Keibubapaan

Termarah, Teremosi Dengan Anak, Gagal Kawal Emosi, Cepat-Cepat Minta Maaf & Bincang!

Share

Kita bukan robot. Kita penuh dengan emosi dalam membesarkan anak kecil kita. Sedaya upaya kita mengawalnya, ada waktunya pasti kita tewas.

Pun begitu jangan menyalahkan diri kita sendiri kerana kita juga tak sempurna. Jika termarah dan terlalu emosi marah anak, Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi kongsikan beberapa tip untuk mak ayah.


Semalam saya tertewas lagi. Termarah. Teremo. Tertrigger. Agak-agak dah reda, saya panggil balik anak. Minta maaf. Dan ajak bincang.

“Kita selalu struggle bila korang start berebut-rebut barang, kan? Korang gaduh, mama pun jadi marah. Jom kita fikir, next time macam mana nak settle.”

Bincang punya bincang punya bincang, masalah selesai. Kami berpelukan. Dan barang yang direbut tu, setuju untuk dipakai bergiliran.

Saya tepuk bahu, cakap terima kasih kat diri. Sebab berjaya betulkan balik keadaan. Saya ingat balik pesan santai terapis saya. It’s not how it happened. But how how we end it. Dah terbuat silap, it’s ok. Nanti, cuba betulkan balik.

Bab hadap anak punya ‘big feelings’ ni. Kalau anak mengamuk, cepat je mulut kita nak bentak dialog-dialog default ni, kan?

“Diam sekarang!”
“Malu la lelaki menangis.”
“Benda kecik pun menangis.”

Kata-kata ni pernah lukakan kita masa kecik dulu. Kalau boleh, kita usaha elak untuk pass pada anak, ok?

Lagipun, bila kita paksa mereka berhenti marah atau menangis, anak tak belajar pun nak kawal emosi.

Malah, kata-kata ni buat dia rasa, perasaan dia tak penting. Kalau apa-apa jadi, simpan sendiri. Telan sampai mati.

Let’s re-do. Cuba skrip ni,

“It’s ok sayang. Mama ada.”
“Apa yang buat abang menangis ni?”
“Adik nangis dulu, nanti dah ok meh datang kat mama kita cerita.”
“Mama nampak muka adik sedih. Boleh mama tolong adik hilangkan sedih ni? Sebab mama rindu muka adik yang senyum.”

Satu benda yang kita kena faham, sedih, marah, kecewa tu sebahagian dari perasaan yang Allah ciptakan. Kita tak boleh ajar anak tidakkan perasaan tu. Sebab mereka pun manusia. Kita yang besar ni pun ada perasaan tu.

Tapi, kita boleh ajar mereka, bila perasaan tu datang, macam mana nak handle.

“Bila abang marah atau kecewa, tak boleh sesuka hati sakitkan orang. Tak boleh juga sesuka hati rosakkan barang. Abang boleh cuba cara lain.”

Then, kita ajarlah ‘cara lain’ untuk divert perasaan tu. Kadang-kadang, kalau saya teremosi depan anak-anak, saya demo sendiri cara saya divert depan diorang. Supaya diorang sendiri faham,

“Its ok to feel mad, but do this instead.”

1️. Bertaawuz kemudian doa.
“Ya Allah, jauhi aku dari syaitan. Dan berilah aku kesabaran yang tebal.”

2️. Masuk bilik air, ambil wuduk.
Dalam keadaan basah-basah tu saya cakap,
“Ya Allah, tenangnya lepas wuduk.”

3️. Tarik nafas dan kira 1 sampai 10.
Kalau dekat anak, saya minta anak berpura-pura macam nak tiup lilin atas kek hari jadi.

4️. Pejam mata, kerutkan muka, ketapkan rahang, kemudian perlahan-lahan relakskan muka dan rahang tu.

5. Beri anak stress ball atau belon. Suruh anak genggam stress ball tu berkali-kali sambil bertawwuz.

6. Beri nama kelakar pada perasaan marah tu. Contohnya ‘Si Merah Gundut’. Bila marah je, sebut “Si Merah Gundut, pergi dari sini!”
Bila nampak anak-anak saya apply apa yang diajar, saya puji dia bersungguh.

“Fuhh, Ammar lagi cool dari mama la sekarang. Orang provok, Ammar rilek je. Nak panggil Ammar ‘Cool Guy’ boleh?”

Bila puji macam tu, lagi melekat motivasi dia untuk jadi cool bila diuji ‘big feelings’.

Yang paling penting, saya nak usaha jadi mak yang buat anak-anak rasa selamat secara emosi. Biarlah sampai besar nanti, bila ada masalah, mereka tau mereka ada saya untuk mengadu dan meluah.

Menarik: Sikit Lagi Dengar Sampai Kuala Kedah, Marah Anak Macam Komando, Ramai Terhibur Dengan Suara Mua Bellaz

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM