masih lagi dipandang serong apatah lagi dalam keadaan yang sengaja mendedahkan aurat menyusu.
Selain daripada menegur perbuatan yang tidak betul, Liza Hanim turut mengingatkan dirinya sendiri agar sentiasa berhati-hati dalam menjaga kehormatan sebagai wanita dan menjaga agama Islam, InsyaAllah berkat usaha dan rezeki sebagai hambaNya.
Jaga kehormatan kita sebagai wanita. Jaga agama kita Islam. Insya Allah berkat usaha kita. Murah rezeki kita.
Saya bersuara untuk mengingatkan diri saya sendiri jugak.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hebat betul! Seorang kanak-kanak comel bernama M Rajamitheran, baru je berusia 2 tahun 11 bulan, dah berjaya mencipta sejarah dalam Malaysian Book of Records (MBOR) pada 25 Oktober lepas. Rajamitheran dengan pantasnya dapat menyebut 57 logo kereta dalam masa satu minit sahaja. Ini merupakan suatu pencapaian luar biasa bagi anak sekecil ini!
Memetik laporan Sinar Harian, ibunya, C Saranyaa, 33, berkata, pencapaian tersebut diterima bagi kategori bilangan logo kereta terbanyak yang dikenal pasti oleh kanak-kanak.
Rajamitheran yang merupakan anak tunggal mula menunjukkan minat terhadap logo kereta sejak berumur satu tahun selepas melihat kereta model Volkswagen di jalan raya buat pertama kali.
“Bermula dari situ, suami saya, S M Mugilan, 35, mula ajar (Rajamitheran) dengan kenal lima logo kereta dahulu menggunakan kad imbas kanak-kanak. Keesokan harinya, anak saya boleh ingat lima logo itu.
“Dalam masa dua bulan sahaja, dia sudah tahu 70 logo kereta. Dari situ selepas bincang dengan suami, kami cadang bawa Rajamitheran untuk MBOR,” katanya yang menetap di Ipoh, Perak.
200 LOGO KERETA
Menurut Saranyaa, sehingga kini Rajamitheran mampu menamakan 200 logo kereta.
Ujarnya, ketika sesi ujian bersama panel MBOR, Rajamitheran hanya dapat menjawab 45 logo kereta bagi percubaan kali pertama sebelum mencuba untuk kali kedua.
“Tapi hanya dapat jawab 10 logo sahaja dan untuk pengiktirafan ini, kami hanya diberi tiga kali percubaan.
“Saya ingat mereka hanya soal 70 logo kereta yang saya ajar sahaja, tetapi tidak sangka logo kereta yang Rajamitheran tidak tahu pun mereka tanya juga,” ujarnya.
Jelas Saranyaa, bagi percubaan terakhir, mereka diberi tempoh selama sebulan untuk membuat persediaan.
“Rajamitheran berjaya jawab 70 logo tetapi selepas tolak dari segi salah sebutan, pihak MBOR tetapkan sebanyak 57 logo yang berjaya dinamakan.”
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang guru tadika berdepan detik cemas apabila anak perempuannya yang tidur di dalam kereta turut dilarikan pencuri dalam kejadian di Setia Alam di sini semalam.