Hilang kata-kata seorang ayah apabila melihat anak perempuannya sudah tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang selepas hendak pulang ke rumah setelah selesai bekerja.
Dalam kejadian di Bukit Makmur, Sungai Lalang, Sungai Petani, seorang kanak-kanak perempuan ditemui meninggal dunia selepas tertinggal di dalam kereta bapanya di tempat kerja semalam.
Hanya sedar selepas 10 jam dalam kereta
Kejadian disedari bapa kanak-kanak itu yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ingin pulang ke rumah pada 6.20 petang.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa berusia empat tahun dipercayai ditinggalkan di dalam kenderaan itu hampir 10 jam dalam keadaan tingkap tertutup dan enjin kereta dimatikan.
Ads
“Sebelum itu bapa mangsa berusia 30-an itu menghantar kakak mangsa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu, Sungai Petani pada 7.30 pagi dan terus ke tempat kerjanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang,” katanya.
Terlupa hantar ke rumah nenek
Menurut Adzli, bapa mangsa terlupa bahawa mangsa berada di dalam kereta dan sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang.
“Mangsa sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir sebelum lelaki itu ke tempat kerja,” katanya dalam kenyataan media.
Ads
Adzli berkata, selepas sampai di tempat kerja, bapa mangsa kemudian keluar memandu lori ke beberapa kawasan sebelum pulang semula ke kilang berkenaan pada 4.30 petang.
Katanya, selepas sampai di kilang, bapa mangsa terus masuk ke dalam kilang dan menguruskan kerja di dalam bangunan.
Ads
“Ketika ingin pulang, bapa mangsa melihat mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk belakang kereta.
“Lelaki itu terus membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu, bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat yang dijangka dilakukan pada 10 pagi hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Resipi-resipi viral yang bertebaran di media sosial buat kita terasa hendak mencuba. Apa kata kali ini kita cuba hasilkan pula Kuih Titisan Hujan atau Rain drop cake yang sedang viral sekarang ini. Apa resipinya?
Dia nih la yang duk viral kat tik tok sekarang ni kan heheheh. Maksu pun terjebak jugak. Apa ke nama kuih nih. Haaaa!! Rain drop cake katanya heheheh.
Nih guna agaq-agaq serbuk swan tu ja. Balance ayaq gula lopez tu kita tuang dalam tu. Soy bean powder tak dak, saja nak test ja rupa dia hehehe.
Memang dia lembut macam air embun pagi gitew. Kalo kome nak buat main-main boleh try.
Bahan-bahan:
1/2 tbs serbuk agar-agar swallow layang-layang
1 tbs gula castor (gula ni tak cukup kome kena tambah, maksu just nak tengok texture ja,) tambah la gula kalau nak ya)
700ml air
Rebus sampai mendidih, cari mangkuk dalamnya membulat macam acuan lompang tu.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti yang kita semua tahu, kes Covid-19 di Malaysia nampaknya sentiasa meningkat dan setakat ini lebih 500 kes disahkan positif dan menjadikan Malaysia negara tertinggi di Asia Tenggara.
Malah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan kepada seluruh rakyat Malaysia bermula 18 hingga 31 Mac.
Bagaimanapun, Perdana Menteri dah menasihatkan orang ramai agar tidak panik untuk berdepan situasi ini kerana bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi.
Namun selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan itu nampaknya rakyat mula panik dan boleh dikatakan stok bekalan makanan habis.
Di sini dikongsikan pengalaman seorang rakyat Malaysia yang telah berada di Chongqing, China Juwita Salleh sepanjang lockdown selama 40 hari di sana menerusi perkongsiannya di Facebook.
**Dari seorang rakyat Malaysia yang terperangkap di China**
Pandemik Covid-19
Pada yang tak tahu, saya telah berada di Chongqing (CQ), China selama wabak ini bermula sejak penghujung Januari lalu. Seluruh dunia mula memantau China dan kini bila keadaan dah reda, kami di China memerhatikan macam mana seluruh dunia panik dengan virus ini. Mungkin saya boleh kongsikan pengalaman macam mana saya pastikan diri saya selamat.
Pertama sekali, bukan saja Hubei dan Wuhan yang diarahkan lockdown. Seluruh China diarahkan lockdown. Jadi bila orang dari Hubei dan Wuhan tak boleh tinggalkan bandar dia orang, kami di CQ tak boleh tinggalkan kompaun tempat tinggal kami. Hanya seorang dari seisi rumah je yang dibenarkan keluar dan masuk setiap 2-3 hari untuk membeli barangan asas, bergantung pada keadaan kawasan.
Setiap orang perlu membuat pemeriksaan suhu badan bila nak masuk mana-mana bangunan. Dan bila saya cakap barangan asas, ia memang betul-betul barangan asas kerana ketika ini, hanya pasar, pasaraya, farmasi dan klinik-klinik tertentu saja yang dibenarkan beroperasi. Jadi tak boleh saja keluar untuk lepak atau berjalan-jalan kerana tak ada apa tempat yang buka. Dan kalau polis peronda nampak korang tengah berjalan saja-saja, korang akan dinasihatkan untuk pulang ke rumah.
Lockdown ini telah berlaku selama 40 hari dan seluruh China berada dalam keadaan lockdown selama itu dan ini bermakna, berbilion-bilion orang di China hanya duduk di rumah. Walaupun undang-undang arahkan perkara ini, semua orang di sini rela hati untuk kurungkan diri dorang. Tak ada sekolah, tak ada kerja. INI SATU-SATUNYA CARA UNTUK HALANG VIRVS NI DARI MEREBAK!
So, bila saya perlu keluar untuk beli barangan asas, ini apa yang saya lakukan dan masih buat. Saya selalunya akan beli barangan rumah yang boleh tahan selama 1 ke 2 minggu supaya saya tak perlu untuk keluar selalu dan kurangkan risiko terkena jangkitan. Saya tak stock-up semua benda, lagi-lagi toilet paper.
Topeng muka (siapa tak nak pakai topeng muka boleh kena tangkap)
Hand sanitizer dan botol spray kecil yang mengandungi 75% alk0hol saya bawa sepanjang masa.
Bila saya keluar rumah, kalau saya pegang butang lif atau apa-apa benda lain, saya akan pastikan saya sanitize tangan saya sebelum masuk kereta dan sentuh benda lain.
Saya tak sentuh muka lebih-lebih lagi mata, hidung dan mulut bila keluar. Kalau saya perlu gosok mata, saya akan sanitize tangan dan gunakan baju bahagian dalam untuk gosok mata.
Habis beli barang. Letakkan barang dalam kereta dan sanitize tangan.
Balik rumah, basuh baju dengan air dan sabun, buka mask, buang dan basuh tangan semula!
Tukar baju dan terus letakkan dalam mesin basuh dan mandi terus.
Nyahbakteria pada barang yang dibeli, packaging dia dan beg plastik atau beg shopping.
Nyahbakteria pada kunci kereta, tombol pintu dan handphone.
Virus ini perlukan kerjasama semua orang untuk hentikan dari merebak. Kalau korang masih rasa yang ini hanyalah selesema biasa dan tak ambil langkah berjaga-jaga, ini bermakna korang adalah anc4man untuk komuniti.
P/s Tak perlu pun nak stock up toilet paper laa!
Dari pesanan wanita ni, memang leceh bila nak kena jaga kebersihan je all the time, tapi benda ni memang benda paling penting sekali untuk elak dari dijangkiti.
Please jangan borong barang macam dunia nak kiamat, ingat orang lain jugak okay. We are better than this!
Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah selamanya. Setiap pengorbanan ibu tak dapat dibalas dengan wang ringgit . Ibaratnya selagi ada kekuatan, sebolehnya ibu sedaya upaya akan beri kasih sayang pada anak dan keluarga.
Seperti yang tular di media sosial mengenai sepucuk surat yang ditulis seorang ibu yang mana isi kandungannya benar-benar menyentuh hati sesiapa sahaja.
Menerusi surat tersebut, ibu berkenaan meminta jasa baik doktor agar jenazahnya dikafankan di hospital kerana dirinya sebatang kara dan tidak mempunyai keluarga.
Lagi menyentuh hati, si ibu memberitahu dia mempunyai anak kurang upaya (OKU) bisu dan meminta doktor tidak menutup wajahnya semasa dikafankan dan ditunjukkan kepada anaknya yang bernama Imran.
Bukan itu saja, ibu ini turut meninggalkan beberapa nombor telefon untuk pihak hospital hubungi jika ada urusan lain selepas pemergiannya. Cukup teliti sekali biarpun waktu itu sedang sakit. Seolah-olah tak mahu menyusahkan orang lain.
Perkongsian itu buatkan ramai yang sedih. Rata-rata mendoakan kesejahteraan ibu berkenaan dan anaknya.
“Allah sedihnya…Innalillahi waiina ilahi rojiun. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.”
“Innalillahiwainnailahirojiun….Al-Fatihah (Di Bacakan) buat arwah dan salam takziah kepada yang berkaitan dengan arwah, semoga segalanya dipermudahkan untuk anak yang OKU dan semoga ada ahli-ahli keluarga lainnya dan semoga ada insan-insan yang terdekat boleh menolong anak yang sedemikian..YA ALLAH…sedihnya.
“ Allahuakbar, besarnya dugaan. Mudah mudahan Allah pelihara anak syurga yg ditinggalkan- “Ya ALLAH sebaknya baca. Moga Imran dalam keadaan yang baik sahaja dan ibunya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman”
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.