Pengalaman pertama kali menyusukan anak tidak mudah. Susu yang sedikit terasa amat berharga ketika itu. Biarpun payah, namun ibu berusaha sebaiknya untuk memperolehi susu malah menyiapkan stok demi memberikan khasiat untuk anak.
Bagi Tasha Manshahar, sebolehnya biarpun sibuk dengan tanggungjawab yang digalasnya dalam mendidik anak bangsa, dia sebolehnya mahu terus kekal menyusukan anak.
Malah kata Tasha lagi biarpun jadualnya di sekolah padat, paling tidak dua kali, dia akan cuba sebaiknya mengepam. Semuanya demi memastikan anak keduanya, Mateen terus dibekalkan dengan susu ibu sepanjang dia ke sekolah.
“As a breast feeding working mom, I akan pam atleast 2 kali (gap dalam 3 jam) sebab I balik pukul 2 lebih gitu. Kalau ada meeting/koku balik lambat macam harini, I akan pam 3x dekat workplace/masa driving home.
“Kena juga cari time sebab nak maintain demand – supply. Remember, demand & supply adalah rule no 1 kalau tekad nak susukan anak.
“Walaupun l kadang terkejar-kejar juga. Tapi demi menuai hikmah dan kebaikan susu ibu, mommy cekalkan hati. Alhamdulillah atas rezeki masih boleh menyusukan Mateen,” tulisnya berkongsi.
Ads
Berkongsi produk mengepam susu yang digunakannya, akui Tasha dia pernah berdepan detik sukar ketika menyusukan anak pertamanya dahulu.
“Berharganyalah setiap titisan susu ibu ni. Tiada tandingan subhanAllah. I pernah terpaksa buang beberapa bag, sedih dia sampai pilu betul rasanya. Menangis terduduk ya!
“Apatah lagi kalau mommies yang terpaksa buang berpuluh/beratus oz tu. Kalau I mungkin pengsan lahhh ya Allah tak dapat bayangkan.
Ads
“Kalau nak fikirkan apa nak sedih, benda ada, bukan kena beli pun, tapi hakikatnya tidak semudah itu. Haihh sedih dia yakmat la.
“Ibu-ibu mesti faham kan? Ada pengalaman tak?,” kongsinya lagi yang terpaksa membuang beberapa bag susunya atas beberapa alasan yang tidak dapat dielakkan.
Dalam keadaan tertentu, penggunaan alat bantu seperti forseps dan vakum ketika proses kelahiran amat diperlukan untuk memastikan bayi dapat dilahirkan bagi mengelakkan komplikasi yang teruk pada ibu dan anak.
Dalam proses kelahiran, doktor akan memikirkan untuk menyelamatkan dua nyawa. Justeru, dalam masa yang terhad, penggunaan alat bantu seperti forseps dan vakum ini boleh membantu.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan telah berkongsi info mengenai perkara ini.
Kelahiran yang dibantu oleh forceps atau vacuum
Kelahiran yang dibantu adalah di mana doktor perbidanan menggunakan alat bantuan khas seperti forseps atau vacuum untuk membantu kelahiran bayi pada penghujung saat kelahiran.
APAKAH FORSEPS?
Forseps lazim digambarkan seakan-akan “sudu garpu salad buatan keluli tahan karat” atau “penyepit gula yang besar”. Ianya terdiri dari dua bahagian yang bersilang, dan hujungnya melengkung untuk memegang kepala bayi.
Ventouse/vacumm pula mempunyai mangkuk yang bersambung kepada pam vakum yang kecil dan pemegang yang boleh ditarik. Mangkuk ini dilekapkan ke bahagian belakang kepala bayi. Ada beberapa jenis mangkuk ventouse:
#1. Mangkuk silikon ni lembut sikit, maka kurang kemungkinan menyebabkan sebarang kecederaan kepada kepala bayi, tetapi lebih kemungkinan tercabut ketika ditarik.
#2. Mangkuk logam tidak mudah terlucut tetapi boleh menyebabkan kecederaan kepada kepala bayi.
Pemilihan vacuum yang dipilih biasanya dipengaruhi oleh posisi bayi dan hasil penilaian doktor perbidanan sebelum memulakan prosedur.
MENGAPA BAYI SAYA PERLU DILAHIRKAN DENGAN SEGERA ?
Ada beberapa sebab bayi perlu dilahirkan segera. Antara sebab yang utama adalah :
Bayi tidak keluar daripada laluan kelahiran lambat daripada biasa (prolonged second stage)
Masalah dengan degupan jantung bayi atau keadan bayi yang hampir lemas (fetal compromised)
Keadaan ibu yang tidak boleh dibenarkan untuk meneran secara berlebihan ketika saat melahirkan, kerana dikhuatiri akan menjejaskan nyawa ibu seperti ibu mempunyai masalah sakit jantung, tekanan darah tinggi yang melampau ataupun masalah salur darah yang tidak normal pada otak yang dikhuatiri pecah ketika meneran. Juga jika didapati ibu terlalu penat untuk meneran.(maternal indication)
Kelahiran bayi songsang melalui vagina mungkin juga memerlukan bantuan forceps (delivery aftercoming head). Badan bayi akan dilahirkan dahulu, dan jika berlaku kesukaran melahirkan kepala bayi, forseps akan digunakan untuk membantu kelahiran.
Walau bagaimanapun, kelahiran yang dibantu ini , adalah untuk menyerupai kelahiran normal/semulajadi dengan risiko yang sangat minima kepada ibu dan bayi dan untuk itu, doktor perbidanan akan menggunakan alatan forceps atau vacuum untuk membantu bayi dilahirkan.
APAKAH YANG AKAN BERLAKU SEBELUM KELAHIRAN DIBANTU?
Lazimnya, doktor anda akan menerangkan kepada anda mengapa dia berpendapat bahawa kelahiran forseps itu perlu dijalankan.
Dia akan memeriksa jalan kelahiran anda untuk memastikan bahawa bayi anda berada dalam kedudukan yang baik untuk kelahiran dibantu dan juga untuk menentukan jenis instrumen yang selamat dan paling sesuai.
Anda akan diletakkan dalam posisi Lithotomy dan bahagian hujung katil itu akan ditanggalkan untuk memudahkan doktor perbidanan melalukan prosedur.
Tiub getah kencing akan dimasukkan pada salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing dan kaki anda akan ditutup dengan kain yang bersih dan bebas kuman (sterile)
Pelega kesakitan akan diberikan secara suntikan pada bahagian perineum (local anaesthetics)
Pakar kanak-kanak akan diberitahu untuk bersedia di dewan bersalin untuk memeriksa bayi yang dilahirkan sejurus selepas kelahiran dibantu.
APAKAH YANG BERLAKU SEMASA MELAKUKAN VACUUM?
Setelah mengenal pasti posisi kepala bayi, doktor perbidanan akan memasang mangkuk vacuum dengan kemas.
Apabila sedutan pada kepala bayi sudah bermula, doktor akan meminta anda untuk meneran apabila sakit kontraksi bermula dengan itu doktor akan turut menarik mangkuk itu apabila ibu mula meneran.
Sedikit potongan pada perineum (episiotomy) untuk meluaskan jalan kelahiran bagi membantu prosedur ini turut dilakukan apabila kepala bayi hampir dilahirkan (crowning).
Ada kalanya mangkuk itu terlucut/tercabut daripada kepala bayi, terutama sekali jika tiada koordinasi antara proses peneranan dan daya penarikan mangkuk vacuum.
Jika berlakunya perkara ini, doktor perbidanan akan memeriksa semula jalan kelahiran untuk menentukan sama ada mangkuk vacuum boleh diletakkan semula ke kepala bayi, ataupun memerlukan bantuan forceps pula ataupun kelahiran hanya boleh melalui pembedahan Caesaerean.
APAKAH YANG BERLAKU SEMASA KELAHIRAN FORSEPS?
Setelah forseps dipasang, dan apabila berlakunya sakit kontraksi, doktor akan menarik sambil anda menolak untuk membantu bayi anda bergerak turun melalui jalan kelahiran dan seterusnya dilahirkan.
VACUUM ATAU FORSEPS – YANG MANA SATU?
Kedua-duanya selamat dan efektif. Kadar kejayaan melalui kelahiran yang dibantu oleh forseps adalah lebih tinggi berbanding ventouse, tetapi anda lebih cenderung mengalami kesakitan atau masalah selepas bersalin.
Walaubagaimanapun, doktor perbidanan yang berpengalaman dengan kelahiran yang dibantu secara forseps dapat mengelakkan risiko dan masalah yang berkaitan selepas bersalin.
Kelahiran dibantu dengan vacuum mengurangkan risiko koyakan teruk pada perineum jika dibandingkan dengan forceps.
Pemilihan ini akan dibuat oleh doktor perbidanan, memikirkan yang paling sesuai dan selamat untuk Ibu dan bayi. Untuk memastikan dua nyawa ini sentiasa dalam keadaan selamat, bukan perkara main-main.
Kalau anak tengah batuk, ibu memang susah hati. Sebelum batuk anak jadi lebih teruk, ibu dinasihatkan berhentikan sekejap memberi anak makan makanan dan minuman bertenusu dan bergula. Kenapa?
Sekiranya yang mengalami batuk adalah anak bawah umur 2 tahun, pemberian ubat batuk memang tidak dibenarkan sama sekali. Seeloknya rawat dulu batuk yang baru dialami oleh anak dengan cara rawatan menggunakan bahan semula jadi yang ada di dapur selain mengelakkan daripada memberinya makan dan minum makanan yang boleh menggalakkan lagi pengumpulan kahak seterusnya menyebabkan batuk semakin teruk.
Baca penjelasan yang dikongsi oleh Intan Nornie Sheika mengenai kenapa perlunya hentikan seketika pemberian makanan dan minuman tenusu dan gula semasa tengah batuk.
Sekarang musim tidak sihat. Kawan-kawan Adam, ramai yang batuk, berkahak dan selsema.
Cassein dalam susu
Cassein ini adalah kumpulan protein yang ada dalam susu. Dalam susu lembu, akan ada dua bahagian utama iaitu bahagian cecair whey dan cassein. Kedua-duanya ialah protein susu.
Whey adalah kumpulan protein-ringkas (mudah hadam) dan cassein ialah protein yang kompleks (mengambil masa untuk hadam). Kombinasi kedua ini perlu untuk kita dapatkan susu.
Ketika situasi ada radang dalam perut kita (inflammation), aktiviti metabolisme laktosa dalam susu hasilkan asid laktik. Atau dipanggil ‘sisa sampingan’. Asid laktik didalam persekitaran usus (gut flora) kita akan hasilkan asid perut dan cassein terkumpul sebagai ‘curdling’ di usus.
Ini yang cetus lebih keradangan dan seterusnya menggalakkan lagi penghasilan kahak. Oleh itu, ketika anak kita diserang selsema dan batuk, hentikan sebentar pengambilan tenusu sehingga hilang keradangan dalam badan anak.
Jadi memang tak elok ke minum susu ?
Bukan begitu. Jika dalam keadaan kesihatan tidak menentu, memang sebaiknya elak sahaja tenusu. Boleh google ‘cassein-free diet’. Sangat membantu kita detoks semula sistem dalam badan kita.
Detoks paling baik adalah dengan berpuasa. ‘Merehatkan’ sistem kerja usus, membantu kesihatan yang lebih baik (gut healing).
Apa perlu dibuat ketika batuk, selsema atau berkahak.
+ Banyakkan pengambilan cecair (air/sup)
+ Jauhi produk tenusu dan gula
+ Ambil makanan dalam bentuk fiber ringkas
Remedi alami untuk batuk, selsema atau berkahak
+ Madu asli
+ Air rebusan kunyit bersama madu
+ Campuran air rendaman halia bersama kayu manis diminum
+ Cuka epal/kurma/zaitun bersama kunyit atau halia
+ Lemon/limau purut bersama halia atau kunyit
+ Rooiboos tea
+ Air rendam daun marunggay/moringa
+ Rendaman air bersama daun tulsi
Nota tambahan
Ketika sistem pertahanan merudum, perkara utama ialah elakkan gula (walaupun organik) untuk seketika. Gula, bagaimana neutral dan sihat, tetap mempunyai salah satu fungsinya : makanan kepada bakteria.
Ada beberapa ilmu tentang cassein untuk pengambilan tenusu sebagai minuman dan masakan iaitu baka lembu. Lembu yang menghasilkan cassein Beta A1 atau A2 juga mempengaruhi imun kita. Nanti tibu ceritakan di post yang lain.
Rezeki buat rakyat negeri Pahang! Setiap kali Ramadan menjelang, mesti ramai penjawat awam tertanya-tanya, "Bonus raya ada ke tahun ni?". Alhamdulillah, kerajaan akhirnya mengumumkan...